Berpeluang mengikuti trip bersama sekumpulan media Malaysia antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Rombongan kami dibawa khas ke Korea Selatan oleh organisasi pelancongan Korea dan Wilayah Gangwon untuk merasai sendiri pengalaman ketika musim sejuk dan menyaksikan beberapa acara sukan musim sejuk percubaan yang sebelum ini kami tidak pernah merasainya.

Beberapa acara sukan musim sejuk percubaan telah berlangsung seperti ‘Snowboard’ yang diadakan di Bokwang Snow Park, ‘Figure Skating’ di Gangneung Ice Arena dan ‘Ski Jump’ di Alpensia Ski Jump untuk menghadapi Sukan Olimpik musim sejuk 2018 yang bakal berlangsung di PyeongChang nanti. Tidak dinafikan PyeongChang telah bersedia untuk menerima kunjungan pelancong dan warga sukan musim sejuk.

Annyeonghaseyo! Pengalaman Dan Detik Terindah Di PyeongChang, Korea Selatan

Banyak hotel dan resort yang menarik antaranya seperti Samcheok Sol Beach, Phoenix Park, Atrium PyeongChang, Alpensia, Yongpyong telah bersedia menerima pelancong dan pengunjung pada masa ini mahu pun ketika Sukan Olimpik musim sejuk itu nanti.

Kami juga diberi peluang untuk melawat pusat Sukan Olimpik musim sejuk 2018 yang juga dinamakan Rumah PyeongChang dan terletak di Green-city Convention Center. Kami telah diberi penerangan berkenaan persiapan temasya itu nanti. Banyak pengalaman dan pengetahuan tentang sukan musim sejuk yang dapat dipelajari ketika berada di Rumah PyeongChang.

Annyeonghaseyo! Pengalaman Dan Detik Terindah Di PyeongChang, Korea Selatan

Selain dari tarikan musim salji di PyeongChang banyak lagi tempat menarik yang harus dikunjungi. Memandangkan Korea popular dengan Kpop dan drama yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia, kami berpeluang ke lokasi drama yang sangat popular pada 2016 iaitu Goblin.

Annyeonghaseyo! Pengalaman Dan Detik Terindah Di PyeongChang, Korea Selatan

Salah satu adegan pasangan dalam watak drama telah bergambar di situ. Walaupun sekadar batu pemisah air ombak untuk menjaga tebing pantai namun lokasi itu telah menjadi terkenal dan dikunjungi ramai pelancong dalam serta luar negara. Lebih-lebih lagi bagi yang sedang bercinta untuk bergambar di tepi pantai yang terletak di daerah Jumunjin ini.

Annyeonghaseyo! Pengalaman Dan Detik Terindah Di PyeongChang, Korea Selatan

Belajar perkara baharu

Satu lagi keunikan yang harus dilawati jika berkunjung ke sini ialah pasar ikan Jumunjin. Pelbagai hidupan laut yang tidak terdapat di negara kita dapat dilihat. Antara yang paling banyak dan popular di sini adalah ketam merah. Pasar ini telah dibuka pada tahun 1936 terletak di Gangneung bersebelah dengan pelabuhan Jumunjin. Di kawasan ini juga terdapat pasar makanan laut yang terbesar di pantai timur Korea.

Bagi peminat kopi, ‘Anmok Coffee Street’ di pesisiran pantai Anmok di Gangneung menjanjikan kopi yang menarik dengan keunikan deretan kedai kopi. Di samping itu kami berpeluang untuk melihat sendiri proses pembuatan biskut beras yang menjadi antara makanan tradisional Korea di ‘Galgol Hangwa Village’.

Annyeonghaseyo! Pengalaman Dan Detik Terindah Di PyeongChang, Korea Selatan

IKLAN

Perkampungan ini dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan menjaga makanan tradisi ini untuk dikeluarkan.

Kali ini menu makan malam kami telah dihidangkan dengan ketam merah dan nasi goreng ketam yang amat menarik dan sedap.

Bagi pengunjung beragama Islam tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan yang halal kerana di sana banyak restoran yang menyajikan makanan laut sahaja.

Annyeonghaseyo! Pengalaman Dan Detik Terindah Di PyeongChang, Korea Selatan

Pada hari berikutnya kami dibawa ke lokasi penggambaran drama yang popular iaitu kisah kehidupan sebenar “Saimdang, Memoirs of Colors”. Lokasi seperti Ojukheon dan Seongyojang tidak asing lagi bagi tarikan pelancong kerana lokasi ini menyimpan pelbagai sejarah Korea dan keunikan rumah tradisional Korea.

Rumah Ojukheon dibina dan diberi nama kerana ia dikelilingi pokok buluh hitam dan merupakan tempat tinggal Sinsaimdang dari tahun 1504 hingga 1551 dan tempat lahir anaknya Yulgok seorang ahli politik di zaman pemerintahan Raja ke-11 iaitu Raja Joseon. Rumah Ojukheon ini juga adalah rumah kayu tertua yang masih kekal di Korea.

Annyeonghaseyo! Pengalaman Dan Detik Terindah Di PyeongChang, Korea Selatan

Perjalanan menjejak PyeongChang diteruskan dengan rombongan kami dibawa ke Phoenix Ski Resort. Sebelum bermalam di situ kami diberi peluang untuk menyaksikan acara sukan ‘Snow Board’.

Ini pengalaman yang sungguh menakjubkan kerana dapat melihat sendiri di depan mata. Sebelum ini hanya melihat di kaca televisyen sahaja. Setelah tamat acara ‘Snow Board’ itu barulah kami di bawa mendaftar masuk ke Phoenix Ski Resort.

IKLAN

Pada sebelah malam kami di jemput untuk menghadiri Malam Gala PyeongChang Tourism Night yang dianjurkan oleh organisasi pelancongan Korea yang dihadiri oleh tetamu kenamaan seperti Presiden Organisasi Pelancongan Korea, Jeong Chang Soo, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik musim sejuk 2018, Lee Hee Beom, Datuk Bandar PyeongChang, Sim Jae Wook  dan ramai lagi.

Malam yang sungguh gilang-gemilang dengan persembahan tradisional Korea juga disaksikan pihak media dari 15 buah negara lain iaitu Jerman, UK, Austria, Australia, Rusia, US, Jepun, Filipina, Indonesia, Malaysia dan lain-lain.

Selami budaya masyarakat Korea

Hari berikutnya kami diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi gelanggang acara ‘ski jump’ di Alpensia.

Pengalaman manis ini tidak dapat dilupakan kerana kami dibawa naik ke menara yang paling tinggi sekali untuk melihat pemandangan yang indah saujana mata memandang. Alpensia ski jump ini dibina pada tahun 2008 yang boleh menempatkan seramai 13,500 penonton dan menjadi simbol Sukan Olimpik musim sejuk 2018 PyeongChang.

Selepas itu kami dibawa ke satu tempat yang amat menarik dengan menaiki kereta kabel yang mengambil masa 20 minit untuk sampai ke puncak Yongpyong Resort.

Yongpyong Resort antara ski resort  terawal dibina pada tahun 1975 dan telah banyak menyumbang kepada industri sukan musim sejuk di Korea. Di sini juga ia akan menjadi salah satu gelanggang pada temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik musim sejuk tahun hadapan..

Selain dari lokasi menarik untuk bermain ski, Yongpyong Resort ini juga menjadi salah satu lokasi penggambaran drama yang terkenal, ‘Guardian:The Lonely and Great God’  dan ‘Winter Sonata’ suatu masa dahulu.

Kesinambungan acara pada sebelah malamnya itu, pihak pelancongan Wilayah Gangwon menganjurkan pesta K-Drama di PyeongChang, Yongpyong Dome. Di situ lagu-lagu soundtrack drama dalam konsert yang menampilkan artis k-pop seperti EXO-CBX, BTB, Kim Bum-soo, Lyn, Gummy dan Lee-teuk dari Super Junior selaku pengacara majlis.

IKLAN

Acara sebelah malam itu kami dapat melihat fanatiknya peminat artis k-pop ini hingga tidak menghiraukan pengawal keselamatan yang memberi arahan. Persembahan yang memukau dan menarik membuat peminatnya begitu taksub sekali.

Pada keesokan hari perasaan teruja berterusan apabila kami diberitahu akan ke ‘Sky Ranch’ antara salah satu tempat yang menarik di PyeongChang. Setibanya kami di situ satu perkhabaran kurang menarik kami terima iaitu cuaca yang amat sejuk apabila sampai ke atas bukit Sky Ranch nanti.

Annyeonghaseyo! Pengalaman Dan Detik Terindah Di PyeongChang, Korea Selatan

Walau bagaimanapun kami tetap ingin mencuba pengalaman ini. Kami hanya meluangkan masa lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja di situ kerana tidak tahan dengan cuaca yang amat sejuk hingga ke tulang dan angin kencang pada  suhu lebih kurang negatif 7 darjah celcius. Sungguh cantik pemandangan dan keindahan di Sky Ranch.

Pada mulanya Sky Ranch adalah ladang lembu Korea yang menempatkan 400 ekor lembu. Kini ia menjadi salah satu tempat tarikan pelancong yang datang ke PyeongChang.

Annyeonghaseyo! Pengalaman Dan Detik Terindah Di PyeongChang, Korea Selatan

Namun Sky Ranch lebih menarik dikunjungi ketika musim panas. Selepas pengalaman sejuk di Sky Ranch kami terus dibawa ke perkampungan Uiyaji  yang terkenal dengan pembuatan keju di PyeongChang. Kami berpeluang merasai pengalaman proses pembuatan keju.

Pengalaman menyeronokkan

Sebelum meninggalkan PyeongChang dan menuju ke Seoul, hari- hari terakhir kami di Korea, kami diberi peluang untuk menjamu selera ketika makan tengah hari dengan menu makanan Korea  ‘Bibimbap’ iaitu masakan berunsurkan nasi di campur dengan sayur-sayuran serta digaul bersama dengan sos cili sebagai penambah rasa. Selain dari kimchi orang Korea juga sangat menggemari makanan ini.

Perjalanan menuju ke Seoul yang mengambil masa selama tiga jam tidak disia-siakan dengan rehat dan tidur secukupnya di dalam bas. Setiba kami di Ibis Hotel,Myeongdong, Seoul acara bebas dan membeli-belah.

Ini kerana di PyeongChang kami langsung tidak dapat berbuat demikian kerana kepadatan program yang telah dirancang. Hari terakhir kami di Korea diakhiri dengan sesi lawatan ke ‘K-Style Hub’ atau pusat penerangan pelancong di Seoul yang amat infomatif dan interaktif. Kami sungguh teruja dengan kecanggihan pusat ini dengan pelbagai kemudahan seperti surau yang disediakan untuk umat Islam bersolat.

Tidak puas rasanya diberi lebih kurang dua jam di situ namun apakan daya masa mencemburui kami kerana terpaksa bertolak ke Lapangan Terbang Incheon untuk pulang ke Malaysia.

Sebagai pengakhir bicara pengalaman di PyeongChang ini tidak akan saya lupakan sepanjang hayat kerana ia memberi suasana percutian yang pelbagai. Saya sarankan anda datang dan merasai sendiri keunikan percutian di PyeongChang pada bila-bila masa. My Group My Group…Kamsahamnida…jumpa lagi.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI