Daging panggang yang sempurna bukan hanya terletak pada olahan resipi yang terbaik. Malah ia merangkumi suhu, ketebalan daging, peralatan memanggang juga kesabaran memberi kesan yang memuaskan pada daging yang dipanggang. Tony Roma’s yang terkenal dengan stik, tulang rusuk dan menu-menu semasa ini menyelitkan menu   Grilled to Perfection sebagai item utama dalam kempen terbarunya bermula 18 September hingga 5 November 2017.

Buat peminat stik, menu baru pasti tidak mengecewakan. Semuanya menyelerakan terutama menu yang mempunyai ribs dan gabungan mashed potatoes. Untuk menu  Original Beef Back Ribs & Steakhouse Combo, dihidangkan dua ketul beef ribs dan 200gm sirloin (daging panggang) dengan pilihan sos chive butter, worcertershire butter atau bleu cheese butter berharga RM93.90. Tambah menarik dihidangkan bersama mashed potatoes dan campuran sayuran. Keseluruhan gabungan menu ni memang enak dan memenuhi citarasa.

IKLAN

Anda juga boleh mencuba variasi lain dalam menu  Grilled to Perfection  ini . Grilled Veggie Crostinis terdiri daripada ciabatta panggang dilapisi taburan keju feta, sayuran panggang dan basil segar dengan harga RM 19.90. Ia sesuai sebagai menu diet anda. Buat penggemar udang, jangan ketinggalan untuk menikmati Grilled Shrimp Primavera terdiri daripada pasta angel hair digandingkan dengan udang panggang, baby spinach, sundried tomatoes , cendawan dan keju feta disaluti sos chive butter berkrim dengan harga RM44.90.

IKLAN
IKLAN

Melengkapi hidangan istimewa ini tentunya dengan pilihan minuman yang menyegarkan. Anda boleh mencuba Wild Berry Romarita dengan gandingan rasa yang istimewa iaitu berry, jus oren, fresh lime jus dan lime sour mix. Jika mahu rasa yang lebih mencabar nikmati  Mango Romarita iaitu campuran blended mango, jus oren, fresh lime jus dan lime sour mix. Masing-masing dengan harga RM19.90. Tidak lengkap hidangan tanpa pencuci mulut. Rasai keenakan TR’s Chocolate Avalanche, kek coklat bersama ais krim vanila, hot fudge dan Oreo Crumbles hanya RM17.90. Peminat Tony Roma’s ternyata  boleh berpuas hati dengan rasa masakan panggang yang sempurna dari kaedah memanggang dan bahan-bahan terpilih yang memberi aroma pada setiap hidangan yang ditawarkan.  

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI