Selain Cameron Highland, Bukit Fraser dan Bukit Bendera yang biasa kita dengar, terdapat beberapa lagi lokasi tanah tinggi yang mesti dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau.
BARIO & BA’KELALAN
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak. Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba’Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda.
IKLAN
KUNDASANG
Kundasang merupakan pusat tanaman sayur-sayuran segar yang terkenal di Sabah. Terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu, cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi faktor utama pelancong datang ke sini. Menariknya Kundasang, ia lokasi yang ‘bersih’ dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong. Di sini, anda dapat memperolehi bunga-bunga dan sayur-sayuran segar dengan harga yang berpatutan kerana faktor cuaca yang sejuk.
BUKIT LARUT
Turut dikenali sebagai Maxwell Hill ini merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi yang terletak di Taiping, Perak. Suhu pada hari siang adalah di antara 15 hingga 25 darjah celsius dan boleh mencecah 10 darjah celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Memandangkan Bukit Larut merupakan kawasan lembap di Malaysia, anda akan meredah hujan hampir setiap hari pada sebelah petang. Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan kuda padi dan kerusi pengusung untuk ke puncak bukit. Kebanyakan pelancong Eropah yang sampai ke sini akan menyamakan tempat ini sebagi Switzerland pada musim bunga!
IKLAN
GUNUNG LEDANG
Dengan ketinggian 1,276m, gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung. Jika anda berada di atas gunung ini pada hari cerah, anda boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Lagenda dan mitos berjaya menarik pelancong yang gemarkan alam semulajadi. Anda tidak keseorangan jika mahu bermalam di hutan ini kerana ia pilihan anda jika mahu sampai ke sini. Air terjun dan resort pula melengkapkan pakej untuk pelawat memilih Gunung Ledang sebagai lokasi percutian.
IKLAN
Bosan juga jika kerap ke tanah tinggi yang sama. Empat lokasi tanah tinggi di atas merupakan beberapa lokasi pilihan yang membolehkan anda menikmati buah epal bukit seperti yang terdapat di tanah tinggi Ba’Kelalan.
Jika anda berkunjung ke sini, tidak ada salahnya anda feeling membawa jaket tebal seperti bercuti ke luar negara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Minggu lepas saya ke Sungai Chiling. Lepas tengok video Din Proton, tergerak nak ke sana. Musim hujan, jadi saya anggar air banyak dan deras. Sebelum subuh dari Shah Alam dah bertolak ke Kuala Kubu Baru. Nak sampai awal supaya tak ramai orang.
Air terjun sungai chiling yang pertama. Lagi dua kena panjat lagi. Tengah tu dalam saya anggar 1.5m-2m mungkin? Terjun tiruk pun tak sampai dasar. Mungkin air deras. Tapi BEST!
Nama rasmi ialah Kawasan Perlindungan Ikan Sungai Chiling. Kawasan ni diurus baik Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Ikan Tengas banyak hidup kat sini. Hutan ni juga hutan simpan. Jadi tak boleh mancing atau tangkap ikan.
Selain tengas jinak, Air Terjun Sungai Chiling tarikan utama. Ia antara air terjun tercantik di Selangor. Yang boleh akses, tinggi 80m. Ada tiga tingkat air terjun, namun dua lagi ditutup kepada orang ramai. Sebelum ini pernah jadi kemalangan di tingkat dua air terjun. Arus di sana lebih deras dan nak mendaki sangat curam. Nak pergi juga? Risiko sendiri.
Dari pintu gerbang Sungai Chiling, berjalan sekitar 10 -15 minit untuk ke pondok renjer, kaunter tiket dan kawasan khemah. Bayar masuk seorang RM1. Perlu check in barang yang dibawa masuk seperti botol air, keropok, dll. Deposit RM10 dikenakan. Kalau barang bawa masuk takde masa check out, maka RM10 tidak dipulangkan. Sampah mesti bawa keluar sendiri. Sini, boleh beli makanan ikan RM2. Beli banyak sebab seronok beri ikan makan. Atau bawa roti bagi ikan.
Kawasan khemah sesuai bagi keluarga dan anak kecil berkelah. Sini dah boleh nampak banyak ikan tengas. Tepi sungai je. Jinak pula tu. Tunggu je makanan macam kucing.
Saya suggest bawa google. Selam sambil bagi makan. Tengok tengas depan mata. Yang dok tangkap ikan tu bukan saya
Kalau nak ke air terjun ni, kena lalu denai di tepi sungai. Laluan santai. Tak susah. Jam GPS saya rekod jalan sekitar 2.3km dan masa lebih kurang 52 minit untuk sampai. Kena redah sungai sebanyak lima kali. Sepanjang sungai dapat lihat banyak tengas. Banyak spot untuk mandi. Cuma tak sesuai berkelah besar-besaran. Takde ruang lapang.
Bertentang air terjun, ada batu besar sesuai letak barang dan hampar tikar. Batu ni kena panjat. View memang OHSEM. Cantik. Kat sini ada kolam kecil dalam juga. Lebih kurang 5 meter lebar. Dalam mungkin 1.5m ke 2m. Ada batu yang boleh panjat dan terjun dalam kolam dalam. Arus kuat, kena hati-hati. Sejuk dan seronok.
Saya bawa googles sebab nak clear view selam sambil bagi tengas makan. Depan mata tengas berenang. BEST. Trip santai ni memang seronok. Kawasan bersih hanya sekali – sekala nampak sampah. Yang smoking tu, bawa la ashtray sendiri.
TIPS
Pergi awal kalau nak ke air terjun tu, bila dah ramai, crowded. Tapi tak semua orang mandi di kolam dalam. Pastikan tahu berenang sebab dalam air kolam tu.
Pakai kasut, sandle hiking okla
Jangan tinggal barang bernilai dalam kereta, ada kes pecah cermin kereta
Jangan redah sungai semasa hujan atau selepas sahaja hujan, elak kepala air
Renjer mungkin melarang masuk kalau musim hujan
Tak boleh memancing
Bawa keluar SAMPAH. Bertanggungjawab sikit
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap kali cuti umum, kebanyakkan bandar-bandar besar di Malaysia akan dibanjiri oleh warga asing yang mengambil peluang untuk bersantai dan bertemu rakan senegara lain yang sama-sama mencari nafkah di sini.
Jika di Kuala Lumpur lokasi Jalan Silang dan Lebuh Pudu menjadi lokasi popular pertemuan rakyat Bangladesh berkumpul dan bertemu rakan senegara. Sehinggakan warga asing ini menggelar lokasi ini sebagai Bangla Market.Ya, sejak sekian lama memang kawasan itu sering menjadi lokasi pilihan warga asing untuk bersiar-siar.
Mungkin kerana faktor capaian perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah dan kedai-kedai sekitar yang menawarkan produk untuk berbelanja murah. Maka lokasi ini menjadi pilihan setelah mendengar khabar mulut ke mulut antara warga asing yang baru dan lama.
Bukan setakat warga Bangladesh, malah warga asing lain iaitu Nepal, Indonesia dan Vietnam turut kelihatan di kawasan ‘Bangla Market’ tersebut.
Apabila sebut Bangla Market, mereka sudah tahu dan akan berkumpul sebelum keluar secara berkumpulan untuk menghabiskan cuti umum pendek atau panjang. Ada juga sesetengah warga asing apabila ditanya lokasi ‘Jalan Silang’, mereka tidak tahu, namun jika sebut Bangla Market, pasti lokasi itu segera bermain dalam kotak ingatan.
Paling mengejutkan disekitar kawasan ini juga sudah mempunyai pelbagai premis kedai seakan-akan seperti di Bangladesh dengan pelbagai produk mereka dijual.
Walau bagaimanapun diharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih berkala di kawasan Jalan Silang ini, kerana dikatakan gejala ragut dan memeras ugut sering kali berlaku di sekitar ini melibatkan mangsa rakyat tempatan dan juga pelancong. Hal ini akan memberi imej buruk dan menjejaskan nama Kuala Lumpur sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pilihan melancong ke Thailand sekarang ini bukan sahaja untuk ke destinasi yang ada pulau cantik atau membeli-belah semata-mata. Sekarang ini ramai ke Thailand untuk melihat kecantikan ladang bunga matahari, menaiki keretapi ‘lama’ atau pun ke destinasi yang cantik seperti Sentorini ala Thailand. Ia seakan menjadi ‘trend’ terkini percutian ke Thailand.
Kalau yang teringin nak jejak ke lokasi terbabit, ini itinerari dan bajet cadangan untuk anda, yang dikongsikan oleh 3 rakan baik ini.
Bangkok > Lopburi > Kanchanaburi > Hua Hin > Hatyai (8 HARI 7 MALAM -3 pax)
DAY 1 – Arrival
– Flight 7:35pm : KL – Bangkok
– Sampai 8:55pm local time. Ambil bas dari airport (A3), berhenti di Indra Square untuk ke hotel di Pratunam
– Checked-in Citin Hotel
– Jalan-jalan Pratunam Night Market area hotel. Market ni agak besar, siang dan malam peniaga berlainan. Ada jual makanan, baju, souvenir dll.
DAY 2 – Explore Lopburi
– 7am : Hua Lamphong Railway Station – Lopburi Railway Station (3 jam)
– Dari Lopburi train station, cari tuk-tuk/kereta sapu, nego harga.
– Khao Chin Lae sunflower farm, tapi bunga dah takda. Jadi driver bawa ke farm lain (tak ingat nama farm).
– Late lunch, ada makcik jual pad thai halal tepi jalan berdekatan station.
– 5:30pm :Lopburi Railway Station – Hua Lamphong Railway Station (train terakhir 6pm)
– Naik grab, jalan-jalan ke Asiatique. Mall yang cantik ada ferris wheel. Tapi barang agak mahal, lebih baik beli dekat market barang yang sama. Some restaurant dekat situ cakap makanan dorang halal dan tunjuk menu lain. Padahal menu yang ada pork dia sorok dekat belakang.
DAY 3 – Explore Bangkok
– 8am : Jalan kaki ke Pratunam Pier, naik Khlong Boat (local boat bukan tourist boat) 12 baht ke Phanfa Leelard Pier (stop terakhir). Naik tuk-tuk dari pier tersebut ke Grand Palace.
– Grand Palace besar dan sangat ramai, tambah-tambah pergi masa weekend. Kami skip Wat Pho sebab nak kejar masa takut tak sempat ke Chatuchak
– Untuk ke Wat Arun seberang sungai, jalan kaki dari Grand Palace ke Tha Tien Pier, naik feri (4 baht)
– Lunch, area luar Wat Arun ada kedai makanan halal, Hava Restaurant
– 2pm : Naik grab ke Chatuchak market (Buka 6am-6pm). Jalan-jalan Chatuchak sampai almost tutup. Pasar yang besar, pelbagai jenis jualan.
– 6pm : Naik grab ke Platinum Mall di Pratunam (tempat shopping baju murah. Tingkat atas lebih murah dari bawah)
– Jalan kaki balik ke hotel sebab dah dekat, dinner di area Pratunam.
DAY 4 – Explore Kanchanaburi
– Checked-out Citin Hotel Pratunam
– Grab ke Thonburi Railway Station. (Untuk ke Kanchanaburi perlu naik di Thonburi bukan Hua Lamphong)
– 7:50am : Thonburi Railway Station – Kanchanaburi Railway Station (3 jam)
– 11am : Tiba di Kanchanaburi, naik Songthaew ke hotel
– Checked-in Sugar Cane Guesthouse 1 (hotel atas sungai)
– Sewa motorbike (share bertiga untuk senang bergerak sebab disini tiada grab)
– 12:45pm : naik bas dari Kanchanaburi Bus Station ke Erawan Waterfall
– Erawan Waterfall ni sangat luas area dia sebab ada 7 level. Level 1-3 waterfall ada trek berbatu cantik, Level 4 dan ke atas kena trekking dalam hutan sikit. Kami naik sampai Level 5 sahaja sebab penat. Air dia sangat biru, dan banyak ikan gigit-gigit kaki.
– 5pm : Naik bas terakhir untuk balik ke Kanchanaburi
– Dinner Briyani sedap dan murah berdekatan Kanchanaburi Bus Station (night market)
DAY 5- Resort de Paskani
– 7am : Bergambar di Bridge at River Kwai sunrise sebab sunset semalam tak sempat pergi.
– 8:30am : Minum pagi di Meena Café. Café hipster tapi ada port bergambar berlatarbelakangkan temple dan di tengah sawah padi. Agak famous di kalangan local.
– Checked-out hotel Sugar Cane. Naik tuk-tuk ke bus station
– 11:15am : Kanchanaburi Bus Station – Hua Hin by minibus (4 jam)
– Grab ke hotel.
– Check in Resort de Paskani di Hua Hin (Hotel viral bertemakan Santorini. Sangat cantik)
– Free and easy (lepak hotel dan pantai sebelah hotel)
– Grab ke Hua Hin Night Market (dinner)
DAY 6 – Explore Hua Hin
– Breakfast di hotel. Spend time sepenuhnya di hotel sebelum check out.
– 12pm : Checkout Resort de Paskani. Tinggal luggage dekat hotel.
– Grab ke Santorini Park. Boleh naik free satu attraction. Kami decide untuk naik Ferris Wheel.
– Lunch di Kedai Makan Abang Mana halal berdekatan Swiss Sheep Farm naik grab.
– Swiss Sheep Farm. Balik hotel, lepak pantai dan ambil luggage.
– Dinner di kedai makan halal berdekatan Hua Hin Railway Station (nasi goreng pattaya sedap)
– 8:10pm : Hua Hin Railway Station – Hatyai Junction by overnight train
DAY 7 – Explore Hatyai
– 10am : Tiba di Hatyai Junction. Jalan kaki 200m ke Sandee Room hotel.
– 2pm : Grab ke Central Festival mall (makan ringan depan mall)
– Jalan kaki ke Asean Night Bazaar (makan berat)
– Grab ke Lee Garden Plaza Night Market (makan ringan)
DAY 8 – Departure
– 7:30 am : Naik train pagi Hatyai Junction – Padang Besar
– Naik shuttle ke Arked Niaga Padang besar, makan, beli barang sementara tunggu ETS (shuttle RM1.50 per way per pax. Kalau beg besar dia charge lebih. Tinggal dekat station pun boleh dia charge RM5 per bag)
– 1:45 pm : ETS Padang Besar – KL Sentral
Tempat paling best, pada aku adalah Kanchanaburi. Sebagai orang yang berjiwa nature dan adventure, tempat ni ada semua yang aku suka. Waterfall yang sangat amazing, pekan yang tenang tapi bukan terlalu kampung, makanan murah, hotel atas air murah dan cantik. Sebaiknya sewa motor di sini untuk explore. Erawan waterfall pun doable by motor tapi sebab kami naik satu motor 3 orang macam tak confident sangat nak bawak 68km per way haha.
Highlight trip Hua Hin ni adalah Resort de Paskani, yang ni paling kami enjoy sekali, dan lagi cantik untuk bergambar dari di Santorini Park. Tapi selain tu, Hua Hin ni lebih sesuai untuk keluarga, atau port untuk gegirl OOTD sebab tempat dia tenang/cantik/instagrammable tetapi tiada aktiviti menarik untuk dilakukan. Lepas tempat kedua, kami terus skip tempat lain sebab nak habiskan masa di pantai sementara tunggu train malam.