Video Ban Pecah Tanjung Piandang Perak oleh mohamad erwan
Ban ialah struktur tebatan air/banjir yang biasa dibina di tebing sungai untuk mengelakkan limpahan air sungai ke kawasan tebing sungai yang lebih rendah. Kebiasaannya ban di tebing sungai menggunakan tanah yang dimampatkan dan ketinggian ban dibuat mengikut rekaan paras banjir sungai tersebut. Namun di Tanjung Piandang, Perak, struktur ban dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Ini bagi mengelakkan hakisan oleh ombak laut ketika ombak kuat.
Ban Pecah Tanjung Piandang Perak, dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.
Ban ini menjadi popular dikalangan penduduk tempatan serta pengunjung luar yang biasanya datang untuk menikmati makanan popular disini iaitu kari ikan sembilang dan mi udang Tanjung Piandang. Tidak lupa juga ban ini menjadi lokasi menarik dan cantik untuk mengabadikan gambar kenangan terutamanya pasangan baru berkahwin. Juga lokasi menarik bagi kaki pancing mencuba nasib.
Pada awal tahun 1960an, ban ini asalnya sawah padi yang subur. Ishak Cik, 62, berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an.
“Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Tanah arwah ayah saya seluas 1.61 hektar turut menjadi korban. Apa nak buat, dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci,”katanya.
Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nusakuya Resort Di Semporna Sabah, Penginapan Atas Air Beri Momen Best Sempena Cuti Hujung Tahun
Sabah menjadi destinasi popular bagi yang mahu menghabiskan cuti tahunan setelah dibenarkan rentas negeri tempohari.
Selain Kundasang yang sering dikunjungi, ada lagi beberapa destinasi menarik boleh dilawati. Antaranya Nusakuya Resort yang terletak di Semporna Sabah.
Perkongsian Nur Manarina memberitahu pengalamannya bercuti di sana yang dirancang pergi sendiri tanpa mengambil mana-mana pakej.
Momen Best Cuti Hujung Tahun Di Nusakuya Resort
Short review from me
Ramai yang tanya ambik package mana dengan siapa, sorry saya tak pandai pakai package semuanya book/redah sendiri kecuali snorkeling trip ke pulau-pulau, wajib ambik package sebab masuk pulau sana agent kena register permit. So nusakuya ni uolls boleh book direct dengan resort, number katt fb or ig ok
Resort ni iolls rasa paling sesuai kalau bawak anak-anak, sebab setahu saya ni je resort yg ada tangga dari bilik turun ke laut kat Semporna ini (Tula sampai 3 kali turun naik mandi budak-budak ni)
Banyak jugak resort atas air kt sini, dari murah ke mahal pilih jek ikut bajet kekayangan uolls
Rasanya boleh book untuk march 2022 & ke atas je ye sebab resort ini dah fully book sampai jan-feb 2022. Rezeki anak-anak laa masa tanya ada 1 je bilik kosong, Queen room & kitaorang kena add extra bed untuk 5 beranak
-Ada 2 jenis bilik, QUEEN & TRIPLE room
-Harga dia RM8xx per night untuk Queen Room include Boat Transfer, Breakfast, Lunch & Dinner.
-Extra Bed RM75 + Boat Transfer RM75
– (Bwak maggi cup banyak-banyak ya standby untuk malam sebab sini takde mini mart etc)
-Sewa transparent boat RM25/30mins
-Lunch (buffet)
-Dinner (Siap hidang atas meja)
-Breakfast (buffet)
-Electricity 24 hours, aircond je 6pm-6am
Recommended duduk la 2 malam baru puas & boleh relax lama sikit lagi-lagi time malam feeling dia tu release stress betul
Check in 11am, boat akan pickup di jetty Semporna. Sampai-sampai je terus orang reception tanya nama terus bawak ke bilik, smooth bukan
Nak tengok turtle, boleh lepak kt area reception. Kalau tapak sulaiman, merata ye depan bilik bersepah
Masuk bilik, chill-chill dekat balcony dia pekena angin laut sambil tunggu waktu lunch. Lepas lunch masuk bilik terus terjun depan bilik, anak naik tido kejap, bangun eh terjun balik. Begitulahh routinenya smpai kepetang!
Bila anak-anak dah penat berendam 1 hari, malamnya lepas dinner diorang akan tidur awal so mak-mak boleh rilex coffee2 dengan husband sambil layan angin laut
2nd day boleh cari trip island hopping ke pulau-pulau kst Semporna, ada 8 pulau boleh pilih paling best ofcourse Mabul
Ok next post la kita share amik package island hopping dengan siapa
Info masuk Sabah
*Tak perlu swab test & Fully Vaccinated. (kami fly 28 nov, 1 dec umum takpayah swab. Badmood betul
*Sila book flight sehari awal daripada tarikh check in resort-resort atas laut ini (utk elakkkan rushing kalau flight delay/reschedule since boat untuk masuk ke resort-resort ini ikut jadual diorang). Bawak maggi cup banyak-banyak kt sini susah betul cari
Ok tujelaa review doplosen, InsyaAllah must repeat!
#semporna2021 #mysmallfamily
Artikel Berkaitan:
5 Lokasi Cantik & Menarik Untuk Diterokai Di Sabah & Sarawak, Cantik Bak Lukisan!
5 Pulau Privasi Terbaik Tersembunyi Di Sabah, Selama Ini Kita Tak Tahu
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bengkel Latihan Pakej Pelancongan Domestik ‘Pusing Selangor Dulu’
Usaha merancakkan sektor pelancongan domestik, Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sering menjalinkan usahasama dan kerjasama pintar dengan pelbagai pihak.
Ini termasuklah bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mahupun penggiat industri dan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan tanah air.
Terbaharu, Tourism Selangor meneruskan usahasama dengan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) dalam sebuah Bengkel Latihan Pakej Pelancongan Domestik “Pusing Selangor Dulu” menyasarkan pemerkasaan strategi pemasaran pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor oleh agensi-agensi pelancongan bertauliah di Negeri ini.
Bengkel Latihan tersebut merupakan sebuah inisiatif dari pihak Tourism Selangor dalam memberi pengenalan serta meningkatkan pengetahuan produk pelancongan Negeri Selangor kepada wakil agensi – agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MITA. Bengkel latihan selama 1 hari dengan 2 sesi ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta.
Antara objektif pelaksanaan Bengkel ini termasuk membantu agensi pelancongan dan pengusaha produk pelancongan dalam usaha promosi dan pemasaran, menjalinkan kerjasama erat antara penggiat industri, serta mewujudkan pakej pelancongan yang berpotensi dan berkualiti agar pihak yang berkaitan dapat mempromosikan produk-produk pelancongan Negeri Selangor dengan lebih berkesan.
Y.B Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor menggalakkan orang ramai agar melancong ke Negeri Selangor dengan menggunakan khidmat agensi-agensi pelancongan bertauliah di Negeri ini. Justeru, pihak Tourism Selangor telah menetapkan sasaran penjualan sebanyak 8,000 pakej pelancongan domestik “Pusing Selangor Dulu” sehingga akhir tahun 2021”.
“Sasaran ini tidak sukar untuk dicapai kerana Kempen Pelancongan Domestik Tourism Selangor; “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dari orang awam.
Video rasmi Kempen ini yang dimuat-naik ke saluran YouTube rasmi Tourism Selangor sehingga kini telah menerima lebih 500,000 jumlah tontonan. Apa yang lebih membanggakan, Kempen ini telah berjaya menerima lebih dari 15 juta reach di laman media sosial dan landasan digital”, tambah Y.B Tuan Hee Loy Sian di Majlis Perasmian Penutup Bengkel Latihan Pakej Pelancongan Domestik “Pusing Selangor Dulu” bertempat di GM Klang Wholesale pada Isnin.
Impak signifikan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang semakin meniti di bibir orang awam serta di hujung jari para warganet di Malaysia tentunya memberikan nilai tambah kepada penggiat industri khususnya agensi-agensi pelancongan bertauliah untuk memasarkan pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor pasca pandemik Covid-19.
Usahasama dan kerjasama pintar pihak Tourism Selangor dengan penggiat industri pelancongan Negara membuktikan Tourism Selangor tidak hanya menumpukan kepada impak positif Kempen domestik yang sedang berlangsung malah turut mengambil langkah proakrtif dengan menawarkan latihan industri secara khusus kepada penyedia perkhidmatan seperti agensi pelancongan Negeri Selangor secara berkala.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kota Merah Jambu Simpan 1001 Kisah. Jaipur Bandar Terancang Pertama Di India
Jaipur bandar yang sangat unik dan indah untuk dikunjungi para pelancong asing. Jaipur juga dikenali sebagai Kota Merah Jambu India yang tersimpan 1001 kisah. Jaipur mempunyai keunikan sejarah yang sungguh menarik, ditambah dengan unsur-unsur agama Islam dan Hindu pada seni bina serta budayanya.
Jaipur merupakan ibu negeri Rajasthan, utara India dan terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas antara New Delhi serta Agra. Ia adalah bandar terancang pertama di India. Bandar tersebut terletak kira-kira 250 kilometer dari New Delhi dan menjadi pintu masuk kepada destinasi pelancongan lain di Rajasthan seperti Jodhpur dan Jaisalmer.
Jaipur sebelum ini pernah diasaskan Maharaja Jai Singh II, pemerintah Kerajaan Amer pada 18 November 1727. Seluruh bangunan Jaipur diwarnakan dengan warna merah jambu oleh Maharaja Man Singh II apabila Putera Wales, Edward VII melawat bandar tersebut pada 1876. Sehingga kini, satu undang-undang dikuatkuasakan supaya warna bangunan-bangunan ini dikekalkan, sesuai dengan jolokannya.
Ini antara destinasi tarikan menarik di Jaipur
Hawa Mahal
Bangunan Hawa Mahal yang dilengkapi dengan 953 tingkap kecil merupakan monumen ikonik di Jaipur dan menjadi pilihan para pelancong untuk merakamkan kenangan di situ.
Sireh Deori Bazaar
Salah satu tempat membeli-belah paling popular di Jaipur iaitu Sireh Deori Bazaar. Antara barangan yang menjadi pilihan para pelancong di sini ialah kain saree, pashmina dan kasut kulit.Jangan segan silu untuk tawar-menawar barang-barang yang dijual peniaga di sini.
Choki Dhani
Destinasi ini merupakan restoran bertemakan suasana perkampungan di Rajasthan. Choki Dhani merupakan destinasi tepat jika ingin merasai dan melihat sendiri keunikan penduduk Rajasthan. Selain menyediakan sajian tempatan, pelbagai tarikan lain ada di sini seperti kedai kraftangan, persembahan tradisi, permainan dan banyak lagi aktiviti menarik.
Jantar Mantar & Amer Fort
Jantar Mantar dan Amer Fort merupakan Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Di Amer Fort, pengunjung berpeluang menonton persembahan sejarah Rajasthan yang menampilkan pelbagai cahaya dan bunyi di sekitar kubu yang terdapat di situ bermula jam 6.30 petang.
Perkampungan Samode
Jangan lepaskan peluang menaiki belon udara panas di perkampungan Samode. Aktiviti ini beroperasi setiap hari seawal jam 6 pagi. Dari ketinggian atas belon udara panas, pengunjung berpeluang melihat Amer Fort dan matahari terbit pada ketinggian 3,000 kaki di udara selama satu jam.
Nahargarh Fort
Menariknya di Nahargarh Fort terdapat Muzium Patung Lilin dan Taman Ukiran. Di Muzium Patung Lilin, pelbagai replika patung tokoh-tokoh terkemuka dunia ditempatkan, antaranya ialah Albert Einstein; pemain kriket India, Sachin Tendulkar, Jackie Chan dan Lionel Messi.
Sheesh Mahal
Sheesh Mahal merupakan istana cermin pertama di dunia. Ruangan dalaman Sheesh Mahal dilengkapi dengan pelbagai jenis cermin berkualiti tinggi yang memperlihatkan kemewahan istana ketika di zaman Dinasti Rajputana.
Chand Baori
Chand Baori merupakan lokasi terletaknya telaga purba berusia 1,200 tahun. Chand Baori terletak bertentangan dengan Kuil Harshat Mata di Kampung Abhaneri. Dianggap sebagai salah satu telaga paling dalam di India dengan kedalaman mencecah 30 meter, Chand Baori berperanan membekalkan air kepada penduduk kampung ketika musim kemarau pada 1,200 tahun dahulu. Uniknya mengenai Chand Baori ialah ia mempunyai 3,500 anak tangga di setiap sisinya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI