• 21
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    21
    Shares
[mashshare]

Tembok Besar China dahulunya menjadi ‘perisai’ Dinasti Ming untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turki.

Secara asasnya, Panjang Tembok Besar China ini kira-kira 6,400km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

Memetik sumber Wikipedia pula, pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baharu menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8km.

Namun adakah antara kita pernah mendengar tentang Tembok Besar Jiankou yang menjadi sebahagian daripada sejarah kemegahan Tembok Besar China?

Tembok Besar Jiankou

 

Tembok Besar Jiankou adalah salah satu bahagian paling merbahaya dan paling tinggi di Tembok Besar China.

 

Tembok Besar Jiankou terletak kira-kira 30km dari Huairou, pinggir Beijing, di mana gunung-ganang di sekitarnya kelihatan agak berbeza antara satu sama lain.

Tidak seperti lokasi pelancongan Badaling Great Wall di Zhangjiakou yang sentiasa sesak kerana menjadi tumpuan ramai, Tembok Besar Jiankou adalah tembok besar di atas gunung yang curam dengan tebingnya yang lebih indah.

Tembok Besar Jiankou mendapat namanya kerana bentuknya yang seperti huruf W, ia sekali gus kelihatan seperti busur penuh lengkok anak panah.

Tembok Besar Jiankou adalah salah satu bahagian paling merbahaya dan paling tinggi di Tembok Besar China, namun ia bukan halangan kepada pendaki atau jurufoto untuk meneroka bahagian tersebut bagi mendapatkan sudut pandangan indah di puncak paling atas lokasi tersebut.

Di bahagian atas Tembok Besar Jiankou, pendaki boleh melihat Kolam Naga (Pool Dragon) dan runtuhan purba tembok besar yang berada di sekitar lokasi pendakian.

Laluan ke puncak Tembok Besar Jiankou adalah pendakian penuh curam di mana pendaki akan berdepan dengan beberapa seksyen pada sepanjang perjalanan sejauh 20km.

Antara seksyen yang terdapat di Tembok Besar Jiankou termasuk Titian ke Syurga (Tian Ti), Gerbang Neraka (Gui Men Guan), Menara Selatan (Nan Da Lou), Penjaga Pintu Gerbang General (Jiang Jun Shou Guan) dan bangunan Wangjing (Wangjing Building).

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN
[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: