Lap dahulu kemudian masukkan sekali lagi dan keluarkan. Periksa di tahap mana minyak enjin anda. Pastikan ianya berada di tahap yang optimum.

Bila nak keluar bercuti ni, semestinya kita mengharapkan satu percutian yang menenangkan dan tak ada sebarang masalah. Everything is going smooth as planned.

Tapi tahu tak yang anda sebenarnya sedang bawa time bomb dalam percutian tu? Bila-bila masa bom tu boleh ‘meletup’ dan menjejaskan percutian.

@#$%^&.. Punah harapan nak snap gambar Instagram!

Time bomb ? yang saya maksudkan adalah kereta yang tidak diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalan untuk bercuti. Kenderaan yang tak diselenggara dengan baik akan membantutkan perjalanan sekiranya berlaku kerosakan di atas jalan raya. Kereta rosak, mood pun spoil.

So tanpa melengahkan masa, mari kita kongsikan panduan mudah bagaimana anda perlu check kereta sebelum memulakan perjalanan bercuti.

10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti

 

  • Check bunga tayar dan angin tayar

 

Bunga tayar yang tidak elok akan membahayakan pemanduan sewaktu perjalanan, lebih-lebih lagi ketika jalanraya yang basah selepas hujan. Silap gaya, kereta boleh berpusing di tengah jalan. Angin tayar juga sangat penting. Tayar yang lebih atau kurang angin akan menyebabkan pemanduan tidak stabil dan tidak lancar seperti biasa.

10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Sediakan kain sebelum anda buka dipstick minyak enjin kereta.
10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Lap dahulu kemudian masukkan sekali lagi dan keluarkan. Periksa di tahap mana minyak enjin anda. Pastikan ianya berada di tahap yang optimum.
10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Ini lokasi bagi minyak auto transmission bagi model Perodua Myvi yang baharu.
10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Cara pemeriksaannya sama seperti minyak enjin. Pastikan ianya berada di tahap yang optimum.

 

  • Minyak hitam dan minyak auto

 

Benda ni jarang orang ingat nak check sebab dah ada label dekat atas cermin depan tu kan? Sampai limit je terus pergi servis, tak gitu? Jangan macam tu kawan-kawan. Check juga minyak enjin sebelum memulakan perjalanan jauh sebab kita tak tahu sama ada enjin kita ada leaking atau tidak. Mana la tahu tiba-tiba ada leaking, masakk..

10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Ini minyak brek. Pastikan ianya juga berada di tahap yang memuaskan.

 

IKLAN
  • Minyak brek

 

Minyak brek ni kebiasaannya tempoh penukaran dia tak sekerap minyak hitam tapi masih kena check juga ya. Minyak brek yang kurang akan memberikan cengkaman yang tidak sempurna pada cakera brek dan membahayakan pemanduan sekiranya anda perlu membrek secara mengejut.

 

  • Minyak power steering

 

Check minyak power steering kalau-kalau ada kebocoran dan sebagainya. Minyak power steering yang kurang boleh mengakibatkan pemanduan tak selancar yang sepatutnya. Steering jadi berat.

10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Air coolent ni kalau dah habis, tambah ya. Jangan dibiarkan kering.

 

  • Air coolent

 

IKLAN

Periksa air coolent kereta anda berada di takat yang mencukupi. Jangan biarkan air coolent berada di paras rendah kerana ia akan menyebabkan radiator kereta anda kekurangan air dan gagal menyejukkan enjin. Enjin overheat, siap sedia la dua tiga ribu nak overhaul enjin kereta ya.

10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Air bateri sel basah. Pastikan kesemua penutup itu diisi dengan air bateri untuk mengekalkan ia dalam kondisi yang bagus.

 

  • Air Bateri

 

Bab penjagaan air bateri ni selalu menjadi masalah kerana selalu terlupa nak check air bateri tu ada ke tak ada. Kalau sesiapa yang rasa macam malas nak check selalu boleh pakai bateri sel kering tapi tak sebegitu tahan lama dan mahal berbanding sel basah. Sel basah murah dan tahan lebih lama tetapi kena selalu check air bateri, takut-takut kering. Sebelum memulakan perjalanan jauh tu check dahulu bateri. Tak adalah nanti kereta tak boleh nak start. Kan dah mengganggu mood percutian, betul tak?

10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Air wiper. Pastikan berisi air.

 

  • Air wiper

 

Periksa takat air wiper kereta anda. Air wiper ni tak ada lah mengganggu mana-mana komponen kereta yang penting sekiranya habis, tapi bila burung dah berak atas cermin kereta, satu kerja jugak nak bersihkan kalau air wiper tak ada, betul tak?

IKLAN
10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Lampu depan kiri dan kanan termasuk lampu signal dan fog light dalam keadaan mantap.
10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Lampu belakang dalam keadaan baik. Periksa juga lampu undur ya.
10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Lampu brek ketiga. Ini yang selalu mati! Orang belakang susah nak agak bila kita nak membrek dan sebagainya. So bahaya untuk keselamatan pengguna jalanraya. Pastikan lampu ini hidup ya.

 

  • Periksa lampu

 

Okay bahagian ni pun penting. Periksa kesemua lampu kereta anda seperti lampu depan, fog light, lampu signal kiri kanan, double signal, lampu brek lebih-lebih lagi lampu brek ketiga. Yang ini banyak kereta yang mati. Lampu kereta yang menyala bukan sahaja melancarkan pemanduan anda tetapi menyenangkan orang lain untuk kekal alert dengan kenderaan anda. Safety first ya!

10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Tayar spare dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan sewaktu kecemasan/diperlukan.

 

  • Periksa tayar spare

 

Tayar spare ni kesian dia, duduk terperuk dekat belakang bonet tu tak ada siapa kisah. Tapi bila tayar bocor ke apa, mula menggagau cari dia dekat belakang. Haha. So, periksa juga tayar spare ya kawan-kawan. Check tekanan angin dan bunga dia sekali. Bak kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan.

10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti
Recovery tools dalam keadaa baik, tidak berkarat dan berfungsi seperti biasa.

 

  • Periksa recovery tools kereta anda

 

Last but not least, periksa peralatan untuk menukar tayar kereta anda. Mesti ada jack, besi pemutar jack tu, triangle hazard dan, pembuka lug nut tayar. Jack tu kalau rajin di minyak kan sikit supaya lancar bila kita nak gunakan sewaktu menukar tayar. Pastikan semua peralatan tersebut berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan anda.

Itu sahaja 10 panduan mudah penjagaan kereta untuk anda sebelum memulakan perjalanan jauh untuk bercuti.

Tip bonus, sediakan juga first aid kit atau fire extingusher, just in case..

10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti

Okay? Pastikan kereta dalam keadaan baik dan selamat bercuti!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI