•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebut saja KLCC, ramai yang membayangkan bangunan tertinggi di dunia bermula tahun 1998 hingga 2004 ini terdiri daripada lokasi untuk membeli-belah dan ‘port’ lepak manusia urban. Jika ada yang bertanyakan tentang keistimewaan menara kebanggaan rakyat Malaysia ini, entri ini mungkin boleh membantu.

Taman KLCC. Berkeluasan 50 ekar dan menjadi lokasi sesuai utnuk beriadah seisi keluarga ini membolehkan pelawat melihat sendiri menara secara dekat. Anda boleh melihat menara yang sentiasa berkilat ini.

Tasik Simfoni. Dikenali sebagai The Symphony Lake yang terletak di belakang Taman KLCC, anda boleh melihat sendiri pancutan air menari yang berlangsung selama 20 minit pada waktu tengahari dan petang.

Masjid As Syakirin. Reka bentuk Asia Timur ini merupakan idea rekaan seorang juru ukir Uzbekistan. Kemudahan masjid ini memberi peluang pelawat tidak terlepas menunaikan kewajipan.

Skybridge. Jangan lupa singgah ke jambatan langit yang menghubungkan dua menara Petronas ini di tingkat 41 dan 42. Kemasukan percuma dan dikatakan hampir 1000 tiket masuk diberikan setiap hari. Meskipun anda hanya boleh berada di situ selama 10 minit tetapi ianya pengalaman yang berbaloi untuk melihat persekitaran.

Petrosains. Jika anda tercari-cari lokasi sains interaktif untuk anak-anak, Petrosains adalah lokasi sesuai untuk kanak-kanak yang ingin mempelajari tentang lukisan cahaya, nanoteknologi dan banyak lagi.

Galeri Seni Petronas. Anda tidak akan pernah rugi jika berkunjung ke galeri seni yang banyak menempatkan pameran-[ameran menarik dan popular seluruh dunia.

Suria KLCC. Merupakan satu-satunya destinasi buat si kaki ‘shopping’ barangan mewah dan berjenama di Kuala Lumpur. Suria KLCC mempunyai keluasan 1.5 juta kaki persegi mungkin membuatkan anda tidak cukup masa untuk masuk setiap butik pada satu hari!

BONUS LIBUR!
Fakta Menarik Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas ini asalnya bangunan tertinggi di dunia namun gelaran ini ‘dirampas’ semenjak pembinaan Taipei 101.

Terdapat 88 tingkat.

Direka oleh seorang arkitek bernama Cesar Pelli iaitu berasal dari Argentina-Amerika.

Bahan utama yang digunakan untuk pembinaan menara ini adalah konkrit tetulang manakala kaca adalah direka bentuk menyerupai motif seni Islam.

Ketinggian menara ini adalah 451.9m sama dengan 1438 kaki.

Menara ini mempunyai 32,000 tingkap.

Syarikat utama yang terdapat di menara ini adalah syarikat minyak nasional Malaysia.

Accenture, Al Jazeera English, Carigali Hess Bloomberg, Boeing, IBM, Khazanah Nasional Berhad, McKinsey & Co, TCS, Krawler Networks, Microsoft dan Reuters adalah antara syarikat yang pernah menyewa di ruang pejabat menara ini.

Pelawat hanya dibenarkan masuk sehingga ke tingkat 41 sahaja.

Ini mungkin hanya sedikit fakta yang diberikan tetapi kami percaya lawatan anda ke Menara berkembar Petronas ini membolehkan anda melihat sendiri untuk memperoleh banyak maklumat. Sekurang-kurangnya, jika pelancong bertanyakan sesuatu, anda mempunyai maklumat menarik untuk disampaikan!

*** Kredit foto dari hrdcreme.com

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

POST BERKAITAN

[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: