Kementerian Luar mengesahkan, rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, adalah antara 50 mangsa yang kehilangan nyawa dalam insiden tembakan di Christchurch, minggu lalu.

Menurut kenyataan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia akan memberikan bantuan kepada keluarga bagi proses pengebumian berkenaan. Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Arwah Muhammad Haziq Dikebumikan Selepas Zohor Hari Ini

Dalam pada itu, Kementerian Luar memaklumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga akan berlepas ke Christchurch untuk mewakili kerajaan bagi memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas susulan tragedi ini. Katanya, kementerian juga meminta semua pihak media dan awam untuk menghormati perasaan ahli keluarga yang berdepan tempoh sukar ini.

IKLAN

Haziq yang hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia. Pengesahan itu dilaporkan Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, 11.20 malam ini.

Arwah Muhammad Haziq Dikebumikan Selepas Zohor Hari Ini

IKLAN

Sementara itu, pengebumian jenazah akan disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini. Arwah adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika kejadian, Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Muhammad Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma, manakala bapa mereka parah ditembak.

Arwah Muhammad Haziq Dikebumikan Selepas Zohor Hari Ini

IKLAN

Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika umat Islam sedang menunggu solat Jumaat.

Arwah Muhammad Haziq Dikebumikan Selepas Zohor Hari Ini Arwah Muhammad Haziq Dikebumikan Selepas Zohor Hari Ini

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI