Laporan terbaru menyatakan Singapura, Tokyo, dan Osaka merupakan tiga bandar paling selamat di Asia. Malaysia di tangga ke-9.
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia nombor dua di belakang Singapura; yang juga bandar paling selamat di Asia.
Kajian oleh The Safe Cities Index 2017 (dihasilkan The Economist Intelligence Unit) meletakkan 60 bandar utama, melihat setiap aspek dari kadar jenayah hingga ke kualiti perubatan.
Bandar Asia paling selamat:
Singapura
New Zealand
Australia
Bhutan
Jepun
Taiwan
Korea Selatan
Azerbaijan
Malaysia
Tajikistan
Mongolia
Kazakhastan
*Bandar lain di Aisa kurang dari point 5.5…
sumber: http://www.telegraph.co.uk/travel/news/safest-cities-2017-economist/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tun M Lancar Logo Baharu Visit Malaysia 2020, Gantikan Logo Setem Orang Utan ‘Swag’
Hari ini mencatatkan hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) yang baharu menggantikan logo lama yang sebelumnya dikritik hebat wargamaya di laman-laman media sosial.
Logo baharu yang dilancarkan dalam Majlis Pelancaran Logo Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu dipilih melalui satu pertandingan mencipta logo kempen TMM2020 dan logo ciptaan pereka grafik kelahiran Melaka, Alfred Phua Hong Fook itu berjaya menyingkirkan ratusan rekaan logo yang diterima dari seluruh negara sepanjang tempoh pertandingan itu berlangsung sejak awal tahun ini.
Logo yang akan menjadi imej TMM2020 terkini itu menampilkan corak rekaan yang lebih menyerlah dengan pelbagai ciri-ciri ikonik yang sinonim di Malaysia ditampilkan dalam rekaan tersebut seperti burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna-warni Jalur Gemilang, secara langsung menggambarkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna yang terdapat di negara ini.
Lebih membanggakan apabila beberapa syarikat penerbangan yang beroperasi dalam negara dan syarikat swasta seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air, Malaysia Airport Holdings Berhad, dan Sharp (M) Electronic Sdn. Bhd., menandatangani memorandum persefahaman bersama bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.
Syarikat-syarikat penerbangan tersebut juga bersama-sama melancarkan ‘livery’ khas pesawat yang tertera logo Visit Malaysia 2020 di badan pesawat.
Sedikit info untuk anda, Tahun 2020 hadapan telah ditetapkan sebagai tahun kempen Melawat Malaysia 2020 dan memfokuskan kelestarian pelancongan, seni dan kebudayaan dengan sasaran ketibaan pelancong antarabangsa seramai 30 juta dengan pendapatan sektor pelancongan sebanyak RM100 billion.
Menurut Tun Dr. Mahathir, TMM 2020 adalah kempen kelima Melawat Malaysia dengan empat kempen sebelum ini mencatatkan peningkatan ketara dalam ketibaan pelancong dan beliau turut berkata bahawa kejayaan kempen tahun Melawat Malaysia 2020 bergantung kepada keberkesanan promosi dan transformasi sektor pelancongan dalam memanfaatkan platform digital dan media sosial.
“Untuk menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2020 menjadi satu kejayaan, kita perlu menjadikan ianya satu misi kebangsaan buat semua. Jadi, saya menyeru kepada semua, rakyat dan rakan-rakan kita untuk sama-sama membantu menjayakan kempen ini dengan memberitahu dan menyampaikan kepada semua bertapa indah, tenang dan menyeronokkan untuk berada di Malaysia”, ujar beliau.
Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir juga menambah bahawa melalui kempen seumpama ini, kita mengalu-alukan semua pelancong dari serata dunia untuk merasai keunikkan dan keindahan eko-pelancongan yang terdapat di Malaysia seperti hutan hujan, gunung-ganang, pulau-pulau dan pantai-pantainya.
Pada tahun 2018, Malaysia menerima 25.8 juta pelancong antarabangsa dengan pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus bagi tempoh 5 bulan pertama.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penumpang Dan Kakitangan Dijangka Boleh Solat Jumaat Di Rooftop KLIA Hujung Mei Ini
Berita yang gembira untuk semua penumpang kapal terbang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila satu ruang solat di bahagian rooftopnya telah diubahsuai dan akan digunakan untuk kegunaan solat jumaat.
Selepas ini, penumpang yang sedang menunggu waktu penerbangan atau kakitangan yang berkerja di sana boleh menggunakan ruang solat itu bagi tujuan tersebut dan difahamkan inisiatif kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada akhir bulan Mei.
Baru-baru ini tular di rangkaian Whatsapp menunjukkan beberapa keping gambar kerja-kerja pembersihan dan persiapan akhir sedang dijalankan di ruang solat rooftop KLIA itu bersama mesej yang mendakwa ruang solat ini akan digunakan untuk solat jumaat pada 5 April 2019.
Walau bagaimanapun, pihak Malaysia Airport menafikan dakwaan tersebut kerana masih ada beberapa perkara akhir yang belum mendapat kelulusan.
Ruang solat itu dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya pada akhir bulan Mei selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Agama Daerah Sepang dan pihak Malaysia Airport akan membuat pengumuman segera berkenaan hal tersebut setelah kelulusan diterima.
Dalam pada itu, sejak Disember 2018, Malaysia Airport telah menyediakan 4 buah bas percuma iaitu dua dari KLIA dan dua lagi dari KLIA2 untuk kegunaan pengguna dari kedua-dua terminal penerbangan tersebut untuk menunaikan solat jumaah di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perkhidmatan bas ini bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga pukul 1 tengahari.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Hutan Aokigahara, Landasan Keretapi Juga Lokasi Popular Rakyat Jepun Tamatkan Riwayat
Hutan Aokigahara sememangnya lokasi popular rakyat Jepun menamatkan diri. Bahkan ia mendapat liputan antarabangsa kerana begitu ramai rakyat Jepun memilih lokasi di hutan menyeramkan itu untuk menamatkan riwayat hidup mereka.
Tapi tahukah, selain Hutan Aokigahara yang mungkin terpencil dan dilihat lokasi sesuai bagi individu yang tertekan, nampaknya trend di Jepun, rakyat mereka memilih stesen keretapi sebagai lokasi bunuh diri dan setiap hari satu kes di laporkan.
Dikongsi oleh Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara terbabit berkongsi catatan ini di fbnya.
Tak dinafikan sekarang memang ramai tertekan dengan pandemik. Statistik bunuh diri mencanak naik, dan Jepun pun tak terkecuali.
Jepun, walau terkenal dengan budaya “gaman” iaitu budaya “bertahan selagi mampu”, tapi Jepun juga tak terlepas dengan kes bunuh diri yang tinggi. Tak hairanlah kalau dari dulu lagi Hutan Aokigahara dikenali sebagai hutan bunuh diri atau “suicide forest”.
Tapi sebenarnya lokasi popular bunuh diri selain di Hutan Aokigahara adalah di landasan platform keretapi. Ye, di stesen keretapi dengan purata 1 kes bunuh diri setiap hari.
Biasanya keretapi tengah laju sebelum berhenti di platform, mangsa akan lompat dan… begitulah pengakhirannya.
Betapa popularnya orang bunuh diri kat platform keretapi ni sampaikan kerajaan Jepun terpaksa mengkaji macam mana nak kurangkan statistik orang bunuh diri di stesen keretapi.
Mereka dapati ada satu kajian menunjukkan orang yang mengalami tekanan psikologi kembali ke keadaan rileks lebih cepat jika mereka baring di bilik yang mempunyai cahaya berwarna biru. Ini kerana sinaran lampu LED berwarna biru boleh mewujudkan rasa “tenang”.
Jika diaplikasikan di stesen keretapi, lampu ni dijangka mampu mempengaruhi psikologi mangsa untuk berfikir dengan lebih rasional sebelum meneruskan niat bunuh diri tu.
Berkesan ke kajian ni?
Untuk pastikan kajian ni benar-benar berkesan, syarikat keretapi Jepun pasang lampu LED berwarna biru di 71 platform keretapi yang mana merupakan spot popular bunuh diri.
Daripada kajian mereka, data dari tahun 2000-2010 menunjukkan terdapat pengurangan statistik bunuh diri sehingga 84%! Tinggi ye pengurangan tu.
Tapi Professor Masao Ichikawa dari University of Tsukuba menyatakan kemungkinan pengurangan sebenar hanyalah 14% sahaja, sebab mungkin berlaku kesilapan dalam menentukan “confidence interval” dalam kajian tersebut. Tapi pada saya walaupun hanya 14%, ianya masih menyumbang pada pengurangan statistik bunuh diri di platform keretapi.
Apa-apa pun, dalam situasi menekan seperti sekarang jika rasa dah tak mampu, dapatkan bantuan terutamanya bantuan psikologi dari NGO macam Befrienders KL .
Cuma,Jangan la tengok Minnie & Mickey sebelum tidur kalau tak kena tembak piu piu tu. Sebab kalau tengok tu, yang tak stress pun boleh stress.
Stress pulak bila teringat.
Hm.
.
#CatatanZunitaDiJepun
ps: Special thanks to sensei Hizandie Shuaib for the topic .
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI