•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Setiap percutian pasti ramai inginkan tempat dan makanan yang menarik, bukan? Ia akan lebih menarik jika perjalanan itu tidak memakan kos yang tinggi.

Kali ini kita cuba lihat apa yang anda patut cari apabila berada di Instabul, Turki. Cake XOXO telah sudi untuk kongsikan antara makanan yang wajib anda cari dan cuba apabila berada disini. Nak tahu makanan apa yang mereka ‘suggest’-kan? Jom kita baca cerita dari Cake XOXO yang telah di ambil dari The Vocket dan diubah suai sedikit untuk pembaca libur.

Restoran Van Kahvalti Evi

Hari pertama ketika bercuti pasti anda tidak tahu untuk sarapan di mana dan jika ada terlalu banyak pilihan untuk dipilih. Jadi, untuk trip ke Instabul, apa kata anda cuba ke restoran ini kerana ia menyediakan sarapan pagi Turki (Turkish Breakfast) yang kaya dengan keju dan manisan.  roti (ekmek) akan diberi secara percuma kepada pelanggan dan anda boleh tambah selagi mampu. Teh turki sorang satu boleh tambah sampai kembung perut. Jumlah kos TL50.

Yumurta dan Menemen

Yumurta adalah telur tapi kalau order boleh pilih nak dimasak dengan sosej, pastrami, daging bakar dan pelbagai pilihan. Menemen pula telur yang dimasak dengan tomato juga dicampur dengan pelbagai pilihan daging awet. Biasanya kedua jenis hidangan ini dimakan dengan roti pada waktu pagi. Semangkuk sekitar TL12.

Baklava

Sejenis manisan yang sememangnya manis potong kaki. Baklave di Turki ada sedikit berbeza berbanding baklava dari Negara Timur Tengah yang lain. Baklava Turki lebih moist berbanding Negara lain. Pada kebiasaan baklava pastri yang lebih berbanding kekacang tapi di Turki mereka mempunyai baklava yang kekacangnya lebih dari pastry sampai nampak hijau pistachio tu terang benderang. Boleh rujuk gambar kat bawah. Harga ikut berat dan ikut kedai mana korang pergi. Lagi eksklusif lagi mahal.

Kunefe

Manisan yang sangat sedap. Ditengahnya ada keju krim. Menjadi pelengkap makan tengah hari memang mantap.

Nasi campur

Restoran nasi campur ni anda boleh dapatkan dimana-mana sahaja di Istanbul dan sesuai untuk orang yang tak boleh tinggal nasi. Dari Jalan Sultan Ahmet, Jalan Istiklal dan juga Besiktas.

Tapi nasi campur mereka bukan seperti Malaysia yang kaya dengan belacan dan ulam-ulam. Mereka kaya dengan rempah ratus dari timur tengah. Kos juga ikut apa yang korang pilih. Biasanya kalau nasi campur satu lauk lebih kurang TL15-20. Saya sarankan korang pilih lauk daging yang ada keju kat atas dia. Pilihan kedai adalah Piknik Kofte dan Balkan Lokantasi.

Hot Halva Bersama Aiskrim

Sedap dimakan pada musim sejuk. Rasa manis dan teksturnya yang kenyal dicampur pula dengan halva panas, memang menghilangkan rasa penat berjalan.

Kumpir

Ubi kentang besar gila yang dipotong dan digaul dengan keju lalu dicampakkan saja apa sahaja isi yang kita mahu. Pelbagai topping boleh pilih. Biasanya satu kumpir harganya TL14.

Simit

Snek jalanan yang sangat popular dikalangan orang tempatan. Nak lagi layan korang boleh nutella sebotol besar pastu buat dip simit ni. Nutella kat Turki amatlah murah. TL14 boleh dapat 750g/850g.

Pide dan Lahmacun

Kedua jenis makan ini adalah sama asasnya. Yang membezakan keduanya adalah bentuk iaitu pide berbentuk seperti kapal manakala lahmacun berbentuk bulat. Topping biasanya daging cincang, keju dan ada yang letak sayur.

Kahve

Kahve atau kopi atau coffee. Kopi turki ni sememangnya lain dari kopi malaysia dan juga kopi yang dibrew menggunakan coffee machine apatah lagi Dolce Gusto yang kat pejabat korang. Cara nak buat kopi ni diorang akan campurkan serbuk kopi dengan gula dalam bekas timah lepastu didihkan perlahan-lahan. Pekat likat intense.

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN
[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: