Terletak di kaki Gunung Muntahak, Air Terjun Kota Tinggi nyata memberikan keterujaan buat pengunjungnya. Dengan jarak kira-kira 34 meter dari gunung, keindahan semula jadi kawasan ini menyegarkan dan memberikan ketenangan pengunjung. Lokasi ini ditutup kira-kira 2 minggu yang lalu untuk kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan, kini dibuka kembali kepada umum dengan perlaksanaan harga tiket terbaru.

Air Terjun Kota Tinggi Kembali Beroperasi Dengan Harga Tiket Baharu

Air Terjun Kota tinggi ini sangat sesuai dikunjungi keluarga kerana mempunyai kawasan air terjun yang landai. Ia juga dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk gelongsor air buatan manusia yang menambahkan keceriaan pengunjung terutama kanak-kanak.

Air Terjun Kota Tinggi Kembali Beroperasi Dengan Harga Tiket Baharu
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Namun berkunjung ke air terjun ini, pengunjung dilarang sama sekali untuk membawa makanan sendiri. Jika lapar, anda boleh membeli makanan di gerai yang disediakan. Selain aktiviti mandi-manda, Air Terjun Kota Tinggi ini juga merupakan destinasi sesuai bagi si pencinta alam.

Berikut ada lah harga terkini untk tiket masuk ke Air Terjun Kota Tinggi untuk rujukan dan makluman pengunjung.

IKLAN

Harga Tiket Masuk Terkini:

Air Terjun Kota Tinggi Kembali Beroperasi Dengan Harga Tiket Baharu

Warganegara:
Dewasa – RM 5
Kanak-Kanak (6-11) – RM 3
Kanak-Kanak (3-5) – RM 2
Warga Emas (60+) – RM 3

IKLAN

OKU – Percuma

Bukan Warganegara:
Dewasa- RM 15
Kanak-Kanak – RM 10
Warga Emas (60+) – RM 3

IKLAN

Parkir :
Kereta Warganegara – RM 3
Kereta Bukan Warganegara – RM 5
Bas – RM 5
Motorsikal / Basikal Warganegara- RM 1
Motorsikal / Basikal Bukan Warganegara : RM5

Cara Ke Sini:

Air terjun ini kira-kira 15 kilometer (km) di utara pekan Kota Tinggi. Untuk ke sana menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan keluar di persimpangan Kulai kemudia pandu terus ke jalan utama menuju Kota Tinggi. Dari pekan Kota Tinggi, ikut Jalan Lombong dan cari papan tanda menunjukkan arah ke air terjun.

Sumber: FB Majlis Daerah Kota Tinggi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI