Antara pemandangan menarik yang ada di pesisir pantai di sini.

Pening kepala sebenarnya untuk ibu bapa memikirkan destinasi melancong yang sesuai untuk keluarga. Lebih-lebih lagi apabila membawa anak-anak bersama dalam trip.

Maklumlah, kalau boleh kita nak holiday dalam keadaan seronok dan kepuasan itu kalau boleh biarlah dapat dirasai oleh semua yang ada. Tidak kira sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak, semua mesti berpeluang untuk merasai keriangan tatkala bercuti.

Baru-baru ini saya dan beberapa rakan media dijemput untuk ke Lumut, Perak oleh SGI Vacation Club (SGIVC), satu ahli syarikat daripada Kumpulan OSK. Ada apartment dan villa di Swiss-Court Holiday Apartments (SCHA) yang baru sahaja siap diubahsuai daripada rekaan lama ke rekaan yang baharu.

Terlintas di fikiran saya waktu itu, apartment dan villa yang baharu ini mesti sesuai untuk menerima kunjungan pelancong yang berkeluarga, kalau tidak, habis. Sebab tarikan bagi pelancong warganegara Malaysia ini adalah tempat-tempat yang mudah untuk mereka bawa anak-anak melancong bersama selain daripada shopping.

Jauh perjalanan luas pemandangan

Jadi seperti hari dan masa yang telah dijanjikan, saya bertemu dengan penganjur dan beberapa rakan media di Kuala Lumpur (KL) sebelum bertolak ke Lumut. Masa perjalanan yang diambil dari KL ke Lumut adalah lebih kurang dua setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Sebelum sampai ke destinasi yang dituju, kami sempat singgah makan tengah hari di restoran makanan laut yang agak popular di Setiawan iaitu Meranti Setiawan Resort. Nanti saya akan kongsikan kisah mengenai restoran tersebut dalam artikel yang lain.

Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Meranti Setiawan Resort antara restoran yang menyediakan makanan laut di sini.

Usai sahaja makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke SCHA. Dari lokasi makan tengah hari kami menuju ke SCHA tidak jauh, tetapi memandangkan keadaan jalan yang berliku-liku dan suasana luar bandar yang dikelilingi hutan di kiri dan kanan jalan, pemandu kami hanya memandu secara santai sahaja.

Apabila sampai di lobby SCHA, kami berasa teruja dengan apa yang ada di situ. Sangat tenang dan damai dengan hutan menghijau diselangi bunyi unggas yang bersahut-sahutan. Jauh dari hiruk-pikuk kotaraya seperti KL.

IKLAN

Jauh dari hiruk-pikuk kota yang membejatkan

Untuk pengetahuan semua, SCHA ini berkeluasan 400 ekar, terletak nun jauh di dalam hutan dan jauh daripada bandar berhampiran. Jadi sesiapa yang ingin merancang percutian ke sini, pastikan semua kelengkapan dan barang keperluan telah siap dibeli dari luar. Sebab saya rasa anda pasti berfikir tiga kali untuk keluar semula membeli barang sekiranya ada apa-apa yang tertinggal.

Pegawai pengiring kami daripada SGIVC menjelaskan memang sengaja SCHA ini dibina jauh di kawasan hutan supaya dapat memberikan pengalaman yang menenangkan kepada pengunjung, dan ya, perancangan itu menjadi. Selain daripada apartment dan villa, SCHA juga mempunyai golf course 18 lubang.

Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Lubang 15 menghadap laut dan Pulau Pangkor.

Selesai sahaja proses daftar masuk, kami terus di bawa ke apartment masing-masing untuk berehat. Apartment yang diberikan adalah apartment terbaru mereka. You know what? Saya boleh akui bahawa apartment baharu mereka comfort and cozzy. Rekaan berkonsep minimalist dan modern contemporary yang digabung bersama menjadikan apartment tersebut berasa luas, besar dan selesa.

Bukan setakat satu keluarga lima orang sahaja selesa bermalam di sini, malah lebih dari itu. Kalau nak bawa sekampung pun boleh. Okay tak, saya gurau jer, hehe. Trip berkapasiti lima ke enam orang saya rasa selesa untuk menginap di sini.

IKLAN
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Ruang yang ada di bilik apartment besar dan selesa
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Sofa yang berada di sebelah itu boleh diubah menjadi katil.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Menggunakan elemen kayu dan besi menjadikan bilik apartment ini nampak kemas dan selesa.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Ruang tamu yang luas di dalam apartment. Keadaannya sama macam studio apartment di mana semua ruang dalaman dihubungkan terus lantas menjadikan ruangnya luas.

Keindahan Pulau Pangkor dapat dilihat dari atas bukit

Lokasi SCHA ini juga strategik kerana terletak di atas bukit dan berhampiran dengan pantai. Jarak di antara pantai di SCHA dan Pulau Pangkor lebih kurang 15 minit dengan menaiki bot laju.

Ketika kami di bawa ke pesisir pantai, hari mulai senja. Anda bayangkan berada di atas bukit yang menghadap laut sambil menyaksikan matahari terbenam, macam permandangan luar negara yang selalu kita lihat di Instagram! Bila melancong di sini, tidak perlu lagi untuk ke luar negara. Di Perak sendiri sudah ada pemandangan yang menandingi keindahan pemandangan luar negara.

Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Pemandangan matahari terbenam dari atas bukit di Swiss-Garden Beach Resort menghadap Pulau Pangkor.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Kawasan rehat untuk pelancong.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Antara pemandangan menarik yang ada di pesisir pantai di sini.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Terdapat banyak bot yang disediakan kepada pelancong untuk melakukan aktiviti air seperti memancing dan sebagainya. Dihadapan itu adalah Pulau Pangkor.

Sepanjang pesisir pantai, ada pelbagai aktiviti air yang disediakan kepada pelancong yang datang dari menaiki kuda, ATV, bot laju, jetski dan memancing pantai. Tapi! Aktiviti yang saya cadangkan untuk anda cuba bersama keluarga adalah aktiviti menarik pukat.

Kami berkesempatan untuk mencuba aktiviti tersebut. Bukan senang nak cuba menarik pukat di KL. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya memerlukan kaedah dan kudrat yang kuat untuk menarik pukat tersebut ke pantai. Yang paling penting, menarik pukat ini memerlukan kerjasama semua orang yang ada kerana pukat itu tak akan tertarik jika dilakukan seorang diri.

IKLAN

Bahagia bila kanak-kanak gembira

Ada pelbagai jenis aktiviti untuk kanak-kanak yang disediakan di tempat ini dan yang paling menarik perhatian saya ada mini theme park dan kids room mereka. Tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin meninggalkan anak-anak seketika di kids room dan pergi ke spa yang bersambung dengan kids room tersebut.

Dalam kids room tersebut turut menyediakan ruang bermain dan mini cinema untuk hiburan anak-anak anda. Selain bersambung dengan spa, kids room ini juga bersambung dengan gym untuk kegunaan anda yang suka percutian sihat – sambil bercuti, sambil bersenam.

Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Mini theme park di sini pasti menjadi kegilaan kanak-kanak bermain air.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Antara pemandangan lain mini theme park di sini.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Kids room ini menyediakan palyground yang selesa kepada kanak-kanak.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Cetuskan kreativiti anak-anak anda ketika bercuti!
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Ruang mini cinema yang disediakan untuk kanak-kanak.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Selesa untuk kanak-kanak menonton wayang.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Ruang gym yang bersambung dengan kids room untuk ibu bapa bersenam.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Pemandangan dari gym terus menghadap laut yang terbentang luas.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Lepas dari gym boleh terus ke spa untuk melegakan badan.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Ruang dalam spa yang berkonsepkan Bali. Jadi tidak perlu terbang jauh untuk merasai keasyikkan urutan Bali, semuanya boleh dirasai di sini.

Bercakap tentang percutian sihat, untuk pengetahuan anda, di SCHA ini juga ada laluan hutan yang boleh digunakan untuk aktiviti jungle trekking. Jarak sejauh satu jam perjalanan ini boleh digunakan tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Cuma pendapat saya, kanak-kanak di bawah umur 6 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk trekking di sini malah kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun perlu ditemani oleh penjaga.

Tip yang saya boleh kongsikan kepada sesiapa yang merancang bercuti di sini adalah siapkan segala kelengkapan dan persiapan sebelum tiba kerana jarak perjalanan dari bandar terdekat dari SCHA adalah jauh. Dan kalau boleh elakkan untuk keluar pada waktu malam kerana jalanraya menuju ke sini gelap dan terpencil. Pastikan anda tiba ketika hari masih siang.

Jadi bagi sesiapa yang ingin melancong ke sini, anda boleh terus ke alamat Hala Damai 3, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak atau hubungi 05-6181133/1409/1100 untuk tempahan.

Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Restoran makanan thai. Signature dish di sini adalah green tomyam chicken or beef.
Anak-Anak Pasti Suka Kalau Ibu Bapa Bawa Mereka Bercuti Ke Swiss-Court Holiday Apartments!
Restoran yang terletak bersebelahan mini theme park.

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI