•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
[mashshare]

SEPANJANG Syawal tahun ini, Sunway Lagoon memberikan kelainan kepada orang ramai meraikan perayaan dengan gaya hispter dan menangi hadiah istimewa sehingga 24 Julai ini.

Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean Choo berkata, ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai meluangkan masa berkualiti, sambil berkongsi kenangan indah di taman tema itu.

“Mereka boleh menikmati raya yang berbeza dengan aktiviti bertemakan hipster khas, tarikan dan permainan yang menarik, belajar tentang hidupan liar, bertemu dan menyambut watak-watak kegemaran televisyen,” katanya.

Dalam pada itu, Sunway Lagoon menganjurkan Peraduan Spend & Win Raya, yang mana seorang pemenang akan membawa pulang sebuah vespa klasik bernilai RM15,000.

Untuk menyertai peraduan itu pengunjung perlu berbelanja minimum RM100 (bagi tiga resit) di kedai, pelampung sewa, loker dan kedai makanan dan minuman Sunway Lagoon.

Lengkapkan borang dan hantar ke kaunter penyertaan Sunway Lagoon.

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN
[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: