•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nak melancong selalunya tidak jadi apabila perkara tersebut dibincang bersama rakan. Kebanyakkan rakan anda akan mula mengatakan ingin turut serta tetapi apabila tarikh sudah dekat mereka mula memberi pelbagai alasan untuk tidak ikut.

Perkara ini sering terjadi setiap tahun dan akhirnya anda tidak kemana pun. Untuk memberi anda sedikit semangat dan inspirasi agar tidak putus asa untuk melancong, seorang budak berusia dua tahun telah mengembara lebih dari 400 kilometer.

Budak comel ini bernama Bodhi Bennet dan beliau telah mula mengembara sejak beliau berusia 5 hari! Pelik tapi bunyi sangat mengangumkan bukan?

Bodhi Bennet bersama ibunya Shannon, 27, dan bapanya Blake, 29, telah mengambil bahagian dalam banyak pendakian dan lebih daripada 300 batu mereka telah mendaki.

Sejak Bodhi lahir, ibunya telah mula memuat naik momennya di laman instagram dan setiap gerak geri beliau mendapat perhatian pengikut laman sosial tersebut. Shannon menjelaskan bahawa sejak beliau mengandungkan Bodhie, kehidupan mereka sebagai pendaki tegar tidak berubah diri mereka sebagai ibu bapa.

“Kami telah mendengar banyak kali bahawa kanak-kanak mengubah hidup anda sepenuhnya dan anda tidak lagi boleh melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan yang anda lakukan apabila anda muda. Tetapi Bodhi etlah memanjat segala-galanya dan meniru apa yang kami lakukan”, jelas Shannon.

Shannon turut menjelaskan bahawa sebagai ibu bapa, beliau bersama suaminya amat menitik beratkan keselamatan Bodhi dan sentiasa memberi penjagaan penuh ketika melakukan pendakian.

Secara keseluruhan, Bodhi telah melawat lebih dari 30 negeri yang berbeza dan lebih 300 kilometer pendakian. Kini Bodhi telah berusia lima tahun dan beliau masih lagi mengikuti aktiviti ibu bapanya.

Sumber: Dailymail.co

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN
[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: