Minat dan budaya makan-makan ini bukan sahaja melibatkan hidangan tempatan tetapi juga sajian antarabangsa yang lazat. DubuYo, restoran masakan Korea asli di Malaysia dapat memenuhi selera penduduk tempatan. Restoran ini telah menyahut cabaran untuk membawakan cita rasa Korea ke negera kita.
Pada tahun ini, sempena meraikan ulang tahun keenamnya, DubuYo melancarkan gandingan Syupeo Ramyeon yang turut dikenali sebagai “ Super Ramyeon”. Ini merupakan gabungan dua resipi mi lazat yang pasti menambat selera mereka yang paling pemilih dalam soal makanan. Kedua-dua Syupeo Chicken Ramyeon dan Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan dalam sup berperisa yang bermutu tinggi dan bahan lazat bersama mi Korea kenyal yang pasti membuat kaki makan teruja.
Dicipta khas untuk memenuhi selera buat penggemar makanan Korea, Syupeo Chicken Ramyeon dihidangkan dengan ayam goreng rangup tetapi lembut bila digigit dan “dumpling” Korea yang enak. Manakala Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan bersama hirisan daging lembu Australia lazat dan cendawan enoki , pasti anda mahu lagi dan lagi.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Operasi Restoran Kumpulan TCRS, berkata,”DubuYo sentiasa mengutamakan keaslian sajian Korea kami, yang memaparkan cita rasa unik, budaya dan juga penduduk Korea kepada rakyat Malaysia,”
Selain daripada dua hidangan lazat ini, DubuYo juga menghidangkan Citron Dubu kecil percuma kepada pelanggan yang menggambil gambar diri mereka bersama risalah menu Syupeo Ramyeon dan berkongsi gambar tersebut dalam akaun Instagram atau Facebook. Ditawarkan untuk tempoh terhad, harga ala carte untuk Syupeo Chicken Ramyeon ialah RM20.90, manakala harga bagi set ialah RM23.90. Harga ala carte Syupeo Beef Ramyeon ialah RM22.90 bagi ala carte dan RM25.90 untuk set.
“Kami berharap untuk mengembangkan DubuYo menjadi restoran pilihan utama bagi orang ramai menikmati sajian asli Korea yang menjadi kegemaran mereka. Fokus kami terhadap kualiti dan keaslian yang telah membantu kami mencapai kejayaan setakat ini, kami juga berharap sokongan berpanjangan dari pelanggan serta membantu kami untuk terus menawarkan pengalaman menjamu selera yang baharu,” jelas Wong.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Deretan Gerai Jual Laksa Ikan Sekor & Laksa Sambal Sotong Paling Sedap Dekat Langkawi!
Orang yang suka travel ini adalah mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di tempat orang. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, tinggi pengetahuan.
Pengalaman yang dicari itu bukan sahaja dari segi masyarakat, budaya, dan suasana semata-mata. Antara perkara penting yang perlu dialami sendiri adalah juadah makanan tempatan yang ada di satu-satu tempat itu.
Jadi sewaktu kunjungan saya ke Langkawi baru-baru ini, saya cuba cari di manakah tempat yang best untuk saya menikmati makanan yang popular di negeri jelapang padi tersebut iaitu laksa ikan sekor. Dah alang-alang sampai, kita mesti kena try laksa!
Setibanya di sana, saya dicadangkan oleh beberapa orang rakan untuk makan laksa ikan sekor di Jalan Kuala Muda, bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL). Review di internet dan cerita mulut ke mulut mengatakan laksa yang dijual di sana memang sedap.
Tanpa melengahkan masa, saya berangkat terus ke lokasi yang dicadangkan pada hari kejadian. Memandangkan saya masuk ke Pulau Langkawi menggunakan feri, maka perjalanan saya untuk ke lokasi yang dimaksudkan agak jauh dan perlu menggunakan kenderaan. Jarak dari Pekan Kuah, Langkawi ke kedai-kedai laksa bersebelahan LTAL lebih kurang 18.4 kilometer dan memakan masa pemanduan lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi.
Tapi sekiranya anda datang ke Langkawi menggunakan kapal terbang, dekat sahaja untuk makan laksa ikan sekor di sebelah LTAL tu. Mendarat sahaja terus boleh pergi makan laksa.
Setibanya di sana, anda akan dapat lihat deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis juadah makanan yang best di tepi pantai yang dipanggil Pantai Hujung. Ada banyak gerai-gerai yang menggunakan lori dan diletakkan bangku serta meja di sepanjang pantai tersebut.
Saya boleh katakan kepada anda, pemandangan di sini sumpah best. Anda makan betul-betul bersebelahan dengan pantai. Kebetulan pula sewaktu kunjungan saya baru-baru ini, air laut tengah pasang, jadi gigi air betul-betul hampir dengan kawasan pantai berdekatan dengan tempat makan. Suasana tenang dan damai sambil terdengar hempasan ombak laut di pantai, membuatkan saya rasa selesa untuk lepak makan di sini.
Saya singgah di satu kedai yang terletak di hujung depan deretan gerai-gerai yang saya katakan tadi, Zam Rojak Madu Cendol Special. Betul-betul berhadapan dengan LTAL, berbumbung khemah berwarna merah. Di sini rakan saya kata ada satu lagi menu special selain daripada laksa ikan sekor yang disediakan iaitu laksa sambal sotong.
Wah, sambal sotong. Sambal sotong memang kegemaran saya, jadi tanpa membuang masa, terus saya pesan laksa sambal sotong dengan sambal sotong extra berserta ABC kelapa. Ada rakan saya yang pesan makanan dan minuman lain seperti mee rojak madu dan ABC milo.
Sebaik juadah tiba dan kami makan dengan seleranya, terlupa segala masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dengan suasana tempat makannya yang best, dan dengan makanannya yang sedap, i can say that this is the best spot if you want to try laksa in Langkawi!
Highly recommended untuk anda semua adalah laksa sambal sotong, mee rojak madu sambal sotong, ABC kelapa dan juga ABC milo. Memang sedap dan saya bagi jaminan, anda akan pesan lagi lepas makan semangkuk! Hahaha. Harganya juga saya katakan berbaloi dengan makanan yang anda pesan. Tak mahal, anda mesti puas makan dengan member–member ataupun bawa family.
Kalau anda nak bawa family makan di sini, anda perlu berhati-hati sedikit dengan anak-anak kecil, lebih-lebih lagi yang aktif, kerana tempat makan ini terletak bersebelahan dengan LTAL, banyak kapal terbang yang turun naik di sini. Tambahan pula, jarak antara LTAL dengan gerai makan hanyalah sebatang jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Jadi pastikan keselamatan anak-anak anda terjaga di sini.
Yang kedua, bawak baju lebih. Sebab takut nanti lepas makan laksa sambal sotong dengan ABC milo, ada budak-budak yang terjun terus kelaut! Hahaha.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Solo Pulau Sabang, Aceh Dengan Bajet RM668 Untuk 4H3M
Pulau Sabang di Aceh ni pun antara tempat diving yang best juga kalau korang minat diving dalam trip holiday. Bandar yang terdekat dengan pulau ini adalah Bandar Sabang dan kalau korang tak tahu, tempat ni adalah lokasi paling utara di kepulauan Sumatera.
Nak merancang trip solo dengan bajet yang 'mampu' di poket? Anda boleh baca perkongsian ini.
Sumber facebook Shin
Cerita trip ini saya share untuk berkongsi sedikit maklumat dan gambar yang mungkin menarik minat untuk anda semua pergi ke Pulau Sabang, bukan untuk dibuat pertandingan or perbandingan bajet siapa paling murah, gambar sapa paling lawa.
Tiket saya beli tahun lepas, Rm168 pegi balik, gamble beli sebab dah lama teringin nk ke Pulau Weh atau nama lain dia Pulau Sabang. Masalah utama saya tiada geng untuk pegi, dah iklan cari travel buddy kat sosial media tetap tak ada sambutan. Sampailah tiba hari nak pergi, dapatlah sorang kawan perempuan, tp still tak dpt nak berjimat pasal lelaki perempuan bukan muhrim tak boleh nak share bilik untuk penginapan. Dah la saya jenis penakut sedikit nak tidur seorang di tempat baru. Di Sabang pula tiada backpackers dorm atau hostel. Redha je la.
- Flight 7.40am, sampai airport Banda Aceh around 8.10am, urusan cop passport tersangat cepat. Walaupun kecil tapi tak seteruk di Silangit. Keluar dari airport, berduyun tiba pak cik teksi tanya nak ke mana? dari Malaysia?
- Saya stay kejap tepi bucu bangunan, sambil buat muka kesian kot kot ada traveller lain yak boleh di ajak kongsi teksi. Tapi hampa.. lemahhhhh berjalan membontoti Pakcik teksi yak girang hati dapat customer comel #ehperasan
- Caj teksi untuk ke Pelabuhan Ulele dalam Rp140k, saya check juga grabcar dalam Rp109k sahaja. Tapi grabcar tak boleh masok kawasan airport, tak kuasa la nk menapak tempat orang, kang sesat pulak.
- Dari airport nak ke Pelabuhan Ulele mengambil masa selama 35 minit, sampai di Pelabuhan saya terus beli ticket ferry. Ada 2 jenis, Kapal Cepat Rp80k & Kapal Lambat Rp27k include insurance. Saya pilih kapal cepat.. Padahal naik kapal lambat pon ok, jimat & takde lah lambat sangat.
- Dari Pelabuhan Ulele ke Pelabuhan Balohan mengambil masa kira kira 1 jam pejalanan. Dalam ferry ni saya berkenalan lagi dengan seorang perempuan Malaysia, so dapat geng lagi utk share transportation ke Pulau Sabang. Di sebabkan saya tak ada booking bilik lagi, saya follow rakan baru tu ke Pantai Iboih. Asalnya saya nk stay di Freedie Sumur 3, tapi tak ada bilik kosong.
- Sampai di Pelabuhan Balohan, saya ada 2 options untuk ke Sumur 3 atau Iboih. Samada naik teksi atau sewa motor. Caj taxi Rp150k dan sewa motor plak Rp100k sehari, boleh bargain kalo kita sewa motor lebih dari 3 hari Dan saya decide amek taxi. Pejalanan dari Pelabuhan Balohan ke Pantai Iboih mengambil masa kira kira 45 minit.
- Tiba di Pantai Iboih saya dok usha bilik paling murah tapi menarik hati dan pandangan. Maka bertemulah jodoh dengan Ohlala Bunglow Cafe & Restaurant, bilik sea view 1 malam Rp200k, saya ambil 3 malam.. pon bargain juga harga InsyaAllah boleh dapat lagi diskaun.
- Cuaca awal January agak tak berapa friendly.. mendung, hujan sekejap2. Pasrah je lah. Kat sini saya kenal kawan kawan baru, Eldo dari Finland, Nina Dari France, Ijul & Alfin dari Indonesia, Fafa, Nas & Caligula dari Johor.
- Saya ada ambil pakej dolphin & snorkeling, Rp400k sorang.. max 6 org baru dapat murah.. Kalo just berdua Rp500k, ber4 Rp450k.. include makan pagi, makan siang, professional guide & photographer, snorkeling equipment.. tp saya mmg bawak sendiri peralatan, tak suka share bekas mulut orang. haha
- Makan pulau, saya makan kat cafe bilik je.. sedap dan boleh masok anak tekak.. harga standard pulau..
Tip:
1.Pakai pakaian sopan-sopan di sini tau, kalau tidak kena tegur.
2.Walaupun Aceh mengamalkan konsep Patuh Syariah, tapi ada je scammer (saya kena 2 kali, total loss Rp57k), ada je tak pakai tudung. Orang yang tak pakai tudung tu kemain tegur pakaian orang suruh balik bili tukar pakaian. Ada jual arak.
3.Kalau nak jimat sewa la motor dari Bandar Aceh, bawak masuk 'Kapal Lambat', then motor tu leh cover jalan-jalan d Sabang & Bandar Aceh. Tak perlu nak naik teksi.
4. Kalau rasa beg tu lebih 7kg, pastikan balik tu amek luggage. Kena timing tak baek, masa nk masok departure gate kat airport Bandar Aceh, sambil check ticket diorang akan suruh penumpang timbang beg setiap sorang.
5. Kalau cuaca tak elok, hotel tak cantik, planning tak menjadi.. jangan down.. jgn travel sbb nk sama mcm org len travel atau nk up skit dari org lain travel.. just create something yak boleh kita ingat sampai bila bila..
Travel untuk kita memuji dan melihat kebesaran Allah bukan travel utk minta di puji sesama manusia..
Budget Loss Rm500 je – exclude flight ticket (Rm168)
Total 4 hari 3 malam dalam RM668.
Sekian.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cadangan Tip Percutian Backpack & Bajet Ke Luang Prabang, Laos Untuk 4H3M
Luang Prabang menyediakan destinasi pelancongan bagi penggemar alam semula jadi terletak di bahagian tengah utara Laos di mana sungai Nam Khan bertemu Sungai Mekong. Luang Prabang menduduki tempat ke sepuluh destinasi pelancongan dunia di Asia berdasarkan tarikan alam biarpun tiada pantai yang memutih dan telah diiktiraf UNESCO sebagai bandar warisan dunia.
Bandarnya tidak sesibuk mana, apa yang ada hanya teksi-teksi kecil membawa pelancong ke destinasi yang diminta dan basikal adalah kenderaan beroda dua utama. Jika mahu melihat air terjun setinggi enam tingkat dengan airnya berwarna hijau, Air Terjun Kuang Si adalah jawapannya. Terjunannya dilihat pada ketinggian 200 meter. Luang Prabang merupakan sebuah bandar yang tinggi. Justeru semua tempat peranginannya memerlukan pelancong memanjat tebing atau mendaki bukit tertentu.
Laos turut dikenali sebagai negara untuk berjuta-juta gajah (Lane Xang), namun sekarang haiwan ini pupus akibat dibom ketika dalam peperangan dan sehingga kini cuma dianggarkan 1,600 sahaja yang tinggal. Gajah ketika itu digunakan sebagai platun sewaktu perang dan pengangkutan askar. Di Luang Prabang terdapat 40 ekor gajah sahaja yang digunakan untuk pelancongan.
Tip & Cadangan Melancong Ke Luang Prabang Bajet 70 USD (RM300) 4H3N – Sumber: FB Fendy
Bagaimana cara untuk dapatkan bajet ini. Boleh follow route seperti saya kongsikan;
1. Airport LUANG PRABANG – Boleh terus beli simcard di Airport dgn harga 5 USD (Seminggu, 3GB) atau 8 USD (4 Hari, Unlimited Internet).
2. Pertukaran matawang boleh dibuat sedikit dahulu di AIRPORT, 1 USD = 8100Kip dan selebihnya boleh tukar di bandar Luang Prabang, 1 USD = 8300Kip
3. Bagaimana nak ke Bandar LP? Boleh kongsi minivan dgn foreigner yg lain, 3 orang 50,000Kip (RM25). Service drop door to door ditawarkan.
4. Penginapan? Boleh download hostelworld dan book terus disitu. Anda hanya perlu bayar 10% sahaja untuk deposit dan selebihnya bayar ketika check out. Rate per night utk dominotary dorm RM25-30 per night. Antara tempat cadangan;
• LUANG PRABANG
Kounsavan Guest House
Ban Thong Chaleurn
Luang Prabang
Laos
p. +856-2096857399
email: kounsavan@gmail.com
• VANG VIENG
Vang Vieng Rock Backpackers Hostel
Main road in Vang Vieng center
Vang Vieng
Laos
p. +856-2096599799
f. +856-309888489
email: vangviengrockbackpacker@gmail.com
5. Tempat apa yang menarik?
WALKING DISTANCE
• Mount Phonsi, 10,000Kip (RM5)
• Royal Palace
• Museum Palace
• Night Market
• Morning Market
• Morning Alms (5:30-6:30pagi di Mount Phonsi) makanan diberikan percuma kepada Monk.
MINIVAN
• Kuang Si Waterfall, 20,000Kip (RM10)
Perjalanan ke sini, 1 jam dengan tambang 160,000Kip per minivan. Boleh kongsi dengan foreigner yang lain. 1 minivan boleh muat 10 org.
6. LUANG PRABANG – VANG VIENG
Tambang minivan 95,000Kip seorang. Perjalanan 4 jam 45 minit bergantung kepada keadaan jalan.
7. Apa aktiviti di VANG VIENG?
Untuk mudah dan berbaloi, boleh ambik package 1 day tour 100,000Kip (RM50) 9:00-5:00 petang. Antara tempat yang termasuk dalam package;
• Pick up service door to door 9:00am
• Tubing Cave
• Lunch
• Elephant Cave
• Kayaking 6KM
• Blue Lagoon and Jumping Point
• Drop up service to tour hostel 5:00pm
8. Halal Food
Luang Prabang; Chennai Restaurant opposite mekong river
Vang Vieng; Nazim Restaurant
9. VANG VIENG – LUANG PRABANG
Minivan 80,000Kip (RM40) one way.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI