Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog Malaysia melancarkan  Rasa-Rasa Malaysia, satu pilihan baharu aneka perisa yang memenuhi selera Malaysia. Minuman baharu itu dilancarkan bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, menggabungkan perisa-perisa yang disukai rakyat Malaysia dan diperbuat daripada juadah pencuci mulut tempatan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa Anis Nabilah dan penyanyi Rapper Nombor Satu Malaysia, Altimet. Anis menawan hati para hadirin menerusi penyediaan “juadah Kari Laksa Nyonya”yang merupakan gandingan tepat kepada air minuman Rasa-Rasa Malaysia, dan Altimet secara kreatif mempersembahkan rap gaya bebas 30 saat mengenai CoolBlog dan elemen hebat mengenai pilihan terbaharu minuman tersebut.

“Pilihan baharu perisa ini adalah diperbuat daripada cita rasa tempatan yang kita gemari dan benar-benar memaparkan jenama negara kita. Ia merupakan usaha yang kami semua di CoolBlog cukup gembira untuk laksanakan dan kami berharap perisa-perisa ini akan memberikan sesuatu yang rakyat Malaysia suka,’’ kata Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd.

Menurut Anis Nabilah, “Makanan adalah begitu dekat pada hati saya dan saya percaya makanan menjadikan kita rakyat Malaysia sejati. Saya teruja menerima peluang ini untuk tunjukkan versi sempurna saya untuk juadah istimewa ini dan saya pasti juadah ini sedap dihidang dengan Smoothie Cendol Durian.’’

IKLAN

“Malaysia adalah tanahair saya,” kata Altimet. “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, dan saya fikir usaha yang dilakukan oleh CoolBlog untuk memaparkan makanan pencuci mulut berciri Malaysia adalah suatu kejayaan tersendiri. Mana lagi di dunia anda boleh menemui pelbagai cita rasa yang enak bila digabungkan, dan selepas mencuba minuman Rasa Rasa Malaysia, saya yakin CoolBlog telah meraih pencapaian hebat.’’

Sebagai tambahan kepada minuman baharu itu, CoolBlog juga melancarkan pencarian ke seluruh negara untuk mengetahui apakah yang menarik atau `cool’ mengenai Malaysia. Selain daripada jawapan lazim seperti Bola Sepak dan Kebudayaan, faktor nombor satu yang tidak syak lagi bagi Malaysia ialah, `Makanan’.

IKLAN

“Menerusi usaha ini, ia benar-benar membuktikan kepada kami betapa rakyat Malaysia amat berbangga dengan negara kita ini dan mengapa mereka memilih Malaysia sebagai tanahair mereka. Inilah bukti bahawa walaupun rakyat Malaysia adalah unik dan berbeza, satu perkara yang menyatupadukan kita semua ialah makanan,’’ ujar Keith.

IKLAN

CoolBlog adalah jenama Malaysia yang terkemuka yang berkembang di peringkat antarabangsa. Berasaskan konsep menggabungkan makanan pencuci mulut Malaysia dengan perisa global, CoolBlog merupakan inovator peneraju minuman berasaskan ice-blended dan smoothie di Malaysia. CoolBlog menyasarkan untuk melaksanakan inovasi dan mencipta minuman pencuci mulut yang hebat dan direka cantik, yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Menu produk baharu CoolBlog akan mula dijual di semua gerai CoolBlog bermula 7 September 2017.

Coolblog Menyajikan Pilihan Perisa Tempatan Coolblog Menyajikan Pilihan Perisa Tempatan Coolblog Menyajikan Pilihan Perisa Tempatan Coolblog Menyajikan Pilihan Perisa Tempatan Coolblog Menyajikan Pilihan Perisa Tempatan Coolblog Menyajikan Pilihan Perisa Tempatan

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI