Tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia. Begitulah juga dengan mengembara atau travelling. Setiap perkara yang dijadikan mesti ada kebaikan dan entri ini akan menceritakan apa kebaikan yang akan kita perolehi dengan travel;

1. Meningkatkan Keyakinan Diri
Sama ada kita seorang yang pemalu atau gugup apabila berada di dalam perhatian umum, dengan mengembara dapat membantu untuk membina keyakinan diri yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita akan selalu berjumpa dengan kawan-kawan baru setiap hari, sesat di lorong-lorong kotaraya, keliru dengan laluan keretapi, makan makanan yang bukan ruji harian kita dan bersukaria di tempat yang asing bagi diri kita. Mengembaralah, sama ada di kawasan konflik atau di celah-celah istana di Eropah, ia akan membina keyakinan diri yang lebih tinggi kepada diri kita sendiri.

2. Bertemu Kawan Baru
Ramai orang yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti travel risau mereka akan keseorangan apabila bercuti nanti. Jangan risau! Ada ramai lagi travellers di luar sana dan ada pelbagai cara untuk kita bertemu dengan kawan-kawan baru setiap hari. Sama ada kawan baru kita itu adalah geng traveller seperti kita atau orang-orang tempatan di kawasan destinasi percutian kita. Sekiranya kita berjumpa kawan baru yang sama destinasi dengan kita, ikut beliau sekali kemana-mana. Percayalah, ia mesti menyeronokkan!

IKLAN

Adakah Travel Itu Perbuatan Yang Sia-Sia? Ini 8 Perkara Yang Kita Dapat Bila Keluar Travel3. Buat Kita Jatuh Hati
Cinta akan sentiasa hadir apabila kita membuka hati kita untuk dicintai. Hubungan diantara manusia seringkali lebih mendalam sewaktu keluar travel bersama-sama. Tidak ada yang lebih indah selain daripada berjalan di tepi pantai sambil berpimpinan tangan bersama dan melihat matahari terbenam di ufuk barat. Ramai juga yang terjumpa jodoh sewaktu keluar travel. Cubalah, mana tahu anda akan terjumpa jodoh anda ketika bercuti, manalah tahu?!

4. Menambah Sikap Sukarela
Jika anda seseorang yang suka mengembara dan memberi, ada banyak NGO yang boleh anda sertai di luar sana. Sukarelawan memberikan anda banyak faedah bukan sahaja dari segi jasmani malah rohani. Di samping melihat tempat orang, anda juga dapat membantu insan lain yang tidak berkemampuan daripada kita. Program sukarelawan juga dapat menjadi turning point untuk kita menjadi seorang insan yang lebih baik di masa akan datang.

IKLAN

Adakah Travel Itu Perbuatan Yang Sia-Sia? Ini 8 Perkara Yang Kita Dapat Bila Keluar Travel5. Tambah Skil Baharu
Mengembara juga dapat membantu kita untuk menambah skil yang baharu. Sama ada kita menunggang motorsikal, belajar bercakap bahasa ketiga, atau mencuba aktiviti-aktiviti lasak, sedikit sebanyak mengembara dapat mendedahkan kita tentang pengetahuan yang jarang kita dapat sekiranya duduk terperap di rumah.

Adakah Travel Itu Perbuatan Yang Sia-Sia? Ini 8 Perkara Yang Kita Dapat Bila Keluar Travel6. Lebih Menghargai Perkara-Perkara Kecil
Sama ada anda terselamat daripada terjatuh dari rekahan di gunung Everest, atau terselamat daripada kemalangan jalanraya di India, ia akan membuatkan anda lebih menghargai kehidupan anda yang selama ini selamat daripada segala ancaman bahaya. Keadaan sekarang jika anda lihat, akan menjadi satu masalah dunia apabila smartphone kita kehabisan bateri tetapi dengan mengembara, ia akan mengajar anda bahawa itu adalah perkara biasa yang tidak perlu digembar-gemburkan.

IKLAN

Adakah Travel Itu Perbuatan Yang Sia-Sia? Ini 8 Perkara Yang Kita Dapat Bila Keluar Travel7. Menjadi Lebih Peka
Tidak kira bagaimana anda travel, anda pasti akan menjadi seorang yang lebih peka dengan keadaan sekeliling. Anda akan lebih arif tentang bagaimana keadaan dunia ini berfungsi. Anda juga akan dapat menambah sedikit pengetahuan berkenaan politik dan sejarah di satu-satu kawasan yang dilawati dan berpeluang berjumpa dengan warga tempatan sendiri bagi mendapatkan kisah sebenar di situ.

Adakah Travel Itu Perbuatan Yang Sia-Sia? Ini 8 Perkara Yang Kita Dapat Bila Keluar Travel8. Meningkatkan Keupayaan Diri
Mengembara menjadikan anda seorang manusia. Ya, ia akan menjadikan anda seorang manusia yang lebih baik berbanding hari semalam. Daripada segi siasah dan sahsiah diri. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar bab ini. Sekiranya anda ingin tahu bagaimana rasanya, keluarlah mengembara!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI