Anda tidak perlu ke kawasan pedalaman Pahang bagi menikmati hidangan tradisional seperti Ikan Patin , Nasi Kebuli, Sambal Hitam, Daging Opor, Daging Singang, Gulai Lemak Siput, Gulai Asam Rong, Udang Sambal Petai, Udang Lemak Cendawan Tiram, dan Hati Ayam Kacang Panjang Sambal.
Hidangan ini termasuk dalam hidangan bufet mewah di Coffee Terrace di Genting Grand, Resorts World Genting. Ia sebahagian daripada promosi makanan Pahang bermula dari 8 hingga 17 Disember 2017 ini. Tersedia pada waktu makan tengahari dan makan malam secara bufet, ia hanya RM48 bagi dewasa dan RM24 bagi kanak-kanak untuk bufet makan tengahari, manakala RM82 dewasa dan RM41 kanak-kanak untuk bufet makan malam.
Makanan lain seperti keropok lekor, keropok ikan, keropok udang, kerabu daging, kerabu pucuk paku, juga disediakan. Terdapat dua pilihan sup tulang rusuk dan sup Kambing berempah, dan pengunjung juga boleh menikmati ayam golek bermadu atau kambing bakar.
Puding di Raja, pencuci mulut yang dulunya dikhaskan hanya untuk pembesar juga disediakan. Dibekalkan sejuk, ia menawarkan rasa gabungan pisang, ceri, prun dan kacang methew. Ia dihias dengan Jala Mas, benang emas yang diperbuat daripada kuning telur itik dan gula. Selain itu, pemanis Kueh Lompat Tikam, Sira Labu dan Pengat Nangka juga dalam menu.
“Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang!” dipromosikan sempena Tahun Melawat Pahang 2017 & 2018. Acara penting dalam kalendar negeri diraikan sempena kejayaan Pahang sebagai destinasi percutian popular yang telah menarik lebih daripada dua juta pelancong dari seluruh dunia untuk tahun ini sahaja.
Bagi mencipta suasana unik Pahang, artifak Muzium Persekutuan Pekan akan ditempatkan di Coffee Terrace oleh Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang, Datuk Ahmad Farid bin Abdul Jalal. Empat belas artifak asli dari muzium akan dipamerkan, termasuk cetakan tradisional yang digunakan untuk membuat kuih dan pelbagai peralatan dapur tradisional.
Bufet boleh didapati jam 12 tenghari-2.30 petang atau jam 5 petang hingga 9.30 malam.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maksimumkan Pengalaman Anda Ke Melbourne Dengan Merasai Hidangan-Hidangan Popular Di Sana!
Jika bertandang ke Melbourne, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Fine Dining gaya Melbourne. Antara yang boleh dicuba ialah Attica yang tersenarai di tangga ke 21 ‘San Pellegrino’s World’s Top 50 Restaurants’ untuk merasai hidangan yang disediakan oleh Chef Ben Shewry. Shannon Bennett’s Vue de monde juga merupakan pilihan yang baik untuk menikmati masakan Perancis sambil menikmati panorama indah bandar Melbourne.
Melbourne juga terkenal dengan budaya ‘Laneway Eating’. Nikmatinya di MoVida, Chin Chin Cumulus Inc. Brooks of Melbourne dan Izakaya Den untuk merasai budaya kafe di sini. Tidak tahu hendak bermula di mana? Apa kata anda ikuti Hidden Secrets Tours, Melbourne Food Experiences atau Melbourne Walk untuk merungkai rahsia dan budaya kulinari hebat Australia.
Semenanjung Mornington turut menjanjikan pengalaman di mana pengunjung boleh memetik sendiri sayuran dan buah-buahan segar. Kemudian, buat sendiri hidangan yang didambakan seperti pizza dan coklat dengan mengikuti kelas masakan yang ada disediakan di Green Olive yang bertempat di Red Hill.
Tarikan kopi
Melbourne sememangnya terkenal sebagai wilayah kopi dimana kebanyakan kopi terbaik dunia dihasilkan di sini. Sejak mesin espresso dicipta di tanah Victoria pada tahun 50-an, keaslian kopi terus dikekalkan hingga ke hari ini.
