Nikon tahun ini menyambut ulang tahun ke 100; sejak ditubuhkan pada 1917. Ulangtahun ini ditambah dengan model terbaru yang dinantikan jurufoto profesional dan peminat tegar kamera kini mampu melonjak hasil foto ke satu dimensi lebih tinggi dengan kehadiran Nikon D850 di pasaran.
Kamera ini menjanjikan kombinasi kelajuan dan resolusi tinggi dan tahap video sehingga 4k UHD; terima kasih kepada pemproses EXPEED 5 imej dan sensor CMOS, fotografi senyap dalam mod foto dan video, dan ruang lihat yang luas.
D850 mensasar pengguna multimedia apabila didatangi dengan full-frame 4K UHD video, 5x slow-motion video dalam rakaman Full HD, dan 8K time-lapse mod.
Ciri hebat Nikon D850 Resolusi tinggi, kualiti gambar dan video terbaik 45.7 megapixel FX Format CMOS Sensor dengan ciri fotografi senyap dan tiada kabur mekanikal bagi merakam resolusi terbaik dalam mana-mana senario. Dengan gabungan dinamik sensitiviti ISO dari ISO 64 sehingga 25600 malah boleh diluaskan lagi hingga ke Lo 1 ISO 32 to Hi 2 ISO 102400, rakaman gambar dari segala jenis pencahayaan kini boleh dilakukan.
IKLAN
Persembahan video alaf baru Full-frame pada tahap 4K UHD (3840×2160)/30p Sesuai bagi rakaman multimedia, D850 memacu 4K video dan 8K time-lapse video dengan rakaman senyap sehingga kelajuan perlahan 0.5 saat atau format HD (100-120 fps direkod pada 24,25, 30p) slow-motion video dalam format DX.
Merakam aksi dinamik sambil fokus pada kemasan kecil Mampu rakam 9fps (bateri tambahan) atau 7fps secara berterusan pada resolusi tertinggi pada gambar aksi contohnya bolasepak. Bukan itu sahaja, D850 sekaligus dengan ciri autofokus sebanyak 153 point dan 99 sensor bersilang bagi mendapat objek bergerak dengan sempurna.
Penggunaan pada tahap baru Spesifikasi yang diperbaharui dan sistem operasi lebih praktikal. Skrin 3.2 inci resolusi tinggi dengan 2359k-dot LCD monitor dan butang bercahaya ketika dalam keadaan gelap, memudahkan penggunaan.
IKLAN
Wifi & Bluetooth Model ini dilengkapi Wi-fi & bluetooth memudahkan proses pemindahan fail dengan cepat tanpa wayar.
Model ini boleh didapati pada kedai kamera terpilih atau layari secara online.
Aktiviti percutian menjadi semakin popular pada hari ini dan pelancong gemar untuk menikmati budaya yang berbeza di pelbagai tempat dan mereka berhadapan pelbagai situasi semasa perjalanan. Selain dari bandar ke luar bandar untuk menikmati pemandangan yang indah, apa yang setiap pelancong mahukan adalah membawa pulang kenangan manis serta cenderahati yang banyak untuk rakan taulan.
Lebih ruang untuk cenderahati
Berikutan had saiz bagasi, bagaimana cara untuk membawa lebih banyak cenderahati balik ke tanah air? VAGO adalah satu peranti kecil yang boleh dibawa sepanjang perjalanan dan percutian dengan mudah. Ia boleh memampatkan pakaian secara automatik. Justeru, mewujudkan ruang tambahan dalam bagasi anda.
Lebih ruang lebih kompak
Untuk pengetahuan anda, pakaian, beg dan bahan-bahan lembut menggunakan sebahagian besar ruang dalam bagasi, kerana kebanyakan bahan-bahan ini terisi oleh angin. VAGO ini menyedut angin yang ada dalam bagasi anda dan menggunakan pemampat vakum untuk mengeluarkan angin daripada pakaian, untuk mendapatkan lebih banyak ruang dalam bagasi.
Alat kecil berkuasa tinggi
Dengan satu alat yang kecil, anda boleh mengecilkan barang-barang yang lembut seperti pakaian dan tuala ke dalam bekas vakum, sama ada untuk mengasingkan yang bersih daripada yang kotoratau untuk memberikan ruang yang lebih luas dalam bagasi anda ketika benar-benar diperlukan. VAGO ini cukup mudah digunakan; hanya dikuasakan mengguna pot mikro USB dan mampu membantu untuk masukkan pakaian anda ke dalam beg yang lebih kecil. Sensor pintar VAGO secara automatik berhenti apabila proses memvakum selesai dilakukan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Isu powerbank meletup bukan sesuatu yang baru di seluruh negara. Beberapa rekod kematian telah dicatat disebabkan letupan oleh powerbank ini. Baru-baru ini juga terdapat kes power bank meletup di dalam kereta, ketika mengecas di rumah dan ada juga kes berlaku di dalam pesawat.
Ya, baru-baru ini sebuah pesawat AirAsia yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong pada 25 Disember 2019 lalu terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Tan Son Nhat di Vietnam akibat letupan daripada powerbank.
Powerbank kepunyaan salah seorang penumpang pesawat terbabit meletup ketika beliau sedang mengecas telefon bimbitnya. Kejadian tersebut menyebabkan penumpang terbabit mengalami kecederaan pada tangan kiri dan paha. Setelah disiasat, pihak berkuasa mendapati powerbank yang digunakan oleh mangsa merupakan powerbank yang tidak mempunyai jenama.
Takut dengar kan? Ini ada tip dan perkongsian yang sangat berguna daripada saudari Siti Nur Syuhaidah untuk anda yang jika penumpang ingin membawa powerbank menaiki pesawat bersama.
Baru-baru ini aku dikejutkan dengan berita sahabat travel aku di tahan di lapangan terbang Bandung atas kesalahan membawa ‘powerbank’ berkuasa melebihi 20000mAh. Wah! Satu benda baru jika ditahan disebabkan powerbank. Yelah mana tak nya, powerbank adalah satu benda yang wajib bagi para traveller kan? Tengah syok-syok ambil gambar sekali bateri dah kong, mana hala pula lah nak pergi cari “plug point” untuk caj kamera/telefon bimbit kan. Jadi, “powerbank” lah yang menjadi penyelamat keadaan.
Namun sekatan membawa masuk benda berkaitan bateri “lithium” ini bukan satu benda yang baru.
Larangan untuk membawa peralatan berasaskan bateri lithium telah di kuatkuasa kan di peringkat antarabangsa oleh IATA – International Air Transport Association dan syarikat penerbangan di Malaysia (MAS, Airasia, Firefly dan sebagainya) sudah pasti mengikuti peraturan tersebut.
Malah baru-baru ini juga syarikat gajet terkemuka Apple.Inc ada mengeluarkan kenyataan penarikan sebilangan kecil produk Macbook Pro 15” yang terjual dalam tempoh September 2015 hingga Februari 2017.
Unit tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin pesawat kerana dikhuatiri bateri lithium komputer riba tersebut mudah terdedah kepada “over-heating” dan boleh menyebabkan letupan dan kebakaran kecil.
Jadi, beberapa “instant announcement” telah dibuat oleh syarikat penerbangan Malaysia berkenaan dengan insiden tersebut.
.
Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines, Airasia, Malindo Air dan Firefly menetapkan jika komputer riba anda Macbook Pro 15” adalah di bawah senarai penarikan, anda tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk unit tersebut kedalam kabin pesawat atau daftar masuk-bagasi. Tetapi para penumpang boleh menyediakan dokumen rasmi atau resit yang menyatakan bahawa unit anda telah pun di tukar ganti bateri nya supaya dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin pesawat.
Namun, pasti nya anda tertanya-tanya, adakah semua barangan berasaskan bateri lithium tidak boleh di bawa naik? Tetapi smartphone juga mempunyai bateri ? Adakah bermaksud kita tak boleh bawa telefon bimbit bersama? Susah lah nanti kan..
Jangan bimbang… Ada beberapa syarat-syarat yang telah di tetapkan untuk para penumpang semua..Anda masih boleh bawa Power Bank dalam kapal terbang bersama dengan gajet-gajet anda yang lain, tetapi terhad dengan peraturan seperti di bawah.
powerbank (2).
Ini adalah info yang di dapati dari pihak IATA.
1. Anda perlu dapatkan info berapakah Watt Per Hour (Wh) bateri gajet anda.Biasa nya smartphone mempunyai kadar Wh yang rendah.
2. Cuma jika anda ada gajet-gajet yang bersaiz besar seperti power bank, laptop, dan lain-lain, sila dapatkan info bateri anda dari pengeluar anda. Ini bagi memudahkan anda untuk membuat tindakan lanjut jika kadar Wh nya tidak menepati syarat-syarat IATA.
3. Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = < 100 Wh (2g) – Jika bateri anda di bawah kadar 100Wh, anda boleh membawa gajet (built in battery) tersebut bersama-sama anda . Jika gajet anda dari jenis bateri boleh tanggal, anda juga boleh bawa seberapa banyak pun,tetapi ia tidak boleh di simpan di dalam beg di bahagian kargo.
Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = > 100 Wh ~ <160Wh – Anda boleh membawa gajet (jenis built in battery) ini bersama-sama dengan anda sama ada beg di ruangan penumpang ataupun kargo.
4. Untuk gajet dari jenis bateri boleh tanggal, anda hanya di benarkan 2 unit bateri sahaja di dalam beg anda dan tidak di benarkan di simpan di dalam ruangan kargo.
Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = >160 Wh – Anda perlu memberitahu petugas di kaunter yang anda membawa peralatan yang mempunyai bateri yang besar dan melebihi 160 Wh. Petugas akan membantu untuk tindakan selanjutnya.
Untuk anda yang mempunyai Power Bank Pineng, anda masih boleh bawa power bank dalam pakal terbang tanpa sebarang masalah. Berikut adalah kadar Wh untuk power bank Pineng anda:-
Apa-apa pun, sentiasa pastikan gajet anda bukan dari barangan palsu atau tidak sah bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan. Sentiasa patuhi arahan keselamatan petugas pesawat bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 30000 kaki atas langit weh. Kalau apa-apa jadi siapa tak kecut perut kenn!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pemilihan beg ketika bercuti sangat penting. Sebelum memilih beg apa yang perlu di bawa, semak dulu lokasi percutian anda.
Libur pernah ada pengalaman melihat pelancong yang memilih untuk menginap di sebuah resort atas bukit terpaksa memikul bagasi beroda yang sangat besar dengan menaiki anak tangga yang curam. Tanpa dijangka, beg tersebut terjatuh kembali ke bawah lalu pecah dan segala barang di dalam terabur di atas tanah.
Terdapat pelbagai pilihan beg travel untuk mengisi barang di pasaran, adakah beg yang anda pilih sesuai dengan jenis percutian yang dirancangkan? Ketahui jenis-jenis beg dan kesesuaiannya mengikut jenis percutian anda
BEG DUFFLE
Sesuai untuk: Pendaki, pelajar kolej, budget traveller
Beg duffle tradisional bersifat ringan, mudah disimpan dan lebih mesra bajet. Beg jenis ini mempunyai ruang simpanan yang besar – sesetengah model menawarkan kapasiti sehingga 130 liter.
BEG DUFFLE BERODA
Sesuai untuk: Perjalanan bisnes, lawatan keluarga, road trip, percutian urban
Beg duffle mempunyai ruangan utama yang besar dan boleh memuatkan peralatan kembara yang pelbagai bentuk atau saiz, di samping mempunyai roda yang memudahkan pergerakan.
BAGASI BERODA
Sesuai untuk: Perjalanan bisnes, lawatan keluarga, road trip, percutian urban
Binaan yang teguh dan saiz yang kompak direka untuk menangani sistem pengangkutan bagasi. Beg jenis ini juga selalunya mempunyai banyak poket dan ruangan khusus untuk toiletries, aksesori dan lain-lain.
BACKPACK BERODA
Sesuai untuk: Kembara, road trip
Backpack beroda mempunyai kelebihan dari segi keselesaan dan mobiliti. Ia boleh diseret atau disandang mengikut situasi, dan amat popular di kalangan pengembara dan backpackers.
TRAVEL PACK
Sesuai untuk: Pengembara yang mementingkan mobiliti
Backpack tanpa roda ini bersifat mesra perjalanan, terutamanya di laluan berbatu, tangga, dan kawasan tidak rata kerana ia disandang sepanjang masa. Kebanyakan beg jenis ini mempunyai rangka dalaman, strap bahu tersembunyi dan ciri-ciri keselamatan.
BEG LAPTOP
Sesuai untuk: Pelancong yang membawa laptop
Beg sandang belakang ini mempunyai ruangan berpad untuk melindungi laptop bersaiz 10-17 inci, selain mempunyai banyak poket untuk menyimpan kabel,wayar sambungan dan kertas kerja. Ia juga boleh menjadi tempat simpanan ekstra bagi barang-barang yang tidak dapat dimuatkan ke dalam bagasi utama.
EXTRA: BAGASI JENIS CARRY-ON
Sesuai untuk: Pelancong yang tidak membawa banyak barang, sangat mementingkan mobiliti atau tidak mahu membayar caj bagasi.
Semua jenis beg, dari bagasi beroda sehingga duffle, mempunyai saiz carry-on yang selalunya tidak perlu didaftar masuk. Kebanyakan syarikat penerbangan membenarkan beg carry-on yang bersaiz tidak lebih daripada 22 x 14 x 9 inci.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!