Sesetengah destinasi percutian memerlukan kita menyewa kereta ketika ke sana seperti salah satunya adalah di Pulau Langkawi, Kedah.

Sekiranya anda pergi bercuti secara berkumpulan, sudah tentu anda mahu kongsi sewa kereta beramai-ramai dan memerlukan kereta yang besar untuk menjimatkan kos.

Bila cerita bab sewa kereta ni, ada sesetengah orang yang paranoid kerana ini mungkin kali pertama mereka ingin menyewa kereta. Sebab ada sesetengah kes sewa kereta yang minta deposit tetapi bila tiba hari yang dijanjikan, kereta tiada. Deposit pun burn.

Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan kereta yang sesuai, elok dan mampu disewa? Entri Libur kali ini akan cuba membantu anda menjawab persoalan ini. Ikuti tip yang kami sediakan di bawah:

Pilih kereta yang selesa
Tidak perlu pilih kereta yang terlalu besar jika tidak perlu. Paling penting dapatkan kereta yang selesa dan berada dalam keadaan yang elok (sudah diservis dan bersih). Kereta bersaiz sederhana adalah paling sesuai kerana kosnya tidak mahal.

Buat perbandingan
Sangat penting untuk anda mencari maklumat tentang kereta sewa. Pastikan ada beberapa pilihan supaya anda boleh membuat perbandingan. Ini bagi mengelakkan anda daripada ditipu dan pada yang sama dapat menjimatkan bajet percutian anda.

Pilihan di tangan anda
Sesetengah kereta sewa datang dengan pakej bersama pemandu pelancong. Jika harganya terlalu mahal, eloklah anda memandu sendiri. Lebih baik begitu kerana anda tidak terikat dengan jadual pemandu pelancong tersebut.

Elak masalah
Bagi memastikan anda terlibat dengan sebarang masalah, sebaiknya periksalah status syarikat kereta sewa tersebut. Pastikan perniagaan mereka sah dan berdaftar. Elakkan menyewa daripada syarikat tidak berdaftar kerana dikhuatiri anda terlibat dengan sindeket kecurian kereta dan sebagainya.

Tanya orang
Jika anda merancang untuk ke destinasi yang pernah dikunjungi orang-orang terdekat dengan anda, lebih baik minta pendapat mereka. Mungkin mereka ada cadangan kereta sewa yang bagus. Anda akan lebih yakin dan urusan menyewa kereta akan menjadi lebih mudah.

Tinggalkan Komen