Pastinya, anda boleh mencari kopi yang serasi dengan cita rasa anda di Traveller, Cup of Truth, Seven Seeds, Five Senses, The Sensory Lab, atau di Dead Man Espresso. Rasai sendiri pengalaman di sini atau melihat sendiri bagaimana kopi dipanggang di Market Lane Coffee.
Melangkah seiring dengan obsesi kopi di Melbourne, makan di luar untuk sarapan pagi atau sarapan lewat pagi adalah sebahagian besar daripada kehidupan penduduk di Melbourne yang boleh dirasai di St Ali, Pope Joan, Proud Mary, Top Paddock, Silo byJoost dan Cumulus Inc.
Perjalanan gastronomi tidak terhenti di sini di mana restoran terbaharu di Adelaide yakni Orana yang dimiliki oleh Jock Zonfrillo yang kini menonjolkan keunggulan hidangan dengan identiti dan budaya Australia diselitkan pada setiap hidangan di atas pinggan.
Dengan menggunakan bahan-bahan segar yang hanya boleh didapati di Australia, tentunya ia menjadi suatu pengalaman makan malam yang tidak dapat dilupakan.
Kangaroo Island
Jika anda menginginkan sedikit kelainan, kami mencadangkan anda untuk pergi berkelah di Kangaroo Island sambil mencuba hidangan gourmet sambil bertemankan pemandangan alam dan hidupan liar yang menakjubkan.
Merasai keju tempatan, madu, marron, sayur-sayuran yang dipetik segar sambil ditemani koala, kanggaru dan penghuni lain di pulau ini pasti menjadi memori terindah untuk dikenang sampai bila-bila.
Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kemewahan hidangan gaya Barossa hasil tangan dari ‘kitchen garden’ milik Chef Ryan Edwards di The Louise yang terletak di Barossa Valley yang dikelilingi ladang-ladang anggur dan 15 suite mewah.
Tentunya ia akan melengkapkan perjalanan anda untuk merasai pengalaman menikmati hidangan di Australia sepanjang percutian anda di sini suatu hari nanti.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Short Trip 2H1M Ke Singapore, Seronok Seharian Kat USS. Seorang Bajet RM450 Je. Berbaloi!
Bila sebut Singapore mesti terfikir kadar tukaran mata wang yang agak tinggi, tapi sebenarnya kalau bijak dan pandai urus bajet, nak masuk ke sana dan habiskan masa termasuk ke Universal Studio Singapore tidaklah terlalu tinggi.
Seperti yang dikongsikan oleh ‘Amal Solehah yang baru-baru ini bersama keluarganya seramai 15 orang bercuti ke Singapura selama 2 hari 1 malam.
Lengkap perkongsiannya dari perjalanan yang bermula di Damansara sehinggalah seharian berseronok di USS dan juga sempat ke beberapa tarikan utama yang ada di Singapura.
Dengan bajet RM450 seorang termasuk dengan tiket ke USS dan juga penginapan, memang berbaloi sangat!
Short Trip 2H1M Ke Singapore
Hi! Saya nak share trip saya ke Singapore (mainly USS) last weekend. Total 13 pax + 2 kids.
Total hangus 1 pax= RM450 termasuk tiket masuk themepark USS.
(Kids bawah 4 yo foc)
8/12/22-khamis
bertolak dari Damansara naik van sewa ke Jb sentral (komtar) untuk parking van.
Kos sewa van RM 700 untuk 2 hari.
Kos parking RM 80-100~ untuk +-30 jam
9/12/22 jumaat
Kemudian kami jalan kaki ke CIQ JB dalam 10 mins jalan laju , Cop passport then naik bas Transtar Ts8 ke Sentosa (direct ke USS)
Bas kami jam 10am
Part tricky,
Sampai ke Imig Sg (woodland) , bas yang kita naik tadi hanya akan tunggu max 10 min je tau. Lebih 10 min, kita kena naik next bas (transtar jugak) which selang 2 jam jadual dia .
sbb imig sg sangaaaatlah lama kena tunggu which us took approx 1 hr okay utk lps imig sg.
Jadi kami menunggu next bas transtar utk ke sentosa (uss) dalam pkul 12.10min sampai ke woodland ciq tu.
Harga tiket bas jb ciq-uss (rm10/pax)
Kalau korg nak cepat dan tak kisah berhimpit, dari jb ciq tu sendiri, korang dah boleh naik bas biasa cth causeway atau sb bus. Kos dia dalam rm6-rm8. Bus tu akan hantar ke woodland ciq then lps cop imig, ambil je bas biasa lagi (bas ni kerap2 datang.. cuma ramai org je)
Dari woodland ciq tu, amik bas causeway/sb tu pergi ke mana2 mrt station, then korang gerak ke uss menaiki mrt. Senang je mrt dia sgt convenient!.
Kami sampai ke uss dalam pkul 12.45 cmtu.. alhamdulillah. hampir sejam dlm bas, dapatlah luruskan kaki n letak kepala kejap, sbb malam tu dari kl kan ke jb..
Tiket uss kami dapat harga RM200 beli via klook masa 11.11. Checkout guna grabpay dapat diskaun another RM30 (admission adult RM200) bawah 4 yo foc.
Okaylah kami di uss hari jumaat que tak panjang sgt dan kami stay sampai malam ada circus show.
Pkul 8 pm kami bertolak ke hostel di little india
7 wonders hoster at upper dickson menaiki mrt, sangat senang tau. Again. Nak puji mrt singapore.
Kami book 2 dorm
Dorm 8 katil ensuite bath/toilet
Dorm 6 katil ensuite bath/toilet
Roughly perpax RM110/bed
10/12/22
Jam 10am
Bergerak ke mustafa (10 mins walking distance) dari hotel kami.
Pkul 12 bergerak ke merlion menaiki bas awam number 131.
Nota: utk every bus di sg, hanya 1 stroller je boleh buka, selebihnya kena tutup ya. Quite hassle tapi sbb bas dia direct ke merlion (stop di raffles station) jalan kejap je da sampai singa tu soo okay lahh jadi pengalaman dapat naik public bus di sg.
Then pkul 2 mcm tu bergerak ke mrt station raffles, direct naik northeast line ke kranji station.(45 mins direct)
Sampai di kranji, ambil bas sb ke woodland ciq
(Dlm 2 dollar)
Then the same thing, cop passport di woodland n naik another bas ke jb ciq.
Bas sentiasa ada tauu. Mana bas yg ada di woodland ciq, passsstiii akan ke jb ciq. Hehe tu konsep dia.
Kami naik mrt n bas tu semua guna ezlink card (mcm touch n go)
Kos kad 5dollar
Kos topup masa beli kad 5dollar
Kos topup seterusnya 5 dollar
So dalam 15sgd/RM50 per pax
So transportation perpax= RM150
So total transport + uss + hotel
Rm140+RM200+RM110=RM450 total hangus per pax
Sementara fresh ni sesiapa nak tanya pasal proses bus ke imig sg boleh lah tanya.
Oh btw nak apply vep tu mmg kena tunggu 2 minggu tau. Kalau dah siap kena tunggu another 5 hari baru boleh ambil di jb.
Nak masuk sg, parking susah.. n charge tol pun ada nanti tetiba bila nak keluar, so naik train n bus ni sgt efficient lah
Okay tu saja tq for reading my short iti ni!
Kredit: ‘Amal Solehah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Annyeonghaseyo Ke Seoul & Busan Selama 10 Hari. Gadis Ini Kongsi Itinerari. Layan Tempat Cantik Dengan Travel Buddy Yang Best!
Korea Selatan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Ingin melihat sendiri keindahan negara yang terkenal dengan drama Korea dan juga penyanyi K-pop ini sememangnya mempunyai tarikan tersendiri untuk diterokai.
Selain Seoul, Busan juga antara destinasi menarik untuk dikunjungi. Rohaiju Baharuddin dan juga travel buddy yang dikenali sebagai Amni Salma berkesempatan berkunjung ke Korea Selatan selama 10 hari.
Melawat ke Seoul dan juga Busan, trip DIY kedua gadis ini memang menyeronokkan. Bercuti ketika musim sejuk, memberi peluang kedua gadis ini merasai sendiri pengalaman bermain salji dan bercuti ketika musim sejuk.
Berkongsi itinerari percutian mereka, gambar yang dirakamkan juga cukup menarik untuk tatapan kenalan dan juga bagi mereka yang merancang untuk bercuti seperti mereka.
Jom tengok apa yang menarik di Seoul dan Busan yang sempat Rohaiju dan Amni explore!
Trip Annyeonghaseyo Ke Seoul & Busan
Post ini panjang ye. Alhamdulillah diberi rezeki dan kesempatan melawat ke Seoul dan Busan selama 10 hari. Saya pergi berdua sahaja dan secara DIY. Kami duduk di 3 hotel berbeza dan selama di sana dan bergerak menaiki subway dan bas. Kaki dan lutut kena kuat sebab banyak sangat naik turun tangga kalau naik subway dan pergerakan warga korea ni sangat laju terutamanya di Seoul. Boleh kurus dibuatnya..Hahahaha..
Subway mereka sangat efficient. Ada sekali saya tertinggal terus sebab pintu dah tertutup dan kawan dah masuk. Tapi jangan panik, boleh jumpa di stesen berikutnya atau destinasi yang dituju. Tips kalau terpisah, minta kawan tunggu di pintu yang sama masa masuk. Nanti kita akan jumpa dia di stesen yang dituju di pintu keluar yang sama. Kalau naik bas pula, kena alert stesen mana nak turun sebab pemanduan mereka ala-ala formula 1. Tak ada penumpang di stesen tu, dia tak akan berhenti. Kami siap terlepas 3 stesen juga sekali tu. Tindakan kena tangkas, terus turun next stesen dan pergi ke seberang naik bas untuk patah balik.
Orang sana tak friendly. Saya rasa sebab mereka tak boleh cakap English ( maaf jika saya salah tafsir). Tapi ada yang faham dan boleh bercakap melayu. Masa membeli belah tawar menawar macam ayam dengan itik juga tapi berjaya juga membeli.
Berikut adalah itinerary saya :
Day 1 (Seoul)
Gyeongbokgong Palace ( Hanbok rental beli di Klook)
Namsangol Hanok Village
Staz Hotel Myeondong II
Day 2 (Seoul)
Elysian Ski Park
Nami Island
Garden of Morning Calm
(Pakej 3 in 1 di Klook)
Day 3 (Seoul)
Starfield Library (Gangnam)
Itaewon
Namsan Tower, observatory (Klook)
Day 4 ( Seoul – Busan)
Left luggage di Seoul Station
Train to Busan tanpa zombie ( beli tiket KTX di Klook) – 2 jam 40 minit
Check in The Port Hotel
BIFF Square
Day 5 (Busan)
Haeundae Beach
Sky Capsule (pergi) – best gila
Beach Train ( balik) – ok je
Lotte Department Store – naik tingkat 13 ada park cantik
Day 6 (Busan)
Gamcheon Village – beronak berliku nak daki. Kena tabah 200%. Hahaha
Busan Air Cruise Cable Car ( Klook)
Jagalchi Market (tengok ikan)
Day 7 ( Busan – Seoul)
Naik train ke Seoul (KTX)
Check in New Kukje Hotel
Bukchon Hanok Village
Jalan-jalan pasar. Beli buah.
Day 8 (Seoul)
Vivaldi Park + Snowland (Pakej beli di Klook)
Main sled di Snowland
Day 9 (Seoul)
Ambil gambar wajib “I Seoul U”
Namdaemun Market – beli souvenier
Jalan-jalan sekitar hotel
Naik Airport Limousine bas ke airport
Tidur di airport sebab flite 745 am
Day 10
Flite to Kuala Lumpur dan bersedia dari 3 °c ke 33°c
Rindu apa masa di sana?
- Toilet ada biget
- Semua makanan Malaysia
Apa-apa boleh tanya. Semoga perkongsian mendapat manfaat kepada semua.
Kredit: Rohaiju Baharuddin & Amni Salma
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI