Tiada yang lebih tepat untuk menggambarkan keunikan kita sebagai rakyat Malaysia selain kegemaran kita apabila tiba saatnya untuk makan durian.
Bagi merayakan Hari Kebangsaan yang ke60 tahun ini, rangkaian restoran tempatan, Sepiring, menampilkan tiga hidangan istimewa berasaskan durian iaitu Laksa Durian, Kopi Durian dan Cendol Dodol Durian.
Sepiring sentiasa berusaha untuk menawarkan pelbagai resipi asli yang menarik dari segenap pelusuk rantau Malaysia bagi memperlihatkan pelbagai perisa dan cita rasa yang menjadikan kita semua warga Malaysia yang unik. Maka dengan itu, Sepiring menobatkan durian sempena perayaan Hari Kebangsaanke60 kerana tahap kegemaran rakyat Malaysia terhadap buah durian ini tiada batasan. Inilah yang menjadikan kita benar-benar unik, tanpa mengira kaum, agama atau warisan.
Sajian utama daripada tiga hidangan baru ini ialah Laksa Durian, yang menggabungkan campuran rasa herba dan rempah ratus dengan perisa dan aroma durian yang tersendiri. Dengan Laksa Durian, Sepiring berjaya mengadunkan dua makanan tradisional kegemaran rakyat Malaysia dalam satu sajian yang pasti menambat selera.
Untuk melengkapi Laksa Durian, Sepiring turut mencipta mengilhamkan Kopi Durian, yang boleh didapati dalam bentuk panas atau sejuk. Perisa kopi kaya, yang diekstrak daripada biji-biji kopi terpilih dan bermutu tinggi, digabungkan dengan perisa durian bagi menambah nikmat rasa yang berkekalan dan membuat anda sentiasa mahu lagi.
Tidak ketinggalan bagi sajian pencuci mulut, Sepiring menggabungkan cendol, manisan kegemaran rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, dengan dodol, makanan tradisional musim perayaan yang sangat popular, dalam hidangan Cendol Dodol Durian. Dihidangkan dengan ais parut dan pelbagai bahan cendol biasa dan dodol durian, sajian pencuci mulut ini disajikan dengan satu senduk isi durian segar di atasnya. Rasanya sungguh nikmat.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Operasi TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata, “Sungguhpun tiga sajian baru sempena Hari Kebangsaan ke60 berasaskan durian, pasukan kami telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan resipi yang digunakan adalah benar-benar asli dan perisanya digabungkan dengan cara yang menyerlahkan sajian, bagi membawakan pengalaman dan citarasa makanan kegemaran rakyat Malaysia ini ke tahap yang berbeza. Kami ingin terus menjadikan warisan dan identiti kita ini sebagai satu kebanggaan,” tambahnya.
Promosi buat pengunjung
Sempena perayaan ulang tahun kemerdekaan negara kali ini, Sepiring ‘menghadiahkan’ sajian pencuci mulut kepada pelanggan yang memuat naik sebarang gambar sajian durian yang sedang dipromosikan ini. Pelanggan hanya perlu memuat naik gambar Laksa Durian, Kopi Durian atau Cendol Dodol Durian ke laman Facebook atau Instagram mereka beserta hashtag #SepiringOhMyDurian untuk layak mendapat satu sajian pencuci mulut percuma.
Sajian durian istimewa Sepiring sempena Hari Kebangsaan yang ke60 ini telah diperkenalkan dalam suasana meriah lengkap dengan paparan warna-warna bendera Malaysia. Tiga sajian baru ini boleh didapati untuk tempoh yang terhad, iaitu pada harga ala carte RM20.90 untuk Laksa Durian,Cendol Dodol DurianRM13.90 dan Kopi Durian RM12 (panas) atau RM13.90 (sejuk). Promosi ini ditawarkan di semua cawangan Sepiring, kecuali cawangan di Mid Valley Megamall.
Menurut Wong, Sepiring semakin dikunjungi ramai sebagai destinasi pilihan khususnya mereka yang mencari sajian asli dan tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Fokus Sepiring dalam bidang ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sendiri dan juga pelancong dari seluruh dunia.
Restoran Sepiring kini terletak di Mid Valley Megamall, The Mines, IOI City Mall dan Sunway Putra Mall. Tiada yang perlu anda gusar menikmati sajian di Sepiring kerana restoran ini mendapat pengesahan Halal daripada JAKIM.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Kongsi Itenari 2H1M Jelajah Muar. Makan Oyster Segar & Minum Kopi Sedap. Melancong Dalam Negara Pun Seronok!
Nak melancong tak perlu tunggu ke luar negara, kat dalam Malaysia pun sebenarnya banyak tempat-tempat menarik untuk kita lawati.
Jika berkunjung ke Selatan Semenanjung Malaysia, jangan lupa untuk singgah di Muar yang terkenal dengan julukan Bandar Maharini. Merupakan bandar Di-Raja di barat laut negeri Johor, Muar ada banyak tempat untuk anda terjah bila dah sampai ke sana.
Perkongsian oleh pengguna Facebook Aziera Dianza ke Muar selama 2 hari 1 malam cukup mengujakan. Banyak tempat menarik yang dilawati sepanjang berada di sana. Paling best dapat minum kopi yang terkenal kat sana dan juga cuba tiram segar dari laut.
Nak tahu apa lagi yang best ada kat Muar, ikuti perkongsian gadis ini!
ITENARY MUAR 2D1N
MUAR BANDAR MAHARANI, BANDAR DIRAJA
==================
Kami gerak dari KL jumaat mlm lepas keje .. Sampai Muar terus dinner di Wak Jos Ikan Bakar.
Restoran Ikan Bakar Wak Jos
https://maps.app.goo.gl/4zikuuYP9dtLy1weA
Mungkin da sampai lewat. Pilihan makanan dah tak banyak.. Tapi not bad jugak la makan kat sini.
Checkin Elite Hotel Muar
Elite Hotel,5-20, Jalan Ibrahim, Taman Sri Tanjung
Hotel ni 3 tingkat takde lift ye.. So untuk orang tua tidak sesuai.. Tapi bilik hotel ni sangat selesa dan luas.. Lokasi strategik nak pergi mana-mana tempat…
1st Day
Breakfast di R&H Cafe Satay Maharani
https://maps.app.goo.gl/jJ4yEemsZC56uSBy8
Harga berpatutan tapi kena sabar menunggu la ye . Staff-staff semua ramah. Walaupun ramai pelanggan servis laju
Kono try sate maharani dan menu-menu yang ada semua sedap. Mee rebus dan roti titab telor goyang pun padu..
Perut dah kenyang ayuh carik aktiviti yang menarik di Muar.
Kilang Rempah Mak Siti
https://maps.app.goo.gl/9agoCa5WPTZKwBGm8
Kami melawat di Kilang mak Siti. Boleh beli rempah ratus di sini. Harga lebih murah. Kilang pemprosesan belum boleh masuk lagi untuk lawatan.
Nasuha Restaurant Nasi Beriani Herba
https://maps.app.goo.gl/DZ5Aq2eCHWGRau3N7
Penat meronda di kilang mak Siti korang boleh singgah restaurant nasi beriani Herba ni.
Dekorasi restoren yang menarik. Tenang je. Kalau nak beli herba-herba ke air rebusan akar kayu ke macam-macam ada..
Pusat Memancing Udang Galah Muar ( KKS )
https://maps.app.goo.gl/Emb5Yioh9Cw2L2RAA
Best mancing udang galah kt sini.. Korang tak terer mancing pun kompom dapat jugak seko 2.. Anak-anak kompom teruja sebab aku pun enjoy mancing udang kat sini
Ngeteh di Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd – Kopi 434 Muar
https://maps.app.goo.gl/7UUBR62GWuX6KUu27
Mmg wajib try kopi 434 dia la ..Roti Bakar wholemeal dia sedap. 2x kitorg order sebab sedap. Roti kok tu yang macam semekut lutut tu korang cicah dengan kopi panas Padu ooo..
Sebelum balik tu jangan lupe borong dulu kopi 434
Jalan Parit Tiram
https://maps.app.goo.gl/LVN49BtE14LE4GP76
Kat muar ni ada port untuk beli oyster @ Tiram fresh.. Masa kitorg sampai nelayan tengah bersihkan tiram.
Abg tu bagi try tiram fresh. Sedap weh.. Korang kena try k..
Petang-petang ambil angin di Tanjung Ketapang, Muar, Johor.
https://maps.app.goo.gl/7pvhqUp6GACczA7DA
Port yang best untuk beriadah. Boleh berbasikal jog.
Tanjung Emas Sunset view point
https://maps.app.goo.gl/2UQr8Yrkn4y2YgjT6
Subhanallah.. Cantik sunset kt sini. Memang ni port yang sesuai untuk korang tengok matahari terbenam.
Dinner D Tiram Terapung Muar
https://maps.app.goo.gl/WYCewdpc22GA456Y8
Pilih tempat makan atas air.. Boley tengok view malam. Lampu-lampu..
Banyk pilihan seafood.. Makanan sedap puas ati.. Harga agak mahal tapi berbaloi dengan rasa.
MUAR SOUP HOUSE®,
https://maps.app.goo.gl/4DnzufA1sr6E3Giv9
Penat berjalan kat uptown tu boley la singgah try sup Muar..
Jalan2 cuci mata di Uptown Maharani Muar
https://maps.app.goo.gl/yhXAqks5Hg7sMgT38
Macam-macam barangan ade.. Nak beli tshirt ke kasut ke murah-murah.
2nd Day
Breakfast di Dapur Pendekar Ole Ole Maharani
https://maps.app.goo.gl/C8Uq3Be8H2JEJuet5
Tempat makan yg menarik terletak di tepi sungai.. Angin sepoi2..bnyk pilihan sarapan pagi yg sedap dan murah.
Muar River Cruise
https://maps.app.goo.gl/yydG1Mm8hyULtZuM7
Bayaran Rm20 dewasa, Kanak2 rm15
930am-530pm (Jumaat, Sabtu n Ahad)
Mmg syok menaiki cruise menyusuri Sungai Muar selama 30 minit sambil diberi penerangan oleh crew.
Perencah Mee Bandung Mak Pon
https://maps.app.goo.gl/hvcsB3akEGPbkjaq5
Bagi peminat mee bandung kompom akan ke sini untuk membeli paste Mee bandung Mak Pon yg sedap dan mudah dimasak.
Tak lengkap ke Muar kalau x pekena mee bandung kn..
Kasi try
Mee bandung Central
https://maps.app.goo.gl/rS8jCVWY8kmD2zqv5
Mee Bandung Abu Bakar Hanifah
Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
https://maps.app.goo.gl/HguVE26SLMebFfXa9
Beca Gergasi Muar
https://maps.app.goo.gl/oKHXeRsEVAdLKBbAA
Unik beca gergasi yg sangat besar n tinggi. Kreatif.
Laman Belia Sungai Rambai
https://maps.app.goo.gl/SZW3oWBbQG6TEsD66
5minit dari lokasi beca Gergasi td korang boleh ke laman Belia port viral air jernih kehijauan tu. Ada jambatan gantung.
Otw balik tu kami ikut laluan dalam arah ke Melaka. So sempat singgah ambil angin laut di Pantai Siring.
Jeti Nelayan Pantai Siring Kampung Pulai Melaka
https://maps.app.goo.gl/XDnf4doB1AJVe7EW9
Dak Lin Celup Tepung
Kat sini pun ada port untuk pekena celop tepung. Tp sebab weekend kena beratur panjang la.
Asam Pedas Pak Man
https://maps.app.goo.gl/UAZB8tUKAqJg4Zyg6
Tak sempat makan asam podeh Muar.. Kami pekena asam podeh Melaka. Tamatlah sudah percutian JJCm Muo.
Selamat bercuti. Ayuh support industri pelancongan Malaysia . Malaysia banyak tempat menarik untuk kite terokai dan kunjungi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempadan Negara Dah Buka, Boleh Melancong Ke Thailand. Kena Tahu Prosedur Baru Lancar Perjalanan!
Sempadan negara kita dah dibuka secara rasminya hari ini, mesti ramai yang tak sabar nak melancong ke luar negara kan? Bangkok, Thailand salah satu destinasi yang sering jadi tumpuan orang Malaysia.
Namun ramai yang masih tidak jelas dengan prosedur yang perlu dihadap untuk sampai ke sini. Perkongsian daripada Nash Farha yang dikongsikan menerusi Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mungkin dapat memberikan gambaran sebenar perjalanan untuk yang bakal melancong ke negara gajah putih ini.
Malah dalam satu perkongsian terbaharu di FB miliknya juga, Nash turut memberitahu bahawa Pre-depature PCR test untuk ke Thailand yang sebelum ini diperlukan kini sudah tiada. Tapi untuk confirmation, sebaiknya periksa dahulu dengan syarikat penerbangan yang akan digunakan.
Ikuti perkongsian Nash untuk yang bakal melancong ke Thailand tak lama lagi.
Hi everyone. Just nak share procedure travel to Bangkok thru air travel. (applicable for travel on March 2022).
Ada 3 type of application, korang pilih Test & Go.
Document yang diperlukan untuk ThaiPass:
– Passport copy (jpeg, png)
– Vaccine copy downloaded from MySejahtera (jpeg, png)
– Hotel booking (I recommend book thru Agoda since dah ada filter siap2 for SHA+ hotels yang dah approved. files to upload in jpeg, png)
– Travel insurance max 20k USD. Certificate ni kene upload. I amik ETIQA 360, korang bole consult dengan agent insurance masing2.
Disarankan settlekan semua documents diatas baru apply through https://tp.consular.go.th/home for easy process. Apa dia mintak bole upload terus je, tak perlu cari2 dah. Semua files/documents above to be uploaded in jpeg, png unless stated otherwise.
Dalam web tu diorang recommend apply 3 to 7 days before flying, tapi I apply 3 hari sebelum pukul 9malam, by 1am dah dapat generated QR Code for ThaiPass. Tapi untuk mengelakkan gelabah or application rejected, korang apply la awal-awal.
Procedure kat KLIA2 (I print hardcopy semua ni so senang bila diorg mintak terus bagi):
– Passport
– PCR Test copy (mesti PCR takbole RTK)
– ThaiPass QR Code
– Vaccine Certs
Procedure bila landed kat DMK:
– Passport
– PCR Test copy
– ThaiPass QR Code
– Hotel Booking (approved by SHA+)
After that, go thru immigration macam biasa, amik beg and keluar. Sebab book hotel yg SHA+ approved, dah ada driver siap tunggu datang pick up and drive terus pegi hospital for swab test. Depan departure hall tu sebelum pegi kereta driver bagi masa kejap untuk beli sim card sebab stay for 10 days.
Selesai swab test, driver hantar pegi hotel, check in then tunggu result swab test tadi. Kiteorg takleh keluar so makanan order thru GrabFood je then reception akan hanta ke bilik. By 10pm, reception call and inform kami negative. Terus siap2 keluar jalan2 area hotel cari 7Eleven hihi.
Oh, and pihak hotel suruh download app called Morchana, where we have to upload our swab test for the 5th day. Masa hari ke5 ada tanya reception diorg kata tak payah tapi esok nya dapat notification dari app Morchana that we have to submit our tests. Pihak hotel bagi testkit (nasal swab type) then upload the test result thru the app.
Suasana kat Bangkok frankly operating macam biasa. Diorg takde app macam MySejahtera kena check in to places. Just that kene scan temperature, tapi guna tangan je, bukan guna dahi huhu. MRT/BTS pon sesak macam biasa. Shopping malls Siam Discovery/Center/Paragon pun operating macam biasa. Just that Chatuchak dgn Asiatique je kedai bukak dalam 10%. Sendu sikit la.
Social distancing agak kelaut sebab kalau attend event with Thai actors semua bersesak2 macam konsert huhu.
HALAL FOOD:
This one yang we have gone to and our favorites. Yang lain bole google, pretty easy to find.
– SookSiam @ IconSiam (mahal sikit tapi sedap. Ada nasi campur, hotdog cucuk2, dengan goreng2. Naik free shuttle boat dari Sathorn Pier/Saphan Taksin BTS)
– Halal food @ Chinatown (nama kedai tak tau but here’s the direction https://goo.gl/maps/uuZ7giPRS1cQTWnf6. American Fried Rice repeat 3 kali haha)
– Halal night market @ TaladNad KoKoTho (naik boat dari Pratunam Pier, turun kat Saphan Mit Mahat Thai – tix 19THB)
Procedure balik Malaysia:
Masa check in bags kat Suvarnabhumi prepare these documents:
– Passport
– PCR Test (paling murah dapat kat HuaChiew Hospital, korang bole survey la tempat lain kalau ada lagi murah).
– Vaccine certs.
– Home Quarantine application (apply thru MySejahtera).
ROUGH EXPENSES:
– Hotel W22 By Burasari @ Chinatown – RM1740 (for 10 days, 2 pax. Include airport pick ups and swab test)
– Insurance for 10 days ETIQA360 – RM78 per pax
– Flight AirAsia to DMK – RM 404 per pax (luggage 20kg)
– Flight MAS to KL – RM418.23 per pax (luggage20kg)
– PCR Test untuk balik Malaysia – 2100THB (RM268)
– Sim Card dtac – RM38 unlimited data for 15 days
– Cash bawak 10,000THB, yang lain swipe guna BigPay.
I’ll admit memang leceh procedure and banyak extra kena spend (dulu bawah RM1500 dah bole pegi Bangkok) tapi sebab dah tepu tak travel I guess so redah je la. Kalini xde itinerary sbb nak relax and just enjoy Bangkok as is. Hopefully everything will be back to normal soon and semoga ahli2 dalam group ni boleh travel macam biasa balik. Stay safe everyone!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Travelog & Itinerari Kembara Jalanan Kanada, 19 Hari Menakluk British Columbia & Alberta
Sekiranya anda ingin mengembara ke Kanada, di sini Libur kongsikan satu travelog dan itinerari untuk menjadi bahan rujukan kepada anda. Travelog dan itinerari ini adalah hasil perkongsian Zikri Bahrudin kepada pembaca Libur dan semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.
Ringkasan Perbelanjaan
Penerbangan
Penerbangan pergi balik menaiki Air China dengan kos RM2421 untuk seorang dan visa pula berharga RM568.83.
Tempat tinggal
Penginapan berharga RM8347.08 dibahagikan kepada tiga orang menjadi RM2782.36.
Pengangkutan
Sewa kereta sebanyak RM2758.28 juga dibahagikan kepada tiga orang menjadi RM919.42.
Petrol
Kos minyak petrol sebanyak RM1626.76 dibahagi kepada tiga orang menjadi RM542.25.
Yuran
Fi Taman Negara Kanada adalah sebanyak 78.39 CAD dibahagikan kepada tiga orang menjadi RM82.31
Jumlah perbelanjaan keseluruhan sepanjang kembara jalanan ini adalah lebih kurang RM 7233.86 untuk seorang
Cadangan aktiviti pilihan untuk anda cuba adalah Sky Diving berharga 462 CAD bersamaan RM1471.97 untuk seorang.
Hari pertama
14.06.2019 | 12.40am – 10.50am | Kuala Lumpur ke Vancouver
Transit di Beijing lebih kurang 8 jam
Tiba di Vancouver dan menginap di Hi Whistler dengan kos RM479.47.
Lokasi menarik untuk dikunjungi
Lost Lake Park – Awal pagi lepas check out terus ke tempat ini. Orang masih tak ramai jadi senang nak mengambil gambar. Kebanyakan yang datang untuk berjoging berseorangan atau membawa anjing sebagai peneman.
Whistler & Blackcomb Mountains – Kemudian abam meneruskan perjalanan menaiki gondola ke Whistler& Blackcomb Mountains. Tempat ini memang penuh dengan tourist sebab menyajikan pemandangan yang awesome & sesiapa yang ingin bermain salji di musim summer.
Joffre Lakes – Tempat terakhir abam singgah sebentar di Joffre Lakes dalam perjalanan dari Whistler ke Kamloops. Tempat ni memang tiada dalam itinerari. Tetapi tak sangka tempat ini menyajikan tasik yang cantik seperti di Lake Blausee, Swiss tapi Lake Blausee lagi jernih la.
Hari ke-2
15.06.2019
Menginap di Country View Motor Inn dengan kos RM326.88.
Hari ini abam meneruskan pengembaraan di bumi Canada. Trip ini dari Kamloops ke Hinton mengambil masa lebih kurang enam ke tujuh jam. Tetapi disebabkan banyak berhenti dah jadi hampir 10 jam perjalanan.
Dalam itinerari tiada perancangan untuk kemana-mana pada hari ini cuma memandu ke Hinton. Cuma kami hanya akan berhenti di mana-mana spot yang menarik. Antara spot yang menarik giler & menarik biasa adalah;
Clearwater Lake – Tasik ini airnya sangat jernih. Seperti cermin dan memantulkan imej di permukaan tasik. Masa ni tiada orang pun singgah sini. Masa nak balik baru ada satu kumpulan ni datang berjemur.
Mount Robson Provincial Park – Berladangkan bunga Lupin berlatar belakang gunung disaliputi salji. Combination yang sangat cantik.
Info: Di Canada bunga Lupin ni bersepah, Tepi jalan je boleh jumpa
Overlander Falls – kawasan air terjun yang sepatutnya mengambil masa 45 minit pergi balik. Tetapi disebabkan kami terlepas pandang signboard & ikut shortcut, kami tersalah ikut trail yang jauh giler masuk hutan. Ada 2 jam total perjalanan huhu ?
Moose Lake – Destinasi terakhir sebelum sampai ke Hinton. Tasik ni betul-betul tepi highway & laluan train. Tasik yang tidak berapa luas tetapi sangat jernih seperti cermin juga. Snowcap di atas gunung menambah perisa kecantikan pemandangan. Cuma cuaca sedikit mendung ketika itu.
Hari ke-3 hingga ke-5
16.06.2019 – 18.06.2019
Menginap di Hinton AirBNB dengan kos RM1392.99.
Penjelajahan bumi Canada diteruskan di dalam Jasper National Park.
Maligne Canyon – Memakan masa perjalanan lebih kurang 2 jam dari Hinton tempat penginapan kami. Kami memilih sampai awal pagi untuk mengelak ramai pelancong. Memang tepat apabila sudah selesai lebih kurang 3 jam perjalanan mengilingi Maligne Canyon baru kelihatan ramai orang baru sampai.
Medicine Lake – Kedudukan tasik di tepi jalan dalam perjalanan ke Maligne Lake .Tak jauh daripada situ akan ada satu tempat untuk melihat beruang di tepi jalan.
Maligne Lake – Antara tempat paling ramai pelancong. Antara aktiviti yang boleh dilakukan menaiki kayak, boat cruise atau memancing. Ada restoran disediakan disini.
Spirit Island – Perlu menaiki boat cruise untuk ke pulau ini. Lebih kurang 2 jam perjalanan pergi dan balik termasuk 15 minit untuk pusing-pusing di pulau tersebut. Serius tak cukup masa, huhu ?
Jasques Lake – Tasik dalam perjalanan pulang ke rumah. 2 km perjalanan satu hala untuk sampai ke tasik ini. Tempat ini jarang dikunjungi kerana bukan ‘top tourist attraction’ tetapi serius cantik tempat ini. Cuma kurang diselenggara.
Kami masih meneruskan misi jelajah Canada di dalam Jasper National Park. Bayaran yang dikenakan adalah 19.60 CAD untuk sebuah kereta. Berikut adalah tempat yang sempat dilawati;
Miette Hot Spring – Plan asal untuk ke tempat ini pada sebelah petang setelah penat hiking tetapi disebabkan hujan renyai plan ubah ke waktu pagi. Setelah penat & lenguh badan bila masuk dalam kolam air panas ni memang terapi betul. Apa yang best waktu pagi orang tak ramai & boleh la jaga pandangan sikit, adalah tiga atau empat orang je geng pencen, huhu?
Sulphur Skyline – abam teruskan misi mendaki sejauh 8 km. Kalau ikut maklumat dari buku tahap kesukaran adalah sukar. Abam ingatkan macam tak mampu, huhu. Adalah dua tiga kali pikir nak patah balik. Jalan naik mendaki sahaja tiada jalan landai langsung.
Blue Lake & Kelly Bathtub & Jarvis Lake – tasik tepi jalan jadi isi masa terluang sebelum pulang ke rumah.
Beaver Boardwalk – kali pertama melihat binatang bernama beaver yang tinggal di tasik di tengah bandar Hinton.
Meneruskan perjalanan ke Nordegg dari Hinton. Cuaca daripada pagi hujan dan tak lama selepas itu surprise salji turun uolls. Happy la abam jadi winter boy. Snow in summer.
Athabasca Falls – Kedudukan air terjun di tepi jalan. Abam paling suka kalau lokasi tak perlu berjalan atau hiking berkilometer, haha. Air terjun paling bahaya & difahamkan siapa yang jatuh akan mati. Belum ada yang pernah hidup.
Sunwapta Falls – Yang ni pun sama kedudukan tepi jalan je. Dalam perjalanan ke sini la salji turun dengan lebatnya.
Parker Ridge – Pendakian diteruskan tetapi kali ini dalam keadaan bersalji. Jarak jumlah perjalanan adalah 5 km. Sampai di puncak akan dapat melihat air yang sudah menjadi beku dan disitu ada satu tasik atau sungai yang mengalir.
Unknown place – dua tempat persinggahan sebelum sampai ke Nordegg. Pertama di kawasan berdekatan Saskatchewan River Crossing dan kedua di tepi jalan berdekatan di Douglas Fir Natural Area.
Hari ke-6
19.06.2019
Menginap di Hi Nordegg dengan kos sebanyak RM364.58.
Kami meneruskan perjalanan dari Nordegg ke Lake Loise. Keadaan cuaca hujan & salji turun. Jadi kebanyakan tempat tutup & kabus salji tebal. Pemandangan kurang jelas.
Kami menghabiskan masa bermain salji di Peyto Lake. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki akan kembali ke sini. Tempat ni adalah tempat yang wajib singgah untuk melihat keindahan Peyto Lake.
Kami berhenti minum di Bow Lake sambil menanti cuaca sedikit cerah untuk mengambil beberapa gambar.
Hari ke-7 hingga ke-10
20.06.2019 – 23.06.2019
Menginap di Hi Lake Loise Alpine dengan kos sebanyak RM2420.88.
Kemuncak pengembaraan di Kanada telah sampai iaitu di Banff National Park. SubhanAllah. Alhamdulillah. Semua dengan izinNya. Tempat-tempat persinggahan yang kami pergi adalah;
Mirror Lake – 2.6 km untuk sampai ke sini dalam perjalanan ke Lake Agnes.
Lake Agnes – Pendakian sebanyak 3.4 km satu hala. Ada satu teahouse apabila sampai tetapi orang ramai giler. Fullhouse. Nasib baik tapau makanan jadi makan dekat bangku di sekitarnya.
Lake Loise – Kedudukan tasik yang berdekatan sahaja. anda tidak perlu hiking untuk jumpa tasik ini. Ini boleh abam katakan tempat no.1 tarikan pelancong. Orang ramai ya amat dan ada satu hotel betul-betul tepi tasik ni yang berharga lebih kurang RM2000 satu malam. Ada yang nak sponsor abam tak ?
Peyto Lake – abam kembali sambung perjalanan semula ke Peyto Lake. Ingat tak semalamnya salji tebal sangat sampai tak nampak pemandangan tasik. Hari ini SubhanAllah, abam disajikan pemandangan yang cukup indah.
Abam boleh kategorikan ini tasik paling cantik. Allah Maha Kaya dan Berkuasa
Moraine Lake – Antara tasik tercantik juga & tempat tumpuan pelancong. Anda tidak perlu untuk hiking untuk melihat tasik ini. Hanya berjalan beberapa tapak untuk melihat keindahan tasik ini. Kalau anda mahu pemandangan dari atas sedikit anda perlu memanjat batu atas risiko anda sendiri.
Hari untuk aktivititi ringan sahaja. Abam hanya pergi ke Moraine Lake dan melalui track sejauh 2.8 km return. Aktiviti ber’OOTD’ dengan baju melayu siap bersamping bertanjak di kepala, ??. Memang hari untuk rehat secukupnya.
Aktiviti harini abam mulakan dengan hiking di Castle Lookout sejauh 7.4 km return. Abam jangkakan pemandangan yang awesome giler tetapi bagi abam biasa sahaja apabila sampai ke puncak. Abam tetap bersyukur abam berjaya mendaki dan turun dengan selamat.
Kemudian abam meneruskan aktiviti ke Johnston Canyon. Abam melalui jalan ke Lower Falls sejauh 1.1 km satu hala & ke Upper Falls sejauh 2.4 km satu hala. Kawasan air terjun yang menjadi tumpuan pelancong juga. Ada laluan yang sangat cantik disediakan untuk ke kawasan air terjun.
Hari ke-11 & ke-12
24.06.2019 – 25.06.2019
Menginap di Canmore Inn & Suites dengan kos sebanyak RM1239.33.
Selepas checkout pagi itu, kami meneruskan perjalanan dari Lake Loise ke Calgary. Penginapan kami seterusnya adalah di Canmore selama dua malam.
Dalam perjalanan abam singgah sebentar di Lake Minnewanka. Di sana abam hanya berjalan sejauh 0.8 km satu hala untuk melihat sekitar tasik ini. Sepanjang abam disini abam dapat lihat ada dua pasangan yang buat photoshoot disini. Mungkin disini tempat popular bagi mereka untuk membuat photoshoot.
Kemudian abam singgah sebentar di Two Jack sebelum meneruskan perjalanan ke Calgary. Di Calgary baru kami dapat makan halal di luar. Sebelum ini kami hanya makan di luar hanya sekali ketika di Vancouver. Hari lain kami beli barang basah & masak sendiri. Selepas berjalan di sekitar bandar Calgary, kami menerukan perjalanan ke Canmore.
Canmore adalah sebuah bandar kecil yang dikelilingi gunung-ganang. Serius abam suka bandar ini. Cantik sangat & tenang. Ikutkan hari itu kami banyak ingin melakukan aktiviti tetapi tiba-tiba kereta kami mengalami masalah. Kami terpaksa pergi ke tempat kereta sewa yang terdekat untuk tukar dengan kereta yang lain.
Jadi kami perlu ke Calgary semula yang memakan perjalanan selama lebih kurang 1 jam 15 minit iaitu sejauh 120 km. Selepas lebih kurang satu ke dua jam baru urusan pertukaran kereta selesai. Allah adalah sebaik-baik perancang jadi kami perlu redha. Memandang susah berada di Calgary & hanya di Calgary ada makanan halal jadi kami makan dulu disini sebelum pulang semula ke Canmore.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Three Sister yang berada di Canmore. Ia dipanggil Three Sister mungkin kerana bentuk tiga gunung kelihatan. Kenapa sister yang dipilih & kenapa tidak dipanggil Three Brother abam pun tak tahu, haha?
Selepas itu kami hanya berjalan di sekitar bandar Canmore yang comel & cantik ini. Bandar Canmore ini dapat dilihat rumah-rumah besar yang mewah dan elit berlatar belakang gunung-ganang yang cantik.
Hari ke-13
26.06.2019
Menginap di Dreamcatcher Hostel dengan kos sebanyak RM411.59.
Dalam pukul 8 pagi waktu Kanada kami checkout dan meneruskan perjalanan ke Golden dari Canmore.
Dalam perjalanan kami singgah di beberapa tempat di Yoho National Park. Tempat pertama yang kami singgah di Takakkaw Falls. Air terjun yang terhasil daripada glacier yang mencair luas dibelakang air terjun tersebut.
Kemudian kami singgah di Emerald Lake yang juga masih dalam Yoho National Park. Lokasi tasik ini seperti di Lake Louise & Moraine Lake yang berada di tepi jalan sahaja. Jadi kita tidak perlu hiking untuk sampai ke tempat ini. Apabila tidak perlu hiking ia menjadi tumpuan pelancong untuk kesini. Ada hotel juga disediakan jika ingin menginap disini.
Selepas itu kami menuju ke tempat paling mencabar dalam kembara Kanada pada kali ini iaitu melakukan sky diving di Golden, British Colombia. Ini merupakan kali pertama abam melakukan sky diving. Orang kata cukuplah sekurang kurangnya merasa sekali seumur hidup kan.
Sebelum nak dive mereka akan membawa jalan-jalan sekeliling bandar Golden yang dikelilingi gunung-ganang. Serius cantik apabila dapat melihat dari kaca mata burung. Macam pakej naik helikopter jer cuma abam tak bawak kamera atau telefon untuk merakam saat indah ini. Dan akhirnya, abam buat terjunan dan berjaya melakukannya. Alhamdulillah.
Hari ke-14
27.06.2019
Menginap di The Ranchland Inn dengan kos sebanyaj RM306.43.
Perjalanan pulang dari Golden, British Colombia ke Kamloops sejauh 353 km memakan masa empat ke lima jam perjalanan. Anda mempunyai pilihan untuk terus ke Vancouver yang memakan masa hampir tujuh ke lapan jam perjalanan sejauh 712 km. Kami memilih untuk berehat seketika di Kamloops sebelum keesokannya akan terus ke Vancouver yang memakan masa lagi empat ke lima jam.
Hari ke-15 hingga ke-18
28.06.2019 – 01.07.2019
Menginap di North Delta AirBNB dengan kos sebanyak RM1403.93.
Abam menghabiskan masa di McArthurGlen Vancouver Outlet sahaja sepanjang 3 hari di Vancouver.
Hari terakhir
01.07.2019 | 01.50PM – 07:50AM | Vancouver – Kuala Lumpur
Transit Beijing 10 jam
03.07.2019
Alhamdulillah selamat tiba di Kuala Lumpur pukul 11 pagi. Flight delay dalam lima jam dari Bejing ke Kuala Lumpur.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI