Mesti ada antara anda yang risau nak tinggalkan pokok lama-lama kan? Paling risau tanaman yang jenis tak tahan lasak atau bermusim. Sehari tak siram pun boleh mati. Jadi, untuk memastikan tanaman anda tetap sihat dan segar menyambut kepulangan anda selepas balik bercuti, Libur kongsikan beberapa tips yang perlu anda lakukan.

1. Untuk tanaman yang memerlukan air yang kerap dan banyak, letakkan di bawah teduhan dan buang semua kuntum bunga serta pucuk atau tunas baru. Kaedah ini secara tidak langsung mengurangkan keperluan air dan menyebabkan tanah lambat kering.

2. Untuk tanaman yang ditanam terus di atas tanah, bukan dalam pasu, belikan jaring hitam putih yang selalu digunakan di tapak pertanian atau net hitam dengan anggaran ketelusan cahaya 50-70 peratus. Buatkan kanopi sementara di bahagian atas menutupi tanaman.

Cuba Tip Ni Kalau Tak Nak Tanaman Mati Sewaktu Bercuti, Setakat Keluar Seminggu Tu Tak Ada Masalah

3. Cantas atau pangkas tanaman seminggu sebelum pergi bercuti. Ini salah satu cara untuk mengurangkan keperluan air pada tanaman.

IKLAN

4. Untuk tanaman di dalam pasu, sediakan miniture green house dengan menggunakan plastik. Anda perlukan sokongan kayu atau buluh bagi menggelakkan permukaan plastik bersentuhan dengan tanaman kerana ia boleh menyebabkan bahagian tanaman yang tersentuh melecur.

5. Alas pasu-pasu anda dengan dulang yang telah diisi batu dan tuangkan air mengikut aras batu tersebut. Lagi banyak air diperlukan, lagi tebal lapisan batu yang perlu anda sediakan. Air yang terdapat di dalam dulang tadi akan tersejat oleh tanaman secara perlahan-lahan.

Cuba Tip Ni Kalau Tak Nak Tanaman Mati Sewaktu Bercuti, Setakat Keluar Seminggu Tu Tak Ada Masalah
Cuba Tip Ni Kalau Tak Nak Tanaman Mati Sewaktu Bercuti, Setakat Keluar Seminggu Tu Tak Ada Masalah

6. Alas bahagian bawah pasu dengan kain atau tuala yang telah dibasahkan. Selain itu, anda boleh gunakan sarung guni untuk kadar kelembapan yang lebih lama.

IKLAN

7. Rendam surat khabar di dalam air dan jadikan ia sebagai sungkapan kepada tanaman. Ia bukan sekadar mengekalkan kadar kelembapan medium tanaman, malah mampu menyerap air dengan lebih banyak.

8. Buat sendiri bekas siraman yang boleh membekalkan air untuk tanaman atau self watering system. terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membuat self watering system sendiri antaranya dengan menggunakan botol air dan tali yang direndam di dalam air.

IKLAN
Cuba Tip Ni Kalau Tak Nak Tanaman Mati Sewaktu Bercuti, Setakat Keluar Seminggu Tu Tak Ada Masalah
Gambar: gardenofedenflowershop.com

9. Dalam lampin pakai buang, terdapat serbuk seperti kristal yang digunakan untuk menyerap air. Bila menyerap air, serbuk kristal tadi akan kembang menjadi seperti jeli. Sekiranya anda rajin, koyakkan beberapa keping lampin pakai buang dan keluarkan serbuk tersebut dari kapas yang digunakan. Kalau malas, gunakan sahaja keseluruhan isi di dalam lampin tersebut. Rendamkan semalaman dan tanam di sekitar tanaman sebelum anda keluar bercuti. Kelembapan yang ditampung oleh kristal itu tadi mampu bertahan lebih dari seminggu.

10. Minta bantuan pada jiran yang sedang mereput di rumah untuk bantu anda siramkan tanaman di rumah anda sekurang-kurangnya sekali sehari terutamanya pada waktu pagi. Selain itu, anda juga boleh mengupah pekerja selenggara landskap untuk membuat kerja kontrak di laman rumah anda itu.

Selamat mencuba!

Cuba Tip Ni Kalau Tak Nak Tanaman Mati Sewaktu Bercuti, Setakat Keluar Seminggu Tu Tak Ada Masalah

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI