Agenda memancing boleh juga dijadikan rancangan untuk percutian yang lebih memuaskan. Sesekali bercuti dengan menguji kesabaran menanti pancingan ikan, tentu lebih menarik. Berikut beberapa lokasi percutian untuk yang gemar aktiviti memancing.

Tasik Temenggor, Perak. Gambar www.orangperak.com.

1. Tasik Temenggor, Perak

1.1. Merupakan empangan bagi stesen janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak.

1.2. Dibina pada tahun 1970 dan siap 1974.

1.3. Air dari empangan ini juga disalurkan sebagai bekalan air kepada penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang.

1.4. Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

1.5. Bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding.

1.6. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.

1.7. Jika anda mahu memancing ikan air tawar seperti baung, tenggalan dan kelah, sinilah lokasi yang patut ditujukan sepanjang percutian nanti.

1.8. Pulau Cendana adalah sebuah pulau yang terdapat di tasik ini.

Tasik Kenyir, Terengganu. Gambar www.melancong.my.

2. Tasik Kenyir, Terengganu

2.1. Terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu

2.2. Merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.

2.3. Seluas 260 km persegi, mengandungi 340 pulau kecil dan siap dibina pada 1988.

2.4. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai ‘bandar mati’.

2.5. Antara tarikan popular di sini adalah Pulau Herba yang mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba.

2.6. Bagi penggemar fotografi, Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam.

2.7. Lokasi ini merupakan kediaman kepada pelbagai spesis ikan air tawar dan kehidupan liar eksotik sehingga membuatkannya terkenal sebagai ‘port’ untuk kaki pancing.

2.8. Jika anda minat memancing tetapi datang sehelai sepinggang, usah risau kerana peralatan untuk memancing, berenang, berkayak, berlayar dan merentas hutan ada disediakan di kebanyakan resort berdekatan tasik ini.

2.9. Tasik ini dinilai sebagai antara tarikan pelancong yang terbaik buat pencinta alam semulajadi, penggemar memancing dan juga jurugambar.

Tasik Chini, Pahang. Gambar www.femalemaf.com.my.

3. Tasik Chini, Pahang

3.1. Merupakan salah satu daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang, Pahang.

3.2. Tasik Chini juga merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera

3.3. Populasi yang ramai mendiami kawasan Tasik Chini adalah suku kaum Jakun.

3.4. Tasik Chini juga terkenal bunga teratai yang mekar daripada bulan Jun hingga September setiap tahun.

3.5. Bunga teratai berwarna merah jambu dan putih akan memenuhi tasik ini sehingga membuatkan pemandangan yang cukup sempurna dan destinasi percutian pengembaraan yang menarik.

3.6. Ada sebanyak 144 spesis ikan air tawar yang ada didapati di tasik ini, ramai pelancong yang mahu memancing sambil menikmati keindahan flora yang jarang ditemui akan memilih tasik ini sebagai percutian yang tidak boleh dilupakan.

Tasik Bera, Pahang. Gambar Tasuki Simo.

4. Tasik Bera, Pahang

4.1. Tasik Bera adalah tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang dan mendapat namanya sempena daerah Bera.

4.2. Tasik Bera kaya dengan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, ekosistem yang menyokong kepelbagaian kehidupan haiwan dan tumbuhan, dan menjadi keperluan asas kepada Orang Asli Semelai yang mendiami kawasan sekitar tasik ini.

4.3. Tasik ini merupakan syurga buat kaki pancing.

4.4. Tasik Bera menawarkan perkhidmatan bermain perahu, berkayak, memancing dan merentas hutan.

4.5. Bulan-bulan hujan yang lembab dari April hingga Mei dan dari September hingga Januari menawarkan penggemar-penggemar memancing masa yang terbaik untuk menebarkan joran-joran pancing anda.

4.6. Anda boleh dapat banyak ikan selepas hujan lebat.

Tasik Dayang Bunting, Kedah. Gambar Faizal Riza.

5. Tasik Dayang Bunting, Kedah

5.1. Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar yang berkeluasan tiga padang bola sepak ini terletak di Pulau Dayang Bunting.

5.2. Selain daripada kisah lagenda Mambang Sari yang menjadi bualan dari keturunan ke keturunan, pulau ini juga mendapat sambutan di kalangan pengunjung kerana panoramanya yang indah serta kehijauan airnya yang menggamit mata memandang.

Tasik Beris, Kedah. Gambar www.mdsik.gov.my.

6. Tasik Beris, Kedah

6.1. Tasik Beris yang terletak di daerah Sik, Kedah

6.2. Merupakan tasik buatan manusia hasil daripada pembinaan empangan Beris pada 10 Ogos 2000.

6.3. Jarak tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km, dari Alor Setar lebih kurang 90 km dan 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Batang.

6.4. Terdapat beberapa chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan

6.5. Pengusaha chalet menyediakan beberapa kemudahan aktiviti untuk penyewa supaya pelancong dapat menikmati suasana di sekitar tasik ini.

6.6. Tasik ini merupakan pilihan kaki pancing kerana terdapat beberapa kehidupan air tawar seperti lampam, baung dan tilapia.

Tasik Pedu, Kedah. Gambar www.orangkedah.com.

7. Tasik Pedu, Kedah

7.1. Tasik Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah.

7.2. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir dan bertemu dengan Sungai Padang Terap.

7.3. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand dan tasik ini terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah.

7.4. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot.

7.5. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencinta alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna.

Tasik Chenderoh, Perak. Gambar www.goperak.travel.

8. Tasik Chenderoh, Perak

8.1. Tasik Chenderoh adalah tasik buatan manusia yang terletak di negeri Perak, Malaysia.

8.2. Tasik ini terletak berhampiran dengan bandar diraja Kuala Kangsar dan tapak carigali Lenggong.

8.3. Tasik Chenderoh adalah penting bagi kegiatan pelancongan, pengairan, perikanan air tawar dan penjanaan kuasa hidroelektrik kerana terdapat Empangan Chenderoh di situ.

Tasik Loagan Bunut, Sarawak. Gambar tindalanon.blogspot.com.

9. Tasik Loagan Bunut, Sarawak

9.1. Taman Negara Loagan Bunut terletak di hulu Sungai Bunut kira-kira 120 km dari Miri merupakan salah sebuah tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak dan hanya didapati di pulau Borneo.

9.2. Nelayan tempatan Berawan mengelar tasik ini dengan panggilan tasik ‘Logan Bunut’.

9.3. Keluasan taman ini kira-kira 650 hektar, Tasik Loagan Bunut tidaklah besar mengikut piawaian dunia, tetapi, ia bukan tasik yang biasa.

9.4. Ianya terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan ekosistem akuatik yang unik.

9.5. Ia merupakan taman Negara ke-10 di Bumi Kenyalang. Taman Negara Loagan Bunut diwartakan pada tahun 1 Julai 1990.

9.6. Sebelumnya kawasan ini merupakan sebahagian dari Lemiting Forest Reserve yang berkeluasan 10,736 hektar.

9.7. Ianya terletak 120 km dari Bandaraya Miri, dan taman negara ini mempunyai tasik semulajadi yang terbesar di Sarawak yang berkeluasan 650 hektar.

9.8. Sumber utama air di tasik ini adalah dari Sungai Teru (kawasan tadahan Teru).

Terdapat banyak lagi tasik yang boleh dikunjungi buat anda yang merancang bercuti sambil melepaskan gian memancing bersama keluarga mahupun teman-teman. Sekurang-kurangnya, tasik lebih thrill berbanding memancing di kolam!

Tinggalkan Komen