1. Nicaragua
nicaragua
Merupakan salah satu negara terbesar di Amerika Tengah dan kini popular dengan mereka yang dalam bajet. Tarikannya terletak pada pekan yang berwarna-warni, ombak untuk meluncur dan budaya tempatan yang menarik. Tidak lupa juga dengan accommodation yang berpatutan! Double rooms boleh didapati dengan harga $6 (RM24.96) dan makanan boleh didapati dalam harga $3(RM12.48).

 

2. Turki
turki
Siapa lagi yang perlu memperkenalkan negara ini kepada anda? Terkenal dengan budaya Timur dan Barat bertemu dan bersatu, makanan yang menyelerakan juga pemandangan yang menakjubkan, pastikan anda sampai ke sini sekali seumur hidup. Juadah terkenal Shawarna diletakkan harga $2 (RM8.32) dan hostel boleh anda diami dengan harga $20/semalam (RM83.20). Transportasi juga dalam harga yang berpatutan!

 

3. Sri Lanka
sri lanka
Di sini anda boleh tidur di tepi pantai dan makan di dalam kafe dengan harga serendah $20/semalam (RM83.20). Ada bas yang akan membawa anda dari satu hujung pulau ke hujung yang satu lagi dengan harga $20 (RM83.20) manakala sewaan kereta seharian akan menelan belanja $55-70 (RM228.80-291.20). Makanan pula anda boleh dapat dengan harga serendah $2 (RM8.32)!

 

4. Kemboja
cambodia
Merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang paling banyak dikunjungi kerana kekayaan budaya setempat, makanan yang enak serta nightlife, ia merupakan negara yang kurang maju jika mahu dibandingkan dengan Thailand dan Vietnam. Makanan boleh didapati dari julat harga $1-3 (RM4.16-12.48) di restoran dan penginapan bermula dari harga $4-20 (RM16.64-83.20). Anda boleh juga menyewa tuk-tuk sepanjang hari dan melawat Angkor wat dengan harga $13 (RM54.03).

 

5. Nepal
nepal
Selain dari anda melihat panorama banjaran Himalaya, banyak lagi aktiviti lain untuk dilakukan di Nepal. Nikmatilah makanan yang sedap dan menarik yang ada sehingga lewat malam serta berjalan-jalan di jalan Kathmandu ataupun lihat monyet memenuhi kuil (dari jauh ya!). Hotel bajet bermula dari harga $5-25 (RM20.80-104) dan makanan boleh anda dapat dengan harga $2 (RM8.32)!

 

6. Thailand
thailand
Mungkin ramai dari kita yang tahu akan mengenai shopping heaven di sini tetapi bukan itu sahaja yang Thailand ada. Thailand terkenal dengan negara yang menyediakan tempat penginapan yang termurah sekali yang bermula dari $4-40 (RM16.64-166.40) bergantung di mana anda menginap di pulau ini dan makanan pula anda boleh dapat dari harga $0.65-5 (RM2.70-20.80) bergantung di mana anda mahu makan. Bas hanya memakan kos $0.25 (RM1.04) manakala Skytrain dan Metro pula $0.50-1.50 (RM2.08-6.24) per trip.

 

7. Peru
peru
Merupakan antara negara paling meriah dan kaya dengan budaya setempat di Amerika Selatan, dan juga terkenal dengan kos perbelanjaan yang murah. Cuba datang ke negara ini pada bulan April dan Mei atau September dan Oktober di mana kos penginapan paling murah. Bilik dorm bermula dengan harga $8 (RM33.28) manakala hotel bajet terletak pada julat harga $30-50 (RM124.80-208). Makanan boleh anda dapati di gerai tepi jalan atau pasar pada harga $1-2 (RM4.16-8.32) atau $4-6 (RM16.64-24.96) di restoran tempatan. Transportasi juga terletak dalam harga yang berpatutan – tambang teksi dalam harga $8 (RM33.28) dan bas dalam bandar berharga $0.50-1 (RM2.08-4.16) per trip.

 

8. Indonesia
indonesia
Yang ini sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan kebenarannya dari segi percutian bajet. Anda boleh sahaja cari penginapan dan transportasi yang murah dengan membuat ‘kajian’ menyeluruh sebelum anda ke sana. Minta pendapat rakan yang sering ke sana atau cari sahaja cerita-cerita pengalaman mereka secara atas talian. Anda pasti tidak akan menyesal!

 

9. Romania
romania
Jika anda seorang penggemar seni, Romania adalah salah satu negara yang mesti anda kunjungi. Bilik dorm boleh anda dapat serendah $8 (RM33.28) dan double rooms pula dalam $40 (RM166.40). Makanan pula anda boleh dapat dengan harga $5 (RM20.80). Bas dan kereta api anda boleh nikmati dengan harga $1 (RM4.16) sehala. Setiap museum dan juga tempat-tempat menarik mengenakan tiket berharga $5-10 (RM20.80-41.60), maka nikmatilah kesenian bandar ini sebanyak mungkin!

 

10. Afrika Selatan
south africa
Percutian ke Afrika Selatan kini lebih berpatutan kerana turun naik mata wang. Datanglah ke sini pada bulan Mac ke Mei dan September ke Oktober di mana tidak terlalu ramai pengunjung dan cuaca yang terbaik. Trip ke safari, museum dan banyak tempat menarik lain akan menjadikan percutian anda ke sini sangat memorable. Makanan akan menelan kos sekitar $4-7 (RM16.64-29.12) manakala bilik dorm yang ringkas akan memakan kos sekitar $10 (RM41.60).

 

Jadi,tunggu apa lagi?