Baru-baru ini tular gambar Neelofa yang bercuti di The Muraka, antara pulau mewah di dunia. Bukan Pulau Ketam, Pelabuhan Klang.
Gila kau sebilik ‘akuarium’ dekat situ RM200,000 semalam. Kenapa harga dia macam tu?
Cuba korang senaraikan berapa banyak hotel yang korang boleh tidur dalam laut?
You gais mana yang tak tahu lagi, The Muraka ni terletak di Conrad Maldives Rangali Island dan villa bawah air yang pertama di dunia – 16.4 kaki dari paras laut.
Siapa ada rezeki lebih macam Neelofa ni boleh la pergi bercuti ke sana. Jangan bangun tidur, terkejut terjegil biji mata nampak jerung atas kepala sudah la.
Antara aktiviti yang menarik di sana:
- Catamaran sailing and glass-floored boat trips
- Inflatable, kayak and sea-bob rides
- Jet skiing and water skiing
- Paddle boarding and wakeboarding
- Wind surfing and scooter-snorkeling
- X-Jetpacking and X-Jetblading
Kalau korang minat scuba pun boleh juga layan aktiviti ni:
- Adventure diver certification course
- Bubblemaking diving for kids
- Day and night scuba experiences
- Open water entry-level and advanced certifications
- Photo and video services
- Private trips and guides
Diorang pun ada sediakan khidmat spa atas air (spa atas air macam mana weyh??)
Nah korang usha website dia di sini.
Nak pergi ajak Libur. Libur nak kirim gambar dengan video. hahaha.
Nah korang layan la dulu gambar-gambar Neelofa di sana.
Foto: Instagram Neelofa
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sharing Itinerari & Bajet Trip ‘Famili’ 3H2M ke Semporna, Sabah. Paling Best Siap Round 8 Pulau
Negeri Sabah banyak pulau-pulau yang tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri. Meleleh air liur kalau dapat jejak kaki di pulau Sabah terutama di daerah Semporna. Cuba pusing semua pulau dekat sini, kemudian buat perbandingan sendiri.
Tercari-cari pakej trip keluarga ke Semporna, Sabah. Baca perkongsian lengkap daripada saudara Nazrul Akram
Semporna adalah salah satu destinasi pantai tercantik didunia dan mendapat nama didalam Travel Insider. Jika nak berbandingkan dnegan Maldives, pulau-pulau di sekitar Semporna ini sama taraf malah ianya adalah lebih murah diantara negara-negara yang lain jika nak dikunjungi. Terdapat 8 buah pulau utama yang pelancong boleh kunjungi iaitu
1. Pulau Mabul (Perkampungan Air)
2. Bohey Dulang (Hiking)
3. Matabuan
4. Timba Timba
5. Pom Pom
6. Mataking
7. Sibuan
8. Matabuan
Pulau-pulau ini digabungkan pada pakej yang tertentu dan tak boleh dihabiskan dlaam masa satu hari. Jika anda nak pergi semuanya anda memerlukan masa 3 hari untuk 8 buah pulau ini. Berikut adalah contoh itinerary perjalanan saya serta budget selama 3 hari 2 malam dibawah RM1,000.00 untuk seorang. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu.
- Tiket Penerbangan : RM1450.00 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Agak mahal kerana ianya jatuh pada permulaan cuti sekolah. Kalau korang pergi hari Jumaat atau Khamis mungkin lebih murah. Average harga KL Tawau KL menaiki airasia sekitar RM300-RM400, kalau promo mungkin lebih murah.
- Harga ini termasuk tiket penerbangan Malaysia Airline, standard seat return, 1x makan return, dan luggage 20kg return. Untuk pengetahuan anda, flight domestik MAS kena bayar yer skang, macam Airasia. Tiket ini saya beli 1bulan sebelum tarkh penerbangan, korang mungkin akan mendapat lebih murah jika membeli dengan lebih awal.
- Seminggu sebelum trip ke Tawau, saya membuat penempahan untuk pakej ke pulau Mataking dan Timba-Timba. Harga untuk pakej ini adalah RM89.00 untuk dewasa dan RM47.00 untuk kanak-kanak. Harga pakej tidak berbeza banyak dengan syarikat lain. Dinasihatkan, korang kena booking sehari awal untuk ke pulau Semporna kerana ianya mempunyai proses pendaftaran bagi keselamatan pelancong. Jadi jumlah 2dewasa dan 1kanak kanak adalah RM225.00.
- Tiba di airport kami sewa kereta Axia untuk memudahkan pergerakkan dari Tawau ke Semporna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna sekitar 1jam 30minit. Harga kereta adalah RM90.00 untuk sehari. 3 hari makan jadilah RM180.00.
- Saya mengisi minyak full tank RM45.00 dan top-up lagi RM20.00 sepanjang perjalanan 3hari ni. Kereta Axia minyak jimat itu pun ada lebihan lagi masa return kereta. Jadi total isi minyak adalah RM65.00.
- Korang boleh memilih untuk menginap di bandar Tawau ataupun bandar Semporna. Kami stay di homestay atau harga hotel di bandar Tawau sekitar RM150.00 manakala di Semporna RM100.00. Penginapan 3hari 2malam adalah berharga RM300.00.
Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :
1. Tiket Flight : RM1450.00
2. Hotel : RM300.00
3. Kereta Sewa : RM180.00
4. Pakej Pulau : RM225.00
Total bayaran adalah RM2,155.00
Dibawah adalah itinerari perjalanan serta budget makan yang dikategorikan sebagai duit poket.
Day 1 : Kuala Lumpur – Tawau
– Flight MAS MH2660 berlepas jam 0740pagi dari KLIA.
– Tiba di Tawau Airport pada jam 1030pagi.
– Mengambil kereta sewa di airport.
– Isi minyak full tank. (RM45.00)
– Makan tengah hari dibandar Tawau. (RM30.00)
– Shopping barangan kering di pasar UTC Tawau. (RM150.00)
– Makan Malam di Bandar Sri Indah. (RM25.00)
Total of Day 1 : RM250.00
Day 2 : Tawau – Semporna
– Menuju ke bandar Semporna seawal pagi.
– Tiba di Jeti Perlancongan Kg. Bangau Bangau. Parking percuma.
– Membeli snack dan air tambahan. (RM15.00)
– Pakej pulau bermula di Timba-Timba Island
– Snorkeling di Mataking
– Snorkeling di Pompom Island.
– Tiba di Jeti Perlancongan dan minum petang. (RM10.00)
– Isi minyak balik ke bandar Tawau. (RM20.00)
– Makan malam seafood (RM80.00)
Total of Day 2 : RM125.00
Day 3 : Tawau – Kuala Lumpur
– Menuju ke pasar basah di bandar Tawau
– Sarapan pagi sekitar bandar Tawau. (RM9.00)
– Beli barangan basah, udang, sotong dan lobster. (RM150.00)
– Menuju balik ke airport.
– Flight balik MH2661 pada jam 1125pagi.
Total of Day 3 : RM159.00
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Family Trip Ke Pulau Kapas Macam Keluarga Ni Pun Menarik Juga
Pulau-pulau peranginan di Terengganu terus menjadi pilihan dan tumpuan ramai pelancong luar juga pengunjung tempatan untuk menghabiskan masa bersama yang tersayang untuk bersantai. Antara pulau yang menjadi pilihan adalah Pulau Kapas.
Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, anda pasti rasa tidak percaya sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini. Rasa seperti berada di kepulauan yang sangat jauh di tengah laut apabila melihat keadaan air laut tenang, membiru, bersih, dan jernih bak kristal. Memang cantik!
Disebabkan itu pulau ini masih relevan menjadi pilihan ramai untuk bercuti bersama keluarga atau sahabat karib. Ikuti perkongsian keluarga ini ke Pulau Kapas untuk Family Trip seramai 18 orang.
FAMILY TRIP TO PULAU KAPAS, TERENGGANU
The highlight of our trip to Pantai Timur was PULAU KAPAS! Alhamdulillah walaupun plan dalam jangka masa yang singkat, semua berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke darat.
The main reasons kami pilih Pulau Kapas adalah jarak perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas hanya makan masa lebih kurang 15-20 minit. Harga return ticket bot RM40 untuk dewasa, RM20 untuk kanak-kanak, free untuk baby bawah umur 3 tahun. Sesuai untuk travel bawa anak kecil dan mak-mak yang takut naik bot lama-lama ?. Selain dari tu, trip ke Pulau Kapas adalah sangat affordable untuk hampa travel beramai-ramai.
Kami pi satu family seramai 18 orang; 12 dewasa dan 6 kanak-kanak. Kami booking bilik sebulan lebih awal, tapi tu pun banyak yang dah sold out time tu. Alhamdulillah we managed to secure 2 chalet A-shape (RM220/night) dan 1 bilik bangunan lantai simen (RM200) di Kapas Coral Beach Resort, bersebelahan dengan Ombak Kapas Resort (fully-booked). Kami sewa bilik sahaja tak termasuk pakej makan/snorkeling sebab bawa budak-budak kecil. Tapi kalau hampa nak add-on kat sana boleh ja. Actually kami plan nak book satu lagi bilik tapi semua dah sold out. But luckily boleh request extra tilam RM20/tilam dalam bilik. Bilik just basic ja, tapi boleh la sebab hampa nak spend banyak masa kat pantai.
Kami bawak banyak gila makanan. Walhal, cafe Ombak Kapas kat sebelah chalet kami tu makanan ya ampun sedap! Harga makanan a bit expensive dari di darat, tapi still ok! Lamb chop RM25, nasi goreng kampung (wajib try!) RM15, western breakfast set RM12, roti canai RM6 satu set, harga minuman rata-rata around RM5 segelas. Next target, memang plan nak book penginapan di OMBAK KAPAS pulak sebab nampak cantik kawasan chalet dia, makanan pun sodappp! Kalau tak silap, harga di OMBAK KAPAS lebih kurang RM185/head.
Ada banyak aktiviti hampa boleh buat kat sini; swimming, snorkeling, naik kayak (RM20/kayak), main volleyball pantai. Yang paling penting, jangan lupa sewa swimming vest dan goggles (RM15/set) and enjoy underwater views. Walaupun tak jauh dari pantai, hampa boleh nampak ikan and coral cantik! Anak-anak pulak memang enjoy main pasir and swimming sampai hangus .
Waktu malam kami pi dinner kat Cafe Ombak Kapas, dinner depa start serve lebih kurang pukul 8.00 malam tau. Semua cafe pun sama. So jangan lupa bawak la extra makanan untuk lapik perut dah seharian mandi sampai maghrib tu anak-anak tobat lapaq. Tapi lepas dinner memang semua pakat tersandaq kekenyangan.
Aktiviti malam di Pulau Kapas tak berapa happening. Tu yang aku suka. Siang memang ramai orang sebab ramai yang mai day-trip. Bila petang depa pakat balik, sunyi dan exclusive rasa. Di Kapas Coral Beach Resort, kat cafe tu lepas maghrib ada orang main live music. Petik gitar and main violin memang syahdu habih layan lepas dah kenyang makan di Ombak Kapas. Then, ada jugak pertunjukan api tapi sebab tak ramai sat saja depa buat show.
Memang best and highly recommended untuk hampa mai bercuti di Pulau Kapas! Later kak noni update tips dan contact no.sekali okay?
‼️IMPORTANT TIPS‼️
1. Bawak cash lebih sebab takdak mesin ATM.
2. Bawak insect/mosquitoes repellent. Kami beli yang Fumakilla One Push Vape. Petang sebelum pukul 5, semboq sekali kat dalam chalet. Malam sekali. Nyamuk dia besaq wei.
3. Dari Jetty Marang, recommended pakai terus baju/seluar yang nak buat basah/kotor sebab nak turun dari bot, terus cecah pasir. Bayangkan la nak bawak anak, nak angkut barang. Jangan hampa galak pakai high heels pulak. Punahhhhh!!! Ikut jenis bot jugak, bot yang kami naik dr Jetty Marang ke Pulau Kapas, sebelah badan basah kena air laut.
4. Check in chalet pukul 2 petang. Tapi rugi pulak kalau hampa sampai lewat, so highly recommended hampa pi awai pagi tapi bawak khemah untuk letak barang and anak kecil nak rehat sementara nak check in, yang besaq boleh start terjun laut teruih. Tapi ada tempat letak barang yang Kapas Coral sediakan jugak.
5. The best time untuk ambil gambar adalah pukul 11 pagi – 1 tengahari, time matahari tengah memancar tu, ayaq nampak crystal clear lawa sungguh!
6. Jangan lupa pakai sunblock! Mandi tak hengat donia, sedaq2 satgi rentung dah?. Kalau lupa nak beli, ada jual di kedai di Ombak Kapas hampa boleh beli tapi harga mahal sikit. Di Jetty Marang, ada kedai juai sunblock, topi macam kak noni pakai tu RM15 ja, seluar mandi, sand play set dan macam-macam lagi. Kalau agak-agak lupa bawak, beli kat sini!
7. Ada makcik jual nasik bungkus kat Jetty Marang tu sedap, bungkus habuan nak makan sementara tunggu nak check in. Memang gerai bawak pokok sebelum naik jetty. RM4 ja sebungkus ada ayam seketul sekali dengan air sirap. Perghhhhh!!!!
Sumber: FB Nuraini Yusoff
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cikgu Ini Kongsikan Tip & Panduan Terbang Ke Sabah Dari Semenanjung Ketika Normal Baru
Negeri Sabah sudah membuka semula kemasukan ke negeri itu berkuat kuasa 2 Jun 2020 lalu. Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Jika anda individu yang perlu kembali ke Sabah ketika ini untuk bertugas dan mempunyai lain-lain kebenaran yang telah mendapat kelulusan, ini perkongsian berguna buat kalian. Sumber daripada saudara Ibrahim Ismail yang merupakan seorang guru dan diarahkan kembali pulang ke Sabah dari Semenanjung atas urusan kerja.
Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki di bumi bertuah Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, pada tanggal 4 Jun (Khamis) bersamaan 12 Syawal. Di sini suka saya berkongsi beberapa maklumat mengenai normal baharu prosedur perjalanan udara agar cikgu cikgi terutamanya yang ada anak kecil dapat buat persediaan rapi. Sebelum tu, comel je pramugari nampak sopan pakai apron PPE & goggle. Tak apa untuk keselamatan bersama kan? Ada bakat jadi scientists juga tu.
(SEBELUM)
1) Jika beli tiket AirAsia pastikan check-in dalam masa kurang dari 12 jam. Ada kemungkinan besar penerbangan anda dibatalkan. Kalau dah checked-in, maka tak dapat tukar tarikh. Walau bagaimanapun tetap boleh minta Akaun Kredit (cuma itulah berkurun nak tunggu Uncle Tony refund). Oh ya, pastikan nombor telefon yang anda letakkan semasa menempah tiket adalah tepat dan aktif sepanjang masa sebab AirAsia akan SMS kalau penerbangan dibatalkan. Ini saya berkongsi dari pengalaman penerbangan saya dibatalkan dalam tempoh 48 jam ya. Lepas tu tak dapat tukar tarikh sebab dah checked-in. Ketar tangan kikis sisa baki duit simpanan untuk beli tiket baharu. Lagi satu bayar lah untuk dapatkan seat depan agar boleh keluar awal – cabin crew akan lepaskan barisan demi barisan. (ambil combo MAKAN + 20KG LUGGAGE + SEAT RM 50 tu berbaloi – ha siap promosi AirAsia lagi).
2) SURAT POLIS (2 keping salinan). Walaupun kerajaan dah benarkan perjalanan rentas negeri buat pasangan duka lara, dan urusan kerja, anda tetap WAJIB bawa borang/permit rentas negeri. Jika penerbangan dibatalkan dan anda perlu tukar tarikh pada borang, tidak perlu isi borang baharu. Bawa borang yang sama ke balai polis dan maklumkan tukar tarikh. Download borang / permit: https://www.rmp.gov.my/docs/
3) SURAT PANGGILAN KERJA. Cetak surat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan. Kalau ada surat dari JPN / PPD / SEKOLAH sendiri pastikan tarikh yang dikemukakan adalah sebelum atau pada tarikh penerbangan. Contoh kalau kena datang bekerja pada 9 Jun, maka letaklah tarikh penerbangan atau sebelum penerbangan lagi. Contoh surat https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK
4) PASSPORT BIRU / DOKUMEN PERJALANAN TERHAD. Jangan sesekali tertinggal kunci emas ini cikgu.
(SEMASA)
1) Pakai dan bawa mask tambahan. Anda tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang tanpa mask. Bawa juga hand sanitiser kerana airport tempat yang paling mudah virus tersebar.
2) Kiosk untuk cetak boarding pass / luggage tag di lapangan terbang sekarang HANYA boleh guna QR code. Tak boleh nak pi tekan2 dah dekat skrin tu untuk elak tersebar virus dari sentuhan. Maka download sedia app QR Code dan subscribe data internet untuk telefon pintar anda. Pengguna iPhone & Xiaomi boleh guna kamera telefon untuk scan QR Code. Kalau tak ada smartphone ataupun data internet, pastikan check-in, dan cetak boarding pass siap-siap dari rumah.
3) Bungkus makanan dari rumah. Lemang, ketupat kacang hitam, rendang tok, serunding ayah, kuih raya mak, kerepek makcik antara juadah wajib di udara. Jangan berangan menikmati Nasi Lemak Pak Nasser walaupun anda telah pre-book AirAsia Meals yang sedap secara online. Anda hanya akan diberikan makanan ringan dalam penerbangan (rujuk gambar). Tambahan lagi hampir keseluruhan restoran dan fastfood outlets tak buka di airport. Lainlah kalau memang berniat untuk berpuasa enam.
4) Bawa pen untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan dalam kapal terbang. Sebaiknya bawa lebih agar anda dapat beramal bagi pinjam penumpang lain. Lagipun barulah nampak kredibiliti seorang guru bila bawa banyak pen kan? Haha. Pada borang Bahagian 11 (Soalan: pernahkah anda keluar dari Negeri Sabah – letak no pesawat, no tempat duduk dan nama airport semasa).
5) Perjalanan udara mengikut norma baharu adalah membosankan dan stressful. Apatah lagi bagi memenuhi penjarakan sosial, tempat duduk anda dan anak-anak dipisahkan. Tambah berjam lagi tunggu untuk swab test. Kalau anda bosan, apatah lagi anak-anak anda bukan? Maka bawalah bantal travel, toys, earphone, buku mewarna, komik, snacks, air mineral, pampers, gajet, PowerBank, laptop, rotan bagi mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti berfaedah ya.
6) Bawa sejadah mini jika tak berkesempatan untuk jamak.
(SELEPAS)
1) Photocopy Mykad & Mykid. Masa keluar dari kapal terbang sebelum ambil luggage, anda akan menunggu untuk Swab Test. Kalau ada salinan mykad & mykid serahkan terus pada pegawai terlibat. Bawa gula-gula boleh pengsan tunggu lama. Jangan risau masa tunggu ni je yang lama, lepas tu dah laju.
2) Isi borang dan ada interview sikit untuk dapatkan maklumat kuarantin di rumah (hantar borang yang kita isi atas kapal terbang tadi berserta salinan Mykad). Bersambung dengan imigresen (tunjuk borang rentas negeri / polis). Ambil luggage. Park sekejap. Swab test percuma ditanggung kerajaan 100% terima kasih kerajaan berjiwa rakyat (keluar air mata jantan jugalah haha mujur sekejap je. Tips bila cotton bud dimasukkan dalam hidung, jangan melawan.. relaks je. Rasanya macam kita korek telinga dalam-dalam dengan cotton bud, tak sakit pun cuma rasa nyilu je). Kanak2 pun diwajibkan swab test yang saya nampak betul depan saya tadi. Bayi saya kurang pasti. Lepas tu dah boleh ambil luggage dan balik tetapi sebelum sampai rumah, laporkan dulu di pusat kuarantin (ya, lapor sahaja sampai di tempat bertugas, anda dibenarkan kuarantin di rumah).
- Kebetulan beberapa hari selepas MKN Negeri Sabah telah keluarkan notis mengenai kebenaran masuk ke Sabah dengan syarat mendapatkan surat pengesahan doktor dalam masa 3 hari ATAU wajib kuarantin selama 14 hari. Terpaksa memilih untuk buat Swab Test di KKIA & kuarantin sebab tak sempat nak dapatkan pemeriksaan Covid-19 di Klinik Kesihatan (KK) ataupun Hospital di Semenanjung.
- Kalau menginap di hotel sebelum bergerak balik ke tempat bertugas, pastikan buat tempahan sedia dan maklumkan pada pegawai masa interview tu nama hotel anda. Tarikh kuarantin hanya bermula bila anda sampai di tempat bertugas.
- Jangan terkejut Airport dah tak nampak macam Airport dah.. Nampak macam pusat rawatan /make-shift hospital untuk zon perang. Sesungguhnya kita tengah berperang melawan Covid-19!
- Terima kasih pengurusan Penang International Airport (TERUTAMANYA receptionist AirAsia bernama En Fareedil Athras Bin Sohilli yang SANGAT BAIK HATI yang bukan sahaja untuk tolong semak dokumen & bahkan tolong cetak segala dokumen bagi memastikan perjalanan lancar -TIP TOP HOSPITALITY! – semoga Allah limpahkan dan berkati rezeki tuan), KKIA, Immigration (betullah orang kata imigresen Malaysia memang paling friendly lembut tutur kata tetapi tegas *nora bagi 5 bintang*) & KKM Sabah dan semua agensi yang terlibat. Walaupun ramai orang TATAP layanan sopan santun, ramah, sistematik diberikan. Boleh nampak senyuman ikhlas frontliners, backliners, sideliners dari lirikan mata mereka. Memang first class! Onsoii!
Saya faham kita semua dalam keadaan cemas, tertekan, gundah gulana sekarang. Maka apa boleh kita buat adalah berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan / pengalaman yang ada agar dapat membantu sesama kita.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI