Baru-baru ini tular gambar Neelofa yang bercuti di The Muraka, antara pulau mewah di dunia. Bukan Pulau Ketam, Pelabuhan Klang.
Gila kau sebilik ‘akuarium’ dekat situ RM200,000 semalam. Kenapa harga dia macam tu?
Cuba korang senaraikan berapa banyak hotel yang korang boleh tidur dalam laut?
You gais mana yang tak tahu lagi, The Muraka ni terletak di Conrad Maldives Rangali Island dan villa bawah air yang pertama di dunia – 16.4 kaki dari paras laut.
Siapa ada rezeki lebih macam Neelofa ni boleh la pergi bercuti ke sana. Jangan bangun tidur, terkejut terjegil biji mata nampak jerung atas kepala sudah la.
Antara aktiviti yang menarik di sana:
- Catamaran sailing and glass-floored boat trips
- Inflatable, kayak and sea-bob rides
- Jet skiing and water skiing
- Paddle boarding and wakeboarding
- Wind surfing and scooter-snorkeling
- X-Jetpacking and X-Jetblading
Kalau korang minat scuba pun boleh juga layan aktiviti ni:
- Adventure diver certification course
- Bubblemaking diving for kids
- Day and night scuba experiences
- Open water entry-level and advanced certifications
- Photo and video services
- Private trips and guides
Diorang pun ada sediakan khidmat spa atas air (spa atas air macam mana weyh??)
Nah korang usha website dia di sini.
Nak pergi ajak Libur. Libur nak kirim gambar dengan video. hahaha.
Nah korang layan la dulu gambar-gambar Neelofa di sana.
Foto: Instagram Neelofa
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Si Ibu Kongsikan Tip Berguna Untuk Bawa Anak Kecil Bercuti Ke Hanoi, Vietnam
Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk membawa anak-anak bercuti. Jika anda 'duit lebih' tidak salah untuk membawa keluarga bercuti keluar negara. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Sungguh pun begitu, membawa anak kecil untuk bercuti bukan sesuatu yang mudah. Sebagai orang dewasa yang agak cukup akal, segala persiapan untuk mereka perlu dilakukan sebak mungkin agar percutian anda sekeluarga menjadi momen yang cukup menyeronokkan dan indah untuk dikenang.
Jika anda bercadang membawa anak-anak bercuti ke Hanoi, Vietnam ini ada perkongsian itinerari dan tip menarik daripada seorang ibu. Semoga boleh dijadikan panduan bersama.
—
Setiap destinasi ada tarikan tersendiri. Terpulang pada kita macam mana untuk menikmatinya. Hanoi, Vietnam destinasi tak semegah Europe, Oz, Korea, Jepun or Middle East. Tapi Hanoi ada tarikannya tersendiri. Yang cintakan Ancient Town, budaya & nature, Hanoi salah satu destinasi dalam bajet yg boleh buat kita sayang utk tinggalkan. Lina hari berkelana di bumi Hanoi bersama anak-anak yang menjadi tanda tanya pada mereka kejutan apa pulak tahun ni. Motif aku,dedahkan anak-anak menjadi traveller sejati yg tidak cerewet dgn apa yg perlu dilalui nanti.
DAY 1 HANOI – SAPA
AK 516/HAN atd 0620hrs
- Saje aku ambik early morning flight sbb aku nak mulakan pengenalan di bumi Hanoi dari awal pagi. Proses ketibaan lancar tanpa pemeriksaan Custom & imigresen dorg muka ketat..aku ajar anak-anak utk meet & greet org yang kita tak kenal utk berurusan. Tapi still ketat tanpa balasan.
- Dijemput oleh private transfer yang aku book in advance via KLOOK.. sangat-sangat recomended untuk family sbb mereka dah tercongok depan arrival gate dengan Tag nama korang. Disebabkan kami berlima, mereka sediakan MPV.
- Dihantar terus ke GALLIOT CENTRAL HOTEL, Old Quarter aku request utk early c/in nak simpan luggages dlm bilik terus sebab kami akn ke SAPA, Lao Cai menaiki Green Bus sleeper bus jam 1400hrs hari yg sama. Hotel ni aku book utk 4 mlm even x tdo 2 malam pertama krn aku kena tinggalkan bagasi utk ke Sapa. X rugi bagi aku sbb x mahal mana pun dgn bilik yg cantik luas begitu.
- Jalan2 ke Hoan Kiem Lake & Notre Dame Hanoi (walking distance sbb hotel memang aku amik area Hoan Kiem Lake) sementara hotel sediakan bilik Family Suite kami.
- 1200hrs balik ke Hotel & Alhamdulillah bilik dah siap sedia. Mr.Johnny yg bertugas pd siang hari sgt2 friendly & membantu kami (mungkin owner dia kot)
- Naik bilik & repacking keperluan di Sapa utk 2D 1N.
- 1320hrs book grab utk ke opis Green Bus di 21 Thung Han.. Collect tix & tgu bus sampai. 1350hrs di bawa ke bus & INI BETUL2 PENGALAMAN BARU BUAT ANAK2.
- Footwear ditanggalkan, dimasukkan ke dlm plastik & diberi refreshment. Aku book katil depan semua bahagian bawah sbb dorg masih kecil & senang aku nak uruskan anak2. Dah pesan pd anak2 sebelum naik bus, buang air kecil dulu. Sepanjang perjalanan 6 jam, minum sikit2 je air sekadar hilang dahaga. TAPI, x sampai 10mins bus gerak semua dah ZzZzZzZz sebab keletihan x tdo mlm td. Bas akan stop di 2 rnr tp x dek mknn HALAL ye. Kami x turun pon sbb ank2 tdo lagi.
- 2020hrs sampai SAPA Town (suhu 8c) taxi dh sedia menanti. Dr opis Green Bus ke Phuong Nam Hotel dlm Vnd60k je. Dinasihatkan x mkn minum sejam sebelum naik ke Sapa kerana korang akan muntah hijau nnt. Alhamdulillah anak2 aku kuat & dorg dah biasa dgn perjalanan berliku tu.
- Sampai Phuong Nam Hotel (Valley View), owner dah siap panaskan bilik kami dgn heater, water heater & bed heater.. PERKARA YG SANGAT PENTING kalau korang nak book hotel di Sapa ketika winter. Winter di Sapa x sama mcm Cameron Hld. Tahap sejuk di Sapa memang x blh bawa bincang la.. 0000hrs suhu drop lg ke 5c. Sapa memang sentiasa lecak, so x yah la pakai kasut2 fancy tu..kalau nak pakai jugak, pastikan beli cover shoes. Ada di jual di Sapa town.
- Aku amik Family suite with Mountain View. Bilik dia cantik & selesa sgt.. Mlm tu kami dinner dgn Hungreat Meal je. Tdo pon selesa sbb heater pd bed.
DAY 2 SAPA TOWN – FANSIPAN MOUNTAIN
- 0900hrs keluar breakfast yg disediakan hotel. Islam tu mudah. Aku ajar anak2 makan mknn yg berasaskan roti, buah & telur rebus je. Alhamdulillah, anak2 faham. Hanya tu je yg anak2 mkn alas perut utk naik ke Fansipan Peak.
- 1000hrs c/out & left backpack di reception ctr. Jarak hotel kami dgn Sapa Station dlm 300m je sebab hotel kami di fansipan street berdepan dgn Cosiana Hotel jugak. Hotel2 sepanjang jln ni sesuai la utk yg bw family ada anak2 kecil.
- 1030hrs bermula pengembaraan kami menggapai puncak Fansipan Top Of IndoChina. Sebab x nak bazirkan masa, aku beli tix direct entry Monorail, Cable Car dr KLOOK jugak. Hanya scan je masuk. Si kecik 3yo pon kena beli tix ye (tinggi 100cm ke atas)
1. Monorail ke Cable Car Station selama 10mins. Valley view yg osem sgt. Tips, start naik bila kabus2 dh mula hilang di lembah2 depan hotel.
2. Naik Cable Car dlm 30mins. Disajikan dgn view paddy fields, valleys & masuk dlm awan (dah mcm dlm cerita dongeng je)
- 3. 5mins sebelum sampai fansipan peak station, juka cuaca baik In Shaa Allah disajikan dgn AWAN KARPET yg super duper osem, puncak2 gunung di celah2 awan karpet. Memang mcm dlm cerita dongeng je. Anak2 semua terpegun. x sama mcm view awan karpet masa fly 30k feets tu.
- 1115hrs Fansipan Cable Car station. Suhu masa ni -1.. Dinasihatkan pakai winter jacket, winter gloves & mufler. Utk si kecik 3yo tu, aku pakaikan 3 lapis. Sweat Shirt + Sweat Jacket (fleece) + Winter Jacket + Winter Gloves. Anak2 lain, pakaian winter biasa tu.
- Disebabkan bw anak2, kami decide naik tram ke peak je. Walk in tix Vnd267k utk 4paxs. Si kecik foc. blh beli di counter atas (kena menapak naik dlm 50 anak tangga jugak la).. agak mencabar jugak sbb tangga curam & anak2 xtiv.. Tapi aku tahu mereka SERONOK dgn pengalaman baru ni.
- Sampai je peak, suhu -2… Langit membiru tandanya tiada rezeki la Snowing… Tapi disajikan dgn view yg sgt MASHALLAH..ALLAHUAKBAR.. x terungkap rasanya.. Jelas kelihatan anak2 SERONOK dgn trip kali ni.
- Ada tragedi ketika di peak ni, iP aku jatuh ke bawah dr dlm poket ketika nak duduk. Rasa gugur jantung sbb rasa mcm hilang nyawa aku krn semua kerja, perihal sykt & data2 penting dlm tu. Nasib menyebelahi, jatuh di celah2 batu & petugas di peak panjat & turun ambil tanpa satu pun SAFETY GEAR. Subahanallah, Allah mudahkan urusan kami & petugas tu. Aku beri tips pd petugas tu tp dia tolak. Mulia sungguh hati kau dik. bertarung nyawa hny krn sebuah ip buruk aku tu.
- 2 jam di atas, aku decide utk turun sbb perut dah start lapar. Bermula misi mencari HALAL meals.
- 1400hrs menapak ke Cosiana Hotel Sapa. Aku baca betul2 Sijil Halal dr Singapore tu. Ok, aku yakin walau ada baca posting kepala ayam tu beberapa bln lepas. Order la Beef Pho, Chic Pho, Fresh Spring Rolls, Nasi Goreng Kampung.. LICIN sbb kelaparan bdk2 ni. Lepak kat restoran D’Lions ni dlm sejam sbb rehatkan kaki & panaskan badan.
- 1500hrs menapak balik Phuong Nam hotel utk rilex sementara aku google the best transport turun ke Lao Cai.. kos Grab ke Lao Cai dlm RM90/car.. Ntah kete kecik yg accept tu nnt. So, aku decide suh hotel book private transfer ke Lao Cai. Kos RM100/car.. Alhamdulillah yg dtg tu MPV Subaru. Besar & selesa. Driver pon ramah. Yg penting korang kena yakin dgn drebar tu sbb pemandu di Vietnam ni giler cara pemnaduan dorg tapi SELAMAT. Nak2 yg turun bukit menjunam Sapa- Lao Cai.
- 1620hrs Sampai di Ga Lao Cai (Ga tu maksud Train Station). Drebar drop kami di Cafe dpn Ga je. Kami rilex2 mengopi Vietnam di sini sementara tgu ejen collect tix di stesen.
- 1745hrs dia Lao Cai dah nak gelap. 1800hrs tu dh gelap sepenuhnya. 1830hrs collect tixs pd ejen ET PUMPKIN EXPRESS TRAIN yg aku book dr KLOOK juga (MURAH dr website lain). Aku amik private cabin sebab x nak share, aku blh free hair. Utk si kecik 3yo x perlu beli tix & foc selagi dia travel dgn dewasa. Then, lepak dlm Ga..suam2 je dlm tu so anak2 selesa sgt tapi TOILET dia.Tutup hidung, lap dulu dgn hygiene tissue baru lepas hajat ye.
- 2030hrs pintu biarding dibuka. Coach kami dpn pintu boarding je. Cabin kami ke3 which is tengah2 coach la. Alhamdulillah SELESA sgt & anak2 teruja. 1st time travel naik sleeper train. Kat MY x plak merasa dorg ni.Perjalanan dlm 8jam ke Ga Hanoi. Korang yg risau terlepas stesen tu, konduktor akn dtg kejut setengh jam sebelum sampa Ga Hanoi. Mcm aku ni sbb sejuk, 2am dh terbangun. Layan Zul Ariffin smp habis data roaming.
Day 3 Hanoi – Halong Bay
- 0415hrs sampai Ga Hanoi & terus cari grab. Dapat grab tp x sampai2. So aku decide blk hotel naik Taxi hijau tu. Dorang nk mencekik aku Vnd100k, tp aku x bodoh. Aku offer 45k. Dorg offer 50k, aku proceed. Sampai hotel rehat, mandi & breakfast. Anak2 x merungut sbb dorg dh tdo lama ats train.
- 0745hrs Tour guide dtg jemput naik mini bus ke Halong Bay. Kematu gak la nak sampai 3jam tu dgn traffic & keadaan jln raya dorg. Tapi anak2 aku semacam je happy & layan tdo lagi. Pertengahan jln, stop kat rnr industri kraftangan Hanoi. X beli pon sbb harga Yahudi.
- 1130hrs Sampai di Halong Bay, trus di bawa ke Cruise. Aku beli Join In Day Trip dr KLOOK. Amik yg mur2 sudah. Alhamdulillah puas hati & tour guide kami Loan @ Phoenix baik sgt. Bab Makanan ni, kami mkn ikan & sayur acar je. lain2 kami bagi meja sebelah. Air kena byr ye. Ada 1 indian family dr MY & Chinese SG sama boat. Rasa happy gak sbb de serumpun kan. Halong bay cantik sgt, rasa mcm heroin Jane dlm King Kong plak. Kami naik bamboo boat 1 family & bg la tips skit kat makcik pendayung tu. Kami x join hiking gua tu sbb faktor orthopaedic aku. So kami lepak kat deck boat menikmati cuaca cantik yg sejuk tu. 1630hrs selesai tour Halong Bay & balik ke Hanoi. Kembali kematu monggeng aku. Tdo je sepanjang jln.
- Day 4 Old Quarter Hanoi – Dong Xuan – Night Market
- Hari utk kami tdo puas2 & rehatkan bdn. X turun bekpes pon sbb dah tahu ank2 mesti bangun lewat. Beli roti kosong, biskut & susu siap2 k
- at bwh.
- 1030hrs keluar ke Dong Xuan Market naik grab. Usha2 jacket, grab jaket utk si kecik, pant utk ank dara & trouser utk ank jantan. Beli kacang gajus 2kg RM30 (murah giler & penjual pandai ckp melayu sikit) Lokasi pintu masuk Dong Xuan.
- 1130hrs naik grab cari HALAL FOODS di PK SPICE Restaurant. Niat nak ke Cosiana Hotel, tp memandangkan hari Jumaat & shuben nk solat kami ke PK Spice je. Restoran makanan Pakistan (semua tahu Pakistan Islam kan).. x diragui memang 100% HALAL & tak served Alcohol. Tokey restrn baik & hospitality terbaik. Makanan tasty & big portion.
- 1400hrs jln kaki je balik ke hotel dlm cuaca just nice sbb baru lps mkn & top up tdo sebab mlm nnt nak serbu Night Market.
- 1830hrs lps Maghrib keluar. Hari yg dinanti2 oleh aku… Maka bersiap sedialah wahai dompet. Masa ni baru gelap & dorg tgh setup kedai masing2. Sambil tu, kami singgah minum fresh fruit smoothie yg dijual di food truck. In Shaa Allah x diragui. Minum ikut budaya sana duduk di ats bangku kecil open air. Nyaman je. Suhu semakin sejuk, pengunjung semakin ramai. Duit dlm wallet semakin x sabar utk kembali ke pangkuan rakyatnya
- 1930hrs memang meriah sungguh. Tips di sini, bargain dr separuh harga & naikkan sikit2. Lepas puas hati dgn harga yg kita dpt, jgn lupa puji perniagaan mereka. Kalau korang jenis mementingkan BRAND & Authentic, x digalakkan dtg sini.
- 2230hrs selesai memenuhi kehendak anak2. Otw balik ke hotel, singgah Circle K (7E kalau di MY). Cari instant foods yg HALAL sbb ank2 dah jemu mknn Vietnam. Jumpa Intstant Mee product dr Thai ada logo HALAL. Alhamdulillah..tdo dlm kekenyangan anak2 mlm tu.
Day 5 Hanoi City – HAN
- 1100hrs Private transfer ke HAN dtg pick up di hotel. Sekali gedabak transport dihantarnya.. Perjalanan lancar je. Nasib keluar awal sebab jln jem teruk. Murah sgt wrapping bagasi di NIA. Proses c/in pon lancar. airline operator di CIC pon mesra je. Gila jambu & sopan . AVSEC dorang mesra & security check agak strict. Tapi bagus sebenarnya. NIA ni kecik je tp luas & selesa. Ada playland disediakan utk anak2. Tapi x dk HALAL Meals. So, bw makanan siap2 kalau lama lg nak tgu boarding. Totally, percutian di HANOI kali ni sgt2 puas hati & Alhamdulillah anak2 suka sgt..
Checklist Keperluan anak2 10yo, 8yo & 3yo :
– Winter jacket
– Sweat Shirt
– Winter Gloves
– Fleece Socks (tukar setiap hari)
– PCM
– Ubat Batuk / Selsema / VitC
– Termometer Badan
– Nutella
– Mamee
– UV protection Banana Boat SPF50 for family
– Moisturizer Himalaya
– Lip Balm Nivea
– Minyak Yuyi
– Lozenge Swiss
– Etiqa 360 Platinum Family Single Trip
– Hungreat Travel Meals 10packs
Lain2 adalah keperluan normal utk dewasa.
Total hangus :
Flight RM3000 (hot seats, meals, bagasi 30kg)
Hotel +- RM1000
Transports & Tour +- RM1500
Lain2 Expenses +- RM5000
Balance RM2000 bw balik MY.
Sumber: FB Liza Eja Zainal Aviation
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terokai Keunikan Bangunan Senibina Mengagumkan Di Negeri Selangor
Sekiranya anda mencari lokasi yang mempunyai senibina yang unik dan menarik; apa kata anda luangkan masa untuk melihat sendiri keunikan bangunan yang memukau dan mempesonakan di Negeri Selangor bila tiba masa yang sesuai kelak. Kebanyakan bangunan yang dibina adalah diilhamkan daripada warisan dan kepercayaan masyarakat tempatan. Di sini, Tourism Selangor menyenaraikan 6 senibina unik yang terdapat ni Negeri Selangor untuk anda kunjungi di masa hadapan! – #ImagineNowExperienceSoon!
- Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz terletak di Bandar Diraja Klang. Dahulunya dikenali sebagai Bangunan Sultan Suleiman Shah, Galeri ini amat mengagumkan dari segi senibina luarannya, serta dalamannya yang kaya dengan elemen sejarah dan warisan Kesultanan Selangor yang berasal dari tahun 1766.
Galeri ini dibina megah pada tahun 1909 dan mempunyai reka bentuk kolonial yang dibina oleh arkitek Inggeris, Arthur B. Hubback. Galeri ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan dibuka kepada umum pada 1 November 2007. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman sejarah yang berharga di sini!
- Kuil Sri Shakti Devasthanam, Kuala Selangor
Kuil Sri Shakti Devasthanam merupakan satu-satunya kuil di dunia yang memanifestasikan seluruh 51 Shakti. Dalam ruangan tersembunyi di sini, terdapat 96 tiang berukir yang menggambarkan 96 prinsip agama Hindu.
Kuil ini terletak lebih kurang 9.5 kilometer dari Daerah Kuala Selangor, dan dibina sesuai mengikut kitab suci seperti Veda, Agamas dan Sirpa (senibina) Sastras. Senibina ini juga menggabungkan semua struktur Kuil Amman yang sesuai menurut Agama Hindu. Selain itu, pintu utama kuil ini terpahat granit setinggi 18 kaki dengan berat hingga 4 tan, yang mana ianya diukir oleh seorang tukang ukir yang mahir dari Mahabalipuram di Tamil Nadu, India.
- Istana Bandar, Banting
Istana Bandar yang juga dikenali sebagai Istana Alaedin telah dibina pada tahun 1899 yang didirikan berdekatan dengan Masjid Bandar, terletak kira-kira 15 kilometer dari Pekan Banting. Istana Bandar mempunyai struktur dua tingkat yang merangkumi pelbagai bilik termasuk Kolam Mandi Diraja, Balai Rong Seri, Kamar Santap Diraja dan lain-lain lagi.
Hampir keseluruhan struktur istana ini diperbuat daripada batu bata dan motar kapur. Selain itu, tangga dan pintunya adalah diperbuat daripada kayu cengal. Menariknya lagi, istana ini menampilkan senibina Islam dari India dan Timur Tengah yang difokuskan pada elemen ukiran dan teknik pahat. Kalau anda tertanya-tanya tentang keindahan Istana Bandar ini, jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini bersama rakan-rakan dan keluarga anda satu masa nanti!
- Kuil Wat Chetawan, Petaling Jaya
Jom kita lawati Kuil yang akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya! Wat Chetawan merupakan sebuah Kuil Buddha yang terkenal di Negeri Selangor dan terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kuil ini dirasmikan oleh Raja Bhumibol Adulyadej pada tahun 1957.
Struktur senibinanya mempunyai unsur-unsur pengaruh Kerajaan Siam pada era tersebut. Kuil ini siap dibina pada tahun 1962, dihiasi dengan jubin kaca berwarna dan mempunyai atap bertingkat yang dikelilingi chor fahs; melambangkan senibina kuil Buddha yang menakjubkan. Pada saat ini, Wat Chetawan adalah salah satu kuil yang masih berdiri megah dan lengkap dengan struktur yang sangat menarik untuk anda kunjungi!
- Dashbox Hotel, Cyberjaya
Dashbox Hotel yang terletak di Cyberjaya merupakan salah satu lokasi yang harus anda singgahi untuk melihat sendiri keindahan persekitarannya! Dari jauh lagi anda akan dapat lihat struktur arnab berwarna hijau bersaiz gergasi yang menjadi lambang utama hotel ini.
Hotel ini menawarkan pelbagai konsep bilik dengan kebanyakannya ditawarkan dengan pilihan lokasi berhadapan dengan fasiliti kolam renang. Sememangnya adalah menyeronokkan untuk menginap di sini terutamanya keluarga yang mempunyai anak kecil. Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan yang sungguh indah pada waktu malam yang diterangi cahaya lampu yang menyinari kawasan persekitaran yang sungguh damai.
- Movenpick Hotel and Convention Centre, KLIA
Mövenpick Hotel & Convention Centre, KLIA merupakan salah sebuah hotel terkemuka di Malaysia. Hotel dengan struktur senibina yang luar biasa ini dibina khas bagi mencerminkan keunikan budaya Malaysia. Menerap elemen senibina Islam, bahagian luar hotel ini mempunyai corak yang melambangkan seni geometri Islam dan tulisan Kufic, iaitu kaligrafi Islam terawal yang digunakan dalam kitab suci Al-Quran.
Selain itu, terdapat sebuah taman yang mempunyai keluasan 7.2 hektar di sini yang menjanjikan persekitaran yang menghijau dan menenangkan. Pastinya anda tidak akan menyesal apabila memilih untuk menginap di sini!
Menarik, bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menerokai destinasi yang telah disenaraikan di atas. Tidak perlu pergi jauh keluar negara; anda boleh saksikan sendiri keindahan bangunan atau senibina mengagumkan yang terdapat di sekitar Negeri Selangor. Di samping menghargai keunikan senibinanya, kita juga berpeluang untuk mendalami sejarah setiap bangunan tersebut. Rancang perjalanan anda dengan menyelitkan destinasi yang tersenarai di dalam jadual perjalanan anda ke Negeri Selangor selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak! – #ImagineNowExperienceSoon.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada semua rakyat Malaysia; sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka setiap masa, gunakan pembasmi kuman secara kerap dan daftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” ketika memasuki premis pelancongan di Negeri Selangor.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idea Travel 34 Jam Bawa Famili Jalan Jauh. Trip Balik Hari Dari Johor Ke Kelantan Guna Kereta Api
Menggunakan perkhidmatan keretapi untuk travel dari satu tempat ke satu tempat masih relevan hari ini. Ramai pelancong hari ini memilih untuk menaiki kemudahan pengangkutan keretapi untuk ke pelbagai destinasi.
Jangan kata penumpang kanak-kanak sahaja yang seronok dapat menaiki keretapi, orang dewasa pun ada yang begitu teruja berpeluang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan ketika bercuti.
Tetapi cara keluarga kecil ini bercuti menggunakan khidmat kereta api memang sangat unik. Mana tidaknya, mereka hanya memperuntukkan masa hanya seharian sahaja untuk trip dari Johor ke Kelantan. Umum mengetahui, jarak antara negeri di Selatan dan Pantai Timur ini bukannya dekat, namun idea percutian yang dilakukan keluarga ini memang lain daripada lain.
Jom baca perkongsian daripada Hanahumara Harris
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Di sini sy mengambil kesempatan nak berkongsikan pengalaman kecil kami satu family naik KTMB perjalanan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral.
Kami naik ERT Ekspress Rakyat Timuran atau sleeper train dan ambil koc tempat tidur. Perjalan yang mengambil masa pergi balik lebih 34 jam. Gerak dari JB Sentral 7.15 malam sampai Tumpat 12.30 tengah hari dan kami pulang pada hari yang sama jugak pukul 7 malam.
- Sementara tunggu tren pukul 7malam tu kami ambil kereta sewa round area Tumpat.
- Cume nk kongsi naik tren amek koc tempat tidur, memang seronok dan selesa. Lagi-lagi masa musim pandemik Covid ni tak boleh nak jalan luar negara kan, ape kate kita jalan-jalan dalam negara kita sahaja.
- Harga tiket sehala: Tiket Dewasa RM56 & Tiket Kanak kanak RM18
- Tempat menarik yg kami lawati di Kelantan antaranya ialah Pantai Sri Tujuh & Pengkalan Kubor. Di area pantai banyak kedai makan celup tepung. Ingat nak makan masakn kelantan tapi turun train anak dah lapar sangat makan jela kt sini.
- Train ERT ini hanya ade kt laluan Johor ke Kelantan je. Kalau tak nak ke Tumpat boleh ke Wakaf Baru, Gua Musang atau tempat lain kat Kelantan atau pun tempat popular sekarang kat Kelantan, Dabong.
Tak tahu ERT ni sampai bile sebab dengar-dengar tak lame lagi akan ditamatkan dan akan ditukarkan dengan kereta api laju. Ini salah satu percutian kami sekeluarga dalam negara. Mana tahu dapat memberikan inspirasi atau idea pada kawan-kawan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI