Masih ingat isu chalet usang yang pernah tular sebelum ni? Boleh baca di sini kalau tak ingat …. Chalet Usang

Selepas tular, pihak Tourism Selangor serta merta memohon maaf pada penyewa dan mengambil tindakan drastik. Congkak Park and Resort ditutup untuk proses pemulihan dan naik taraf. Chalet saja tutup, kawasan rekreasi buka seperti biasa.

IKLAN

 

Kenyataan rasmi Tourism Selangor
Tourism Selangor mengambil maklum aduan orang ramai mengenai keadaan chalet di Chongkak Park and Resort, Hulu Langat serta memandang serius akan perkara tersebut. Tidak dinafikan chalet tersebut sememangnya berada dalam keadaan tidak memuaskan. Oleh itu, bagi menangani isu ini, kesemua chalet di Chongkak Park and Resort akan ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan, baikpulih dan proses menaik taraf berkuatkuasa serta-merta selama satu (1) bulan.

IKLAN

Kawasan rekreasi awam yang masih berada dalam keadaan baik dan diselenggara dengan baik dibuka kepada orang ramai serta beroperasi seperti biasa. Pihak Tourism Selangor secara terbuka ingin memohon maaf kepada pihak pelanggan berkenaan dan akan membayar pampasan yang sewajarnya.

Syabas Tourism Selangor.

IKLAN


Ini pula perkongsian dari Laman Facebook Emma Emrys 

PERJUANGAN BERSAMA
Sebuah permulaan yang baik perjumpaan dengan pihak Tourism Selangor pada pagi ini 17 Oktober 2017 jam 10am di pejabat mereka di Shah Alam, Selangor. Sepatutnya minggu lepas dah jumpa tapi kami sibuk ya amat dengan pelbagai urusan. Semuanya selesai dengan baik, seperti yang semua sedia maklum, tindakan kami adalah untuk menyedarkan pihak pengurusan dan membela mereka yang tertipu dan bakal tertipu.

Berdasarkan perbincangan tadi, tempat itu telah ditutup sepenuhnya selama sebulan dan kemungkinan akan dilanjutkan juga. Cuma untuk pergi mandi atau berkhemah masih boleh. Berkenaan pemulangan duit, telah kami terima dan atas arahan YB Elizabeth Wong, kami telah diberikan bukanlah pakej percutian tetapi penginapan di salah sebuah hotel di Selangor. Sebenarnya ok je, sebab bukan itu isunya yang dituntut. Kami terima sebagai tanda permohonan maaf.

Congkak Park and Resort itu ditutup dan akan dirobohkan semuanya untuk dibina semula dengan konsep yang baru. Haaa kan elok untuk semua. Kemungkinan nanti secara kerohanian tempat itu juga akan dipulih dan dipagar agar selamat dari hal gangguan. Selain akan dibina semula secara zahir, keselamatan secara batin (kerohanian) dititik beratkan supaya tiada kejadian kerasukan atau gangguan sesudah balik bercuti disitu. Hutan kan, faham ajelah.

Pengurus yang berjumpa tadi sebenarnya baru aje seminggu masuk kerja di situ. Kesian juga pada dia sebab secara tiba-tiba timbul isu ini. Kita doakan dia berjaya bawa perubahan ok, moga jauh lebih baik dan bergaya dari sebelum ini. Aamiin. Sebelum ini memang ada peruntukan dari kerajaan negeri tapi berperingkat. Kes ini benar membuka mata semua pihak. Banyak yang positif di masa depan. Pertemuan tadi lebih kurang sejam setengah, kami ini tak berkait dengan mana-mana organisasi atau politik pun. Ia tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan semata.

Teruskan hidup, pada yang bantu viralkan hal ini. Tahniah, ia perjuangan bersama dan kita bersaudara. Penggunaan landasan viral ini pada tempatnya. Walau wujud perbezaan pandangan dan pendapat ia boleh diketepikan. Apa yang penting adalah hasil dari tindakan yang dibuat ini menghasilkan kebaikan untuk semua pihak. Kita sokong apabila ada perubahan, penyusunan semula dan penambah baikan sepenuhnya. Kami akan update in sha Allah atas segala perkembangan selepas ini.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI