Saya bukan kaki pancing tapi saya suka ambil tahu pasal ikan. Kecik-kecik dulu bela ikan laga. Masuk kedai Cina tengok diorang kecoh betting. Ikan laga dalam bekas kaca besar diorang kasi fighting

Paling syiok amik tahu pasal ikan pemangsa. Selalu tengok dalam Nat Geo. Sambil minum MILO, layan rancangan ikan air tawar terbesar dunia; arapaima gigas atau pirarucu atau paiche atau ikan naga merah.

 

Arapaima Tasik Kenyir
Waktu di Tasik Kenyir, saya nampak poster lama acara mancing dengan tawaran RM10k. Ia ditawar bagi sesiapa yang berjaya naik kan arapaima di Tasik Kenyir.

Saya fikir; betul ke ada Arapaima dalam tasik Kenyir? Setahu saya, ikan ni asal Sungai Amazon & Essequibo, Amerika Selatan. Orang asli Brazil & Peru sana tangkap ikan giant ni buat makan.

IKLAN

Saya agak ada. Kalau tak, takdelah dibuat tawaran ni. Mungkin ada orang terlepas atau lepaskan. Macam saya buat di Putrajaya lama dulu. Saya pernah bela ikan Polypterus Endlicheri Bichir. Ikan ni paling besar dalam 70cm. Tak la besar Arapaima. Tak bahaya pun. 

Macam hal sama toman dilepas ke sungai Amerika Syarikat; sampai pihak berkuasa buat pembasmian besar-besaran toman sebab hapuskan spesis tempatan.

Sebenarnya offer ni dibuat waktu bekas Menter Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 2009. Sekarang offer dah takde.

Ini usaha serius bagi elak kepupusan ikan tempatan. Arapaima jenis makan ikan dan mamalia. Kacau ekosistem sini.

IKLAN

Ikan ni boleh panjang sampai 3 meter dan berat +- 200kg.

BILA NAK DARAT ARAPAIMA TASIK KENYIR?
Rileks je naik sekali 5 ekor…

Tawaran RM10k dibuka dapatkan ikan ni hidup-hidup. Takde siapa berjaya naikkan. 2012, tawaran naik ke RM20k. Takde jugak yang berjaya naikkan. Pencarian di internet pun memang takde bukti gambar atau video arapaima Tasik Kenyir. Yang ada di Kedah, dah mati. Tapi ada di Tasik Ulu Yam didaratkan dalam video pada 2008.

Bila saya baca satu laporan, Arapaima ni terlepas dari kolam ternakan pengusaha chalet di Tasik Kenyir akibat banjir. Dikatakan ada empat ekor terlepas. Seekor mati. Ada lagi tiga ekor. Kalau tiga ekor tu cukup jantan betina, memang membiaklah ikan ni.

So bila lagi nak darat Arapaima Gigas Tasik Kenyir? Harap ada semula la offer duit tu…up lagi..

IKLAN

Video bekas MB terengganu offer RM20k untuk naikkan Arapaima Gigas

Nama saintifik: Arapaima Gigas
Nama panggilan: pirarucu, or paiche
Asal: Amerika Selatan; Brazil & Peru
Panjang & Berat: +- 3m , +-200kg
Habitat: Air tenang, berkeladak dan berasidik
Makanan: Ikan dan mamalia kecil
Cara bernafas: Ambil udara di permukaan setiap 10-20minit

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI