Libur kini berada di dalam aplikasi   
Libur kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Ada 8 Cara Yang Anda Boleh Amalkan Untuk Elak Sakit Semasa Bercuti

Ada 8 Cara Yang Anda Boleh Amalkan Untuk Elak Sakit Semasa Bercuti

Waktu bercuti adalah waktu untuk enjoy dan berehat. Pasti akan rosak percutian itu kalau anda terlibat dengan kemalangan ataupun sakit sepanjang waktu di tempat percutian.

Ketahui 8 cara mudah untuk mengelakkan dari tercedera ataupun sakit sepanjang bercuti.

1. Ambil vaksin – Pergilah ke klinik kerajaan atau hospital swasta bagi mendapatkan khidmat ini. Periksa terlebih dahulu vaksin apa yang perlu mengikut negara yang anda mahu pergi tersebut.

2. Jauhi makanan separa masak atau mentah di hotel. Perut kebanyakkan orang Malaysia ni tak boleh terima makanan mentah, melainkan dia dah biasa makan sushi.

IKLAN

3. Pastikan anda minum air mineral daripada botol sahaja. Jangan jerang air paip atau water filter untuk minum.

4. Jangan mandi manda dalam kolam air yang berkeladak atau tampak kotor. Kita tidak tahu bakteria dan kuman apa yang ada dalam air tersebut.

IKLAN

5. Habiskan masa di bawah teduhan. Waktu panas elakkan berkeliaran ke hulu ke hilir di bawah terik matahari.

IKLAN

6. Elakkan street food yang diragui kebersihannya. Sememangnya kita nak cuba street food apabila sampai di negara orang, tapi biarlah berpada-pada soal kebersihan. Lebih baik makan di restoran yang mempunyai reputasi yang baik.

7. Sebaiknya jangan minum air berais. Kita tidak tahu sumber air yang membentuk ais tersebut.

8. Pastikan anda kekal hidrat dan banyakkan pergerakan sepanjang dalam penerbangan yang lama dan panjang.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI