JERMAN: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berada di Jerman sejak Jumaat lalu untuk mengkaji pilihan kereta api sifar pelepasan bagi sistem aliran transit ringan (LRT) yang dirancang di Kuching.

Beliau dan anggota rombongan mengunjungi kemudahan kilang Alstom di Salzigitter dan diberi taklimat berhubung perjalanan ujian kereta api hidrogen yang pertama di dunia.

Delegasi ini kemudian berkunjung ke Frankfurt untuk melihat kemudahan milik Siemens yang mengeluarkan kuasa hidrogen daripada air.

IKLAN

Ketua Menteri diiringi oleh Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani, Pengerusi SEDC Sarawak, Tan Sri Abdul Aziz Hussain.

Sumber: sarawakvoice.com
Oleh: Ambrose Cheng (Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sarawak)

IKLAN

IKLAN

ABANG JO UJI LRT BERKUASA HIDROGEN DI JERMAN

ABANG JO UJI LRT BERKUASA HIDROGEN DI JERMAN

ABANG JO UJI LRT BERKUASA HIDROGEN DI JERMAN
Semua foto: sarawakvoice.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI