•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang telah berjaya menarik 170,000 pengunjung untuk menyaksikan pertunjukan belon panas yang menghiasi ruang udara di Padang Polo, Georgetown.

Pesta kali ke-3 ini telah menampilkan pakar belon antarabangsa dari lapan buah negara dan sebanyak 16 belon udara panas berwarna-warni dengan pelbagai bentuk dipamerkan selama dua hari berturut-turut.

Pada pesta tahun kali ini, belon panas bertemakan ayam diterbangkan oleh Tawim Dumkhum dan Tako II manakala sotong merah pula dikendalikan oleh koji Ota dari Jepun.

Menariknya juga, penyertaan kali pertama oleh Lowie Vanluffelen dari Belgium yang menerbangkan belon Simba Singa nyata mempesonakan sehingga pengunjung tidak jemu menyaksikannya.

Ketua Pegawai Eksekutif AKA Balloon Sdn Bhd, Nur Izzati Khairudin berkata, sambutan kali ini amat baik sekali. Dengan cuaca yang mengizinkan ia telah melancarkan program seperti yang dirancang.

“Bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung tempatan tetapi dalam masa sama pelancong luar negara tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan.

“Kerjasama dari semua pihak yang menjayakan pesta belon udara panas ini telah berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan baharu untuk acara seperti ini,” katanya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, orang ramai tidak dikenakan tiket dan masuk adalah percuma. Cuma tiket dijual kepada mereka yang ingin merasai pengalaman melakukan aktiviti Cold Inflation  di mana pengunjung boleh berjalan masuk ke dalam belon yang diisi dengan udara sejuk di atas dengan bayaran RM 5 selain aktiviti Tethered Ballon Ride yang dikenakan bayaran RM50 setiap orang.

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN
[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: