Waktu bercuti adalah waktu untuk enjoy dan berehat. Pasti akan rosak percutian itu kalau anda terlibat dengan kemalangan ataupun sakit sepanjang waktu di tempat percutian.
Ketahui 8 cara mudah untuk mengelakkan dari tercedera ataupun sakit sepanjang bercuti.
1. Ambil vaksin – Pergilah ke klinik kerajaan atau hospital swasta bagi mendapatkan khidmat ini. Periksa terlebih dahulu vaksin apa yang perlu mengikut negara yang anda mahu pergi tersebut.
2. Jauhi makanan separa masak atau mentah di hotel. Perut kebanyakkan orang Malaysia ni tak boleh terima makanan mentah, melainkan dia dah biasa makan sushi.
3. Pastikan anda minum air mineral daripada botol sahaja. Jangan jerang air paip atau water filter untuk minum.
4. Jangan mandi manda dalam kolam air yang berkeladak atau tampak kotor. Kita tidak tahu bakteria dan kuman apa yang ada dalam air tersebut.
5. Habiskan masa di bawah teduhan. Waktu panas elakkan berkeliaran ke hulu ke hilir di bawah terik matahari.
6. Elakkan street food yang diragui kebersihannya. Sememangnya kita nak cuba street food apabila sampai di negara orang, tapi biarlah berpada-pada soal kebersihan. Lebih baik makan di restoran yang mempunyai reputasi yang baik.
7. Sebaiknya jangan minum air berais. Kita tidak tahu sumber air yang membentuk ais tersebut.
8. Pastikan anda kekal hidrat dan banyakkan pergerakan sepanjang dalam penerbangan yang lama dan panjang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Digelar ‘Pintu Masuk Neraka’, Danakil Depression Di Ethiopia Destinasi Unik Korang Patut Pergi
Defininasi pengembaraan atau percutian setiap orang itu berbeza-beza. Ada yang gemar percutian mewah dan ada juga yang memilih suatu destinasi pelik dan unik bagi melengkapkan sejarah pengembaraan.
Antara destinasi yang mempunyai tarikan tersendiri adalah di Ethiopia yang digelar sebagai pintu masuk ke neraka’ kerana keadaan cuaca terlalu panas.
Ini perkongsian Travelog ET mengenai tempat Danakil Depression yang pernah dilawati. Dianggap ‘pintu masuk ke neraka’ kerana suhu tempat ini paling panas di dunia.
Danakil Depression di Ethiopia
Danakil Depression, ia disebut sebagai salah satu lanskap paling aneh di bumi. Seorang pengembara dari Britain, Wilfred Thesiger menggelarkan kawasan ini sebagai ‘pintu masuk ke neraka’.
Salah satu sebab dia gelarkan tempat ini sebagai pintu masuk ke neraka adalah kerana, suhu tempat ini dikatakan antara yang paling terpanas di dunia. Suhu di sini boleh mencecah sehingga 55 darjah celcius pada musim panas.
Untuk sampai di kawasan Danakil Depression, kami perlu merentas tasik garam yang berada 120 meter di bawah paras laut.
Tasik garam ini sangat luas sehingga tidak terlihat di mana hujung pangkalnya. Menikmati matahari terbenam di sini, perasaannya seolah-olah saya berada di planet asing.
Seluas-luasnya kawasan Danakil Depression ini cuma bewarna kuning dan jingga terang. Kruk krak kruk krak bunyinya, setiap kali kami melangkah dan memijak kepingan garam.
Jika tersilap langkah, boleh terjerumus ke dalam lopak sulfur yang rasa-rasanya cukup berasid. Ada juga lopak yang sedang mendidih dan mengeluarkan buih-buih kecil yang berbau tengik dengan gas sulfur yang pekat.
Kawasan ini dahulunya dikatakan sebahagian daripada Laut Merah. Gurung berapi yang berada berdekatan memuntahkan lava dan kemudian terperangkap di sini, setelah beribu-ribu tahun akhirnya terhasillah Danakil Depression.
Ramai penyelidik yang telah datang ke sini untuk membuat kajian berkenaan tempat ini.
Untuk ke sini, kami di escort oleh beberapa orang lelaki tempatan bersenjata AK47 kerana kawasan ini sudah begitu dekat dengan sempadan negara Eritrea yang selalu bergolak.
Jika berpeluang ke Ethiopia, jangan lepaskan peluang untuk ke sini ya.
Artikel Berkaitan:
Sunway Lagoon, Lost World Of Tambun Kembali Beroperasi. Ini Peluang Bawa Family Main Air!
Rasa Pengalaman Tidur Dengar ‘Muzik’ Dari Sungai, Layan Je Glamping Di River & Glamp, Ulu Yam
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Unplanned Short Trip’ Ke Langkawi. Tetap Puas 3H 2M Layan Eco Tourism Di Pulau Lagenda!
Kadang-kadang percutian tanpa dirancang awal ini lebih menyeronokkan. Apatah lagi jika segala persiapan dilakukan pada saat akhirnya.
Walaupun tanpa persediaan awal, namun momen keseronokkan itu lebih berganda berbanding jika percutian yang dirancang lebih awal.
Seperti perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia Hafizah Yusof yang berkongsi pengalaman percutian 3 hari 2 malam di Langkawi.
Unplanned Short Trip Ke Langkawi
Salam semua. Saya nak share pengalaman unplanned short trip 3 hari 2 malam ke Langkawi. Kami sewa viva 24 jam RM50 sehari. Isi minyak RM20 cukup jalan2 untuk 3 hari
Tujuan trip kali ini lebih kepada eco tourism sebab sebelum ini sudah pernah pergi island hoping, lawat muzium, cable car dan lain-lain.
Hotel pilihan kami di Cenang Plaza Beach Hotel. Saya bagi 5 bintang.
Kebersihan terjaga, bilik hotel selesa dan lokasi yang strategik. Ada reserved parking, restoran belakang hotel (malam-malam ada persembahan api) dan kalau bilik menghadap Cenang Mall, malam-malam layan busking. Santai sahaja.
Aktiviti hari pertama kitaorg pusing island sahaja. Lepak Pantai Tanjung Rhu, Pantai Pasir Hitam dengan Air Terjun Temurun.
Petang cari coklat di HIG Kompleks tapi banyak stok dah habis. Then ada sedara inform kedai baru jual coklat sahaja, TS Duty Free Shop berdekatan Dayang Bay. Rambang mata nak pilih coklat
Macam-macam jenis ada. Harga pun sama jugak macam HIG.
Hari kedua kitaorang hike Matchinchang, singgah Blue Pool dan Telaga Tujuh. TERBAIK
BAQ HANG! Gambar untuk bukti. Membe kami tolong guide. Upah harga rakyat marhaen sahaja. Urusan sewa kereta pun beliau boleh bantu. Nak info lanjut boleh pm.
Harap sedikit sebanyak info dapat membantu. Semoga segala urusan kalian jugak dipermudahkan. Be safe everyone
Artikel Berkaitan:
Percutian Camping Balik Hari Di Casa De Lui, Hulu Langat. Kejap Tapi Berbaloi Keseronokannya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Simptom Dan Cara-Cara Untuk Anda Elak Jet Lag Dalam Perjalanan Jauh!
Masalah jet lag sering dialami oleh sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang ingin dituju.
Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut.
Tubuh terasa lemah, kepala terasa berat dan pening, hilang nafsu makan, mengantuk di siang hari dan berjaga di waktu malam
Gejala inilah yang disebut jet lag dan jika dibiarkan boleh berlarutan hingga beberapa hari. Biasanya, perbezaan zon waktu yang panjang seperti 11 jam dari waktu asal lebih berisiko untuk terkena jet lag.
Untuk mencegah atau sekurang-kurangnya meminimakan risiko terkena jet lag, kami ada beberapa tip yang boleh anda cuba:
Atur Jam Mengikut Destinasi
Apabila anda menaiki pesawat, atur jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi anda. Sesuaikan dengan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baru. Sebagai contoh, apabila jam anda menunjukkan waktu tidur, cuba untuk tidur walaupun anda belum mengantuk.
Jika anda tidak mengubah jam anda mengikut zon waktu destinasi yang dituju, aktiviti anda akan terganggu. Waktu siang yang sepatutnya anda keluar berjalan tetapi anda tidur pula. Apabila anda terjaga pada waktu malam dan ingin keluar berjalan, kebanyakan bangunan sudah banyak tutup.
Perbanyakkan Cairan Dalam Tubuh
Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya dua liter setiap jam walaupun anda tidak merasa haus. Kelembapan udara yang rendah di dalam pesawat akan membuat tubuh kekurangan cecair.
Adalah penting untuk menggantikan cairan dalam tubuh yang semakin berkurangan. Jangan lupa bawa botol kosong untuk diisi semula dari dispenser yang ada disediakan di dalam pesawat.
Jauhi Kafein Dan Makanan Berlebihan
Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi atau beralkohol sebelum penerbangan. Jika anda beranggapan kafein dapat membuatkan anda terjaga lebih lama, hakikatnya ia akan membuatkan anda sering bangun ketika mahu tidur.
Jika anda dihidang makanan, pilih menu tinggi protin kerana akan menstimulasi tubuh menjadi aktif. Menu tinggi karbohidrat pula akan menstimulasi tubuh untuk tidur.
Ambil Udara Dan Bersiar-siar
Setelah sampai ke destinasi, cubalah keluar berjalan-jalan dengan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana baru.
Ramai juga yang beranggapan untuk memilih tiket penerbangan pada waktu malam supaya anda boleh tidur saja di dalam penerbangan berbanding penerbangan waktu siang. Sebenarnya, terpulang pada kekuatan mental dan fizikal anda. Yang pasti, anda tidak sepatutnya terlepas momen-momen indah ketika melancong. Jika pramugara dan pramugari boleh atasi jet lag, anda juga boleh.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI