Agensi komunikasi strategik bersepadu, ISC Innovators , dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), akan menyiarkan rancangan “Differences Aside”, siri episod atas talian dengan membawa mesej mengetepikan perbezaan antara kaum demi menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua. 

‘Differences Aside’: Mesej Penyatuan Bangsa Di Pulau Langkawi
Peserta Differences Aside dari kiri: Norihisa Taguchi (Jepun), Kairzhan Sovetzhan (Kazakhstan), Saroni Ghosh (India), Luke Brandon (Sydney), Wu Di (China), Abigail Hail (Amerika Syarikat), Ashley Jerome Pierre (England), Hasan Alnajjar (U.A.E), Safinee Samsul (Malaysia)

 

IKLAN

Menjadikan Pulau Langkawi sebagai lokasi, siri ini menyatukan sembilan peserta dari pelusuk dunia, mewakili budaya, kaum, bahasa, dan agama berlainan dalam tempoh 12 hari pengembaraan.
Sembilan peserta dari Australia, China, India, Jepun, Kazakhstan, U.A.E, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Malaysia akan berkumpul di Langkawi. Tidak mengenali satu-sama lain, mereka akan memberi tumpuan kepada perbezaan dan persamaan mereka ketika meneroka keindahan pulau ini.

“Saya harap kesemua sembilan peserta ini dapat menyelami sejarah, budaya, masakan dan cara hidup Langkawi dan Malaysia serta ia akan mempamerkan kepada dunia nilai sebenar rancangan “Differences Aside,” kata Ketua Eksekutif Pegawai Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA),Datuk Haji Azizan Noordin.

IKLAN

‘Differences Aside’: Mesej Penyatuan Bangsa Di Pulau Langkawi

IKLAN

“Rancangan ini juga mempamerkan keindahan Langkawi dan apa yang ditawarkan oleh Malaysia. “Differences Aside” juga merangkumi makna sebenar “Malaysia: Truly Asia” yang memperlihatkan keharmonian bangsa dalam kepelbagaian aspek, serta membawa mesej yang kuat bahawa jika kita bersatu, kita boleh hidup, ketawa dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua, terutama anak-anak kita,” tambah Pengarah Kreatif Eksekutif Innovator ISC, Paul Lingan.

Tayangan perdana “Differences Aside” bermula Jumaat, 22 Disember di YouTube Naturally Langkawi (youtube.com/NaturallyLangkawi) dan Facebook. Boleh ikuti Facebook atau www.naturallylangkawi.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri ini.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI