Siapa yang rasa-rasa dia tu pengembara tegar, hujung minggu tak melekat dekat rumah, kaki hiking, kaki pancing, boleh start baca review jam daripada Suunto ni.

Jam Sunnto 9 ni keluaran terbaru siri Suunto Spartan dan mula dijual di pasaran sekitar bulan Jun tahun ni.

Ok, bagi yang masih tak tahu apa yang best pasal jam ni, meh sini Libur cerita. Libur rasa semua dah tahu sejak setahun dua ni ada pelbagai jam pintar atau orang kampung Libur panggil smartwatch berada di pasaran.

Dan setiap tahun, pengeluar jam smartwatch ni akan berlumba-lumba menambahbaik spesifikasi jam diorang sampai si pengguna sendiri pun pening nak pakai.

So nak jadi cerita, Suunto 9 ni antara smartwatch yang canggih di pasaran.

Sebelum kita cerita spec dalaman dia, meh Libur bagitahu spec luaran dia dulu.

Nampak Rapuh Tapi Rugged

Suunto 9 ni berukuran 50 x 50 x 16.8 mm seberat 81 gram. Besar ke? Libur rasa tak la besar sangat, just nice la. Berat pun okay. Tak la sampai terlondeh tangan.

Nak rasa feel dia macam mana, korang pergi ukur dengan pembaris dan ambil benda yang berat agak-agak 81 gram. Lebih kurang macam tu la rasa dia.

Dan untuk memenuhi kehendak nafsu pembeli yang serba serbi nak stylo sekarang ni, Suunto 9 didatangkan dengan pilihan warna dan tali getah yang boleh diubah-ubah. Ada warna hitam, hijau, kuning, ada jenis daripada getah, ada besi. Eh macam-macam jenis la.

Libur belanja gambar jam Suunto 9 untuk korang dekat bawah ni.

Walaupun jam ni nampak fancy, jangan judge a book by its cover tau. Jam ni memang direka untuk kegunaan yang tahan lasak.

Kaca depan dia dilengkapi dengan kaca jenis sapphire crystal. Tahan lasak. So far mana-mana jam yang memenuhi military standard akan dilengkapi dengan kaca jenis ini.

Kerangka dia pula daripada stainless steel dan body dia daripada glass fibre yang diperkuat dengan polyamide. Boleh menyelam ke dalaman 100 meter.

So setakat diver Advance Open Water tu tak payah nak risau la. Selam 40 meter pun tak ada masalah. Belum sempat jam ni nak rosak, tabung Oxy korang yang habis dulu. Hehehe..

Sistem Dalaman Lebih Sofistikated

Ok, selesai kita cerita serba sedikit luaran dia. Meh sini Libur cerita pasal dalaman dia pulak.

Sistem dalaman dia pulak, punya la banyak. Nasib baik Libur ni dalam kategori cerdik so tak ada la bengap sangat nak guna.

Libur tak nak cerita semua function dia sebab takut nanti artikel ni boleh cetak jadi buku. Libur kongsi dengan korang benda-benda basic je.

Libur percaya, ramai rakyat Malaysia nak pakai jam semacam ni untuk berlari, berbasikal, dan naik gunung. Sebab, jam ni ada heart-rate monitor yang kita boleh kira kadar degupan jantung yang lebih advance than before.

Haa jangan ingat degupan jantung kita tak main peranan dalam aktiviti seharian kita. Melalui degupan jantung ni kita boleh tahu kemampuan prestasi fizikal badan kita. Tak apa tu nanti Libur cerita dekat article lain.


Selain tu, dalam siri Suunto Spartan, Suunto 9 ni ada tiga penambahbaikan meliputi bateri, sistem GPS yang baru (boleh detect GPS tanpa GPS data – cool gila) dan cip pemprosesan GPS daripada Sony untuk hasil yang lebih baik.

GPS yang lebih baik ni macam mana? Libur bagi satu keywords – GPS GLONASS. Apa benda GPS GLONASS tu? Stay tuned dengan Libur, nanti Libur kongsikan.

Okay, rasanya cukup la setakat tu review Libur. Nanti Libur tulis panjang-panjang jadi free coverage pulak dekat Suunto. Kena minta royalty nanti. haha.

Tapi tu la sekadar perkongsian Libur untuk memudahkan pembaca-pembaca semua. Kalau ada lagi info-info lain, nanti Libur kongsikan. Sharing is caring bak kata orang kampung Libur.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: