Libur kini berada di dalam aplikasi   
Libur kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Cuti-Cuti Malaysia Naik ETS dan KTMB. Diskaun Tambang Murah 50% Sehingga 31...

Cuti-Cuti Malaysia Naik ETS dan KTMB. Diskaun Tambang Murah 50% Sehingga 31 Disember.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang murah sebanyak 50 peratus dan 25 peratus untuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bermula 1 November hingga 31 Disember ini.

Cuti-Cuti Malaysia Naik ETS dan KTMB. Diskaun Tambang Murah 50% Sehingga 31 Disember.
Foto: KTMB

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata bagi promosi diskaun tambang murah, 50 peratus diberikan kepada laluan Kuala Lumpur Sentral-Gemas-KL Sentral dan Sungai Petani-Padang Besar-Sungai Petani bagi perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis.

“Bagi promosi diskaun tambah murah 25 peratus, promosi adalah untuk ke mana-mana destinasi laluan tren ETS yang sedia ada bagi perjalanan pada hari Selasa dan Rabu.

“Pembelian tiket boleh dibuat di kaunter-kaunter KTMB sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

IKLAN

Mohd Rani berkata promosi hebat itu sebagai tanda penghargaan kepada penumpang setia ETS di samping menggalakkan lebih ramai penumpang merasai pengalaman menaiki tren KTMB.

Beliau berkata, pihaknya akan melanjutkan promosi kadar tambang murah itu sehingga ke tarikh tertentu jika sambutan terhadap promosi ini menggalakkan.

IKLAN

“Pada tahun 2019, melalui inisiatif menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh pihak kerajaan, perancangan menaiktaraf perkhidmatan ETS dengan konsep lebih menarik akan diperkenalkan dan dilaksanakan,” katanya.

IKLAN

Katanya perkhidmatan yang diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 mempunyai 16 perkhidmatan sehari bagi laluan perjalanan antara Kuala Lumpur – Ipoh dengan purata jumlah penumpang adalah seramai 1,500 orang sehari.

“Kini, ETS telah berkembang dengan memberi lebih banyak pilihan laluan perjalanan di antara Sektor Selatan dan Sektor Utara, iaitu 36 perkhidmatan sehari dengan purata jumlah penumpang 12,000 orang sehari,” katanya. – Bernama

http://stg.libur.com.my/madu-kelulut-baling-kedah/

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI