Perkara ini terlintas di fikiran bila melihat ramai juga kawan-kawan yang pergi melancong waktu-waktu off season. Jadi saya terfikir, ohh mungin mereka tidak tahu atau baru nak mula backpack.

Jadi, saya nak kongsikan serba sedikit pengetahuan saya mengenai season backpack yang sesuai di Malaysia. Kalau ada otai-otai diluar sana yang lebih expert, boleh kita bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua.

1. Cuaca di Malaysia adalah beriklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.

2. Suhu cuaca juga adalah sederhana lebih kurang 30 darjah Celcius setiap hari.

3. Walaupun begitu, Malaysia menghadapi dua musim perubahan cuaca yang besar iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya.

4. Monsun Timur Laut dikenali sebagai off season manakala Monsun Barat Daya dikenali sebagai on season.

5. Artikel sebelum ini telah menjelaskan mengenai kedua-dua monsun atau season tersebut. Klik di sini untuk ke artikel tersebut.

6. Namun, masih menjadi trend pelancong domestik untuk bercuti ketika off season.

7. Tidak salah untuk bercuti ketika off season di Malaysia tetapi banyak agenda menarik yang boleh dilakukan sewaktu percutian mungkin tergendala akibat hujan.

8. Faktor keselamatan lebih berat jika beraktiviti ketika off season.

9. Memang benar, majoriti rakyat Malaysia banyak menghabiskan cuti hujung tahun.

10. Menghabiskan cuti hujung tahun sudah menjadi tradisi turun-temurun kepada semua rakyat jelata kerana hujung tahun juga jatuh musim cuti sekolah.

11. Jadi, bilakah masa yang sesuai kalau sekadar ingin bercuti dalam negara?

12. Masa yang terbaik adalah sekitar bulan Mac ke October.

13. Cuba elakkan bulan November dan Disember kerana waktu itu adalah waktu musim hujan yang teruk.

14. Banyak kawasan peranginan di pulau-pulau, kawasan hutan lipur dan kawasan pantai di Semenanjung terpaksa ditutup atas faktor keselamatan para pelancong.

15. Sekiranya anda ingin ke Sabah, masa yang sesuai adalah di pertengahan bulan Mei.

16. Anda boleh berkunjung ke tapak-tapak festival kerana Sabah sedang meraikan Pesta Kaamatan ketika itu.

17. Bagi yang ingin ke Sarawak, bulan Jun adalah yang paling baik kerana Pesta Gawai akan berlangsung di sana.

18. Jadi cuba adjust masa yang terbaik untuk anda keluar bercuti supaya tidak dilanda kemurungan akibat cuaca.

Tinggalkan Komen