Andai mengingini percutian santai yang  dikelilingi alam semulajadi, kunjungan ke Natasya Riverside Resort Gopeng pasti memberi anda pelbagai pengalaman menarik untuk dirasai dan diabadikan.

Jauh dari kesibukan kota, ia sememangnya lokasi yang strategik untuk menenangkan fikiran sambil beriadah melakukan pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh resort ini. Resort ini mampu menjadi tarikan baru di Gopeng dan pastinya memberi pengalaman yang sungguh mengujakan buat pengunjung.

Santai di Natasya Riverside Resort Gopeng

Natasya Riverside Resort Gopeng ( NRRG) melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu Perwanza Properties Sdn.Bhd., memiliki dan mengendalikan Natasya Riverside Resort Gopeng yang berkonsepkan alam semula jadi. Ia merupakan resort yang kedua selepas Natasya Resort di Cameron Highland.  

NRRG berkonsepkan penginapan jenis kabin yang pelbagai warna dan mampu menarik minat  pengunjung bukan hanya di utara tanah air malah seluruh negara. Terletak di Kampung Jahang, Gopeng Perak di mana jarak perjalanan lebih kurang dua jam sahaja dari Kuala Lumpur, mudah untuk pengunjung sampai ke sini.

Berkeluasan lima hektar, resort ini dibangunkan dalam dusun durian. Menawarkan 20 kabin untuk penginapan dalam boleh menampung 60 tetamu pada suatu masa. Lanskap di sini juga dicipta mengikut kehendak pelanggan yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan ketenangan. Dikelilingi hutan dan sungai, begitu mendamaikan.

IKLAN

Pelbagai aktiviti untuk pengunjung

Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong, resort ini kreatif menawarkan pelbagai aktiviti riadah untuk semua golongan termasuk keluarga. Antara aktiviti di sini ialah  daki tembok, flying fox, water tubing dan paling popular water rafting. Semua aktiviti ini diselia sepenuhnya oleh petugas yang berpengalaman.

Anda boleh buat aktiviti seperti team building, family day dan full day meeting / team building. Selain itu anda juga boleh pilih untuk day trip. Apa yang mengujakan penulis apabila berpeluang merasai aktiviti water rafting. Dua jam masa dihabiskan untuk aktiviti ini. Inilah pengalaman kedua penulis lakukan aktiviti ini, berakit di sini nyata berbeza cabarannya dengan menempuhi beberapa tingkat jeram yang mencemaskan. Bersedia untuk jatuh maka semua perlu berjaga-jaga. Perkara paling penting, untuk lakukan aktiviti ini kena peka dengar arahan.

Bagi yang ingin mengadakan hari keluarga, brainstorming, team building ataupun company trip, Natasya Riverside Resort boleh dijadikan salah satu pilihan kerana mereka sememangnya mengalu-alukan syarikat korporat atau badan-badan kerajaan dan swasta untuk datang ke sini.

IKLAN

Penginapan

Di sini, anda boleh merasai sendiri pengalaman menginap dikelilingi  hutan , sungai dan dusun  durian. Penginapan di sini mempunyai Cabin Chalet Standard dan Cabin Chalet Family dan Cabin bertingkat juga dalam proses pembinaan.

Fasiliti yang disediakan di NRRG  ialah antaranya dewan pelbagai guna, dewan makan, padang rekreasi, ruang letak kereta, area BBQ, surau, tapak perkhemahan dan wifi & Astro.

Pakej Durian

IKLAN

Istimewanya jika menginap di sini anda berpeluang menikmati durian semasa musim durian secara percuma. Durian ini dari dusun sekitar resort ini. Secara tidak langsung mempromosi keenakan durian dari Perak.

Anda hanya bayar RM150/pax untuk 2 hari 1 malam, 3 kali makan dan durian bufet. Paling penting miminum 3 orang. Mereka yang kemaruk durian wajiblah ke sini pada bulan 11.

Natasya Riverside Resort Gopeng nyata memberi ruang santai yang mereka yang ingin lari dari rasa stres. Pengalaman melakukan aktiviti water rafting melengkapi kembara penulis ke resort ini walaupun tidak sempat dibawa ke Gua Tempurung.

Mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut tentang resort ini, boleh layari laman facebook Natasya riverside gopeng.

Foto: 123 mamanet

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI