Oleh: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS via Sinar Harian
Rakyat Malaysia tidak akan dikenakan cukai pelancongan apabila cukai tersebut dilaksanakan kelak.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan tersebut dibuat oleh kerajaan setelah mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak. “Kerajaan telah memutuskan supaya cukai pelancongan tidak dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang menginap di semua jenis premis penginapan, iaitu dari lima bintang ke tiada bintang.
IKLAN
“Ini menujukan kerajaan peka terhadap kebimbangan rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Ini juga adalah salah usaha kerajaan untuk merancakkan promosi pelancongan domestik,” katanya ketika menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban). Kadar cukai pelancongan adalah RM10 bagi setiap bilik semalam di semua jenis premis penginapan, dengan cukai tersebut hanya dikenakan terhadap pelancong luar negara yang melancong di negara ini. Namun Nazri berkata, premis yang memiliki lima bilik ke bawah tidak perlu mengutip cukai berkenaan.
IKLAN
“Perlaksanaan cukai pelancongan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat. “Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menyediakan draf peraturan cukai pelancongan dan draf ini dalam semakan akhir oleh Jabatan Peguam Negara,” jelasnya.
IKLAN
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mensasarkan kutipan cukai pelancongan sebanyak RM210,956,787 dalam tempoh setahun dengan setiap RM1 cukai yang dikutip akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri untuk tujuan promosi pelancongan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
24 hari lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan seterusnya melaksanakan ibadah berpuasa. Sebulan kemudian sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma.
Ramai yang teragak-agak apakah ‘status’ perayaan tersebut akan datang. Adakah masih ada peluang untuk berhari raya tahun ini seperti tahun-tahun yang sudah? Atau masing-masing beraya sahaja di dalam rumah sendiri.
Ini jawapan untuk anda.
Rakyat perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya ingin kembali kepada kehidupan biasa dan seterusnya membolehkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi disambut.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persoalan sama ada PKP fasa kedua yang akan berakhir 14 April ini disambung untuk fasa seterusnya atau tidak hanya bergantung kepada kepatuhan rakyat dalam tempoh 14 hari mulai hari ini. Ramai yang bertanya:
Apakah PKP yang kedua ini akan diteruskan menjadi PKP ketiga dan keempat.
Adakah bulan puasa nanti PKP akan terus dilaksanakan?
Bolehkan kita berhari raya dan sebagainya?
Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, penentu terletak sepenuhnya terhadap kepatuhan rakyat.
“Saya tahu ramai rakyat yang ingin kembali kepada kehidupan biasa. Tuan puan yang boleh memastikan tiada PKP ketiga, keempat, kita boleh berhari raya seperti biasa (atau tidak) adalah tuan dan puan sendiri. Jika kita terus mematuhi setiap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan, saya percaya perkara tentang ketakutan kita untuk sambungan PKP tersebut akan dapat kita selesaikan,” katanya.
Legoland Malaysia Resort tampil dengan lima mural khas diperbuat daripada 150,000 bongkah lego, ditujukan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.
Mural berukuran sebesar saiz sebenar itu yang memaparkan wajah para doktor, polis, tentera, pengamal media, pekerja pembersihan dan penghantar barangan termasuk makanan itu, dihasilkan oleh kakitangan Legoland Malaysia dengan bantuan komuniti Malaysian Lego Buildiing. Proses penghasilan mural ini mengambil masa selama sembilan hari.
Perasmian program itu disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Seiring dengan penghargaan itu, Legoland Malaysia Resort juga menyerahkan 3,000 tiket akses ke taman tema itu kepada lima jabatan kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kesihatan negeri serta kerajaan Johor. Legoland Malaysia juga memberikan mereka promosi potongan penginapan sebanyak 50 peratus untuk tiket masuk ke taman tema atau menginap di Hotel Legoland.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam ucapan pada majlis itu berkata, pembukaan semula 13 subsektor pelancongan negara pada ketika ini adalah hasil kecekalan petugas barisan hadapan negara dan kerjasama rakyat dalam menangani COVID-19.
"Bertitik tolak daripada itu, saya yakin dengan penekanan kepada sektor pelancongan domestik yang mengorak langkah sejak dua bulan lepas, dapat dirancakkan dengan lebih agresif oleh semua pihak, lebih-lebih lagi pengusaha dan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan di negara ini," katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pawagam di Terengganu merupakan satu-satunya lokasi menonton wayang pertama di Malaysia yang melaksanakan zon pengasingan mengikut jantina.
Bermula 4 Julai 2020 lalu, Lotus Five Star Cinemas Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga Square mula mengasingkan tempat duduk bagi pelanggan lelaki, wanita bukan mahram dan keluarga. Menurut pengurusan Lotus Five Star Cinemas, pihaknya menerima arahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan untuk memperkenal dan melaksanakan peraturan itu kepada semua pelanggan.Ia bertujuan bagi memastikan segala aktiviti yang dijalankan di negeri tersebut mengikut syariat Islam, sebagai agama rasmi negara.
Lotus Five Star Cinemas juga bertanggungjawab melakukan pemantauan di dalam panggung wayang sekiranya berlaku situasi mencurigakan. Bagi panggung wayang yang kecil, mereka yang berkeluarga boleh memilih untuk duduk di mana-mana tempat duduk yang disediakan manakala bagi dewan luas, telah bahagikan tempat duduk bahagian tengah panggung wayang untuk pasangan berkeluarga. Namun, pengunjung lelaki atau wanita boleh juga ditempatkan di tempat duduk bahagian tengah sekiranya keadaan memerlukan asalkan batas antara satu sama lain terjaga.
Penambahbaikan sedia dilakukan pihaknya bagi membolehkan ia dipatuhi dan memberi keselesaan kepada semua pelanggan. Ini adalah peraturan baharu dan mungkin hanya Lotus Five Star Cinemas Kuala Terengganu sahaja yang melaksanakan peraturan ini di Malaysia setakat ini.