Sejumlah 40 pelancong termasuk warganegara Malaysia yang sedang menikmati keindahan lokasi Air Terjun Tiu Kelep, Desa Senaru, Lombok Utara pada petang semalam (Ahad) berdepan situasi cemas apabila gempa bumi yang melanda wilayah tersebut menyebabkan kesan tanah runtuh.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat dan Protokol Lombok Utara, Deddy Mujaddid Muhas, memberitahu kepada media, terdapat dua orang terkorban akibat insiden tanah runtuh berkenaan. Terdapat kurang lebih 40 orang pelancong terkena kesan tanah runtuh di sekitar lokasi kejadian, kebanyakannya pelancong dari Malaysia dan juga tempatan. Difahamkan, terdapat 22 pelancong rakyat Malaysia berada di lokasi alam semula jadi itu sewaktu kejadian berlaku.

Dua Rakyat Malaysia Terbunuh Dalam Gempa Lombok Di Air Terjun Tiu Kelep

Lima orang sudah dipindahkan, dua orang meninggal dunia manakala yang selebihnya mengalami kecederaan, selain seorang kini dirawat di pusat kesihatan masyarakat Bayan. Gempa berukuran 5.8 magnitud itu menggegarkan Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar jam 3.07 petang waktu tempatan, disusuli gegaran kedua sekuat 5.2 magnitud.

IKLAN

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan mengesahkan dua warganegara Malