Setiap orang memerlukan tidur yang lena lebih-lebih lagi kalau sedang menempuhi satu perjalanan jauh sewaktu travel. Jadi, Libur ingin berkongsikan gear yang berguna kepada anda semua dan fokus kali ini ialah bantal compact untuk travel, mudah untuk dibawa dan disimpan. Sesuai untuk semua traveller especially kaki backpack. Walau pun backpacking, takkan nak berbantalkan lengan pula kan?

Kesemua gear yang Libur senaraikan ini adalah daripada Indiegogo. For those who didn’t know yet, Indiegogo adalah satu website yang menjadi platform kepada para inventor untuk mencipta dan memasarkan produk atau idea baru ciptaan mereka.

Jadi tanpa melengahkan masa, jom kita tengok apa bantal yang anda boleh gunakan untuk travel trip next year nanti.

  • Voyage Pillow

Voyage pillow daripada Sondre ini menggunakan rekaan dua dalam satu yang menggabungkan bantal dan juga penutup mata. Ianya sangat selesa untuk digunakan ketika dalam perjalanan tidak kira di dalam kapal terbang, kereta api mahupun di dalam kereta.

Bantal Voyage ini juga menggunakan jenis kain poly/spandex dan bantal microbead, membolehkan ianya di ubah bentuk bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai.

Website: The Voyage Pillow

Harga: RM104

  • Blossom Ergonomic Neck Pillow & Eye Mask Travel Kit

Bantal Blossom mempunyai memory foam yang premium dan ergonomik, reka bentuk yang draping serta menawarkan tekanan sifar ke leher dan mata anda. Blossom juga bantal leher pertama yang dibina daripada material memory foam yang mudah dan selesa untuk diletakkan ke leher dan mata anda bagi memberikan sokongan dan menyerap tekanan tanpa mendatangkan kedudukan dan ketidakselesaan yang janggal kepada lehar dan mata. Rekaan Blossom juga membolehkan ianya digulung seterusnya memudahkan proses penyimpanan di dalam bagasi dan menjimatkan ruang.

IKLAN

Website: Blossom Ergonomic Neck Pillow & Eye Mask Travel Kit

Harga: RM254

  • BullRest Travel Pillow

Mempunyai design yang unik, bantal ini direka bentuk 80 peratus lebih kecil daripada bantal travel tradisional dengan reka bentuk yang lebih ergonomik dengan memory foam untuk keselesaan leher yang lebih baik. BullRest ini juga datang dengan beg dan carabiner untuk setiap pembelian bagi memudahkan penyimpanan di dalam bagasi.

BullRest bukan sahaja kecil tetapi sangat selesa. Memory foam yang digunakan memuatkan keseluruhan pangkal leher setiap pengguna untuk memberikan sokongan dan keselesaan yang unggul. Jurutera produk BullRest ini berjaya membangunkan bentuk ergonomik pertama dunia yang betul menjajarkan tulang vertebra C1-C7 dan BullRest direka untuk lelaki dan wanita. Jadi tidak perlu risau, keselesaan yang diberikan akan dapat dinikmati oleh sesiapa sahaja.

Website: BullRest Travel Pillow

Harga: RM250

IKLAN
  • Hooded Travel Pillow

5 Awesome Travel Pillow Yang Anda Kena Ada Untuk Trip 2019!

Reka bentuk hud yang boleh menutup mata anda untuk memberikan rasa gelap dengan segera. Ia dibuat dengan jenis microfleece yang selesa, memory foam yang memberikan keselesaan ergonomik, dan beg yang boleh ditanggalkan dengan penutup tali untuk mengikat bantal anda untuk memudahkan proses penyimpanan.

Antara ciri-ciri lain bagi produk selain menggunakan microfleece adalah saiz hud yang cukup besar, memory foam yang ergonomik, dimensi produk bersaiz 11 “x 11″ x 4 ” dan hanya seberat 368 gram.

Website: Hooded Travel Pillow

IKLAN

Harga: RM121

  • Fully Adjustable Travel Pillow

5 Awesome Travel Pillow Yang Anda Kena Ada Untuk Trip 2019!

Trtl Pillow Plus adalah bantal travel yang boleh dilaraskan, ergonomik dan mudah untuk kita bernafas. Produk ini masih dalam tempoh mendapatkan funding dan setiap pembelian adalah melalui preorder. Jadi jika anda terasa ingin melabur dalam produk ini, anda boleh lakukan demikian dengan membeli dengan harga serendah RM184.

Lihat video produk di atas, anda pasti jatuh hati dengan features yang ditawarkan oleh Trtl Pillow Plus ini!

Website: Trtl Pillow Plus Fully Adjustable Travel Pillow

Harga: Bermula RM184

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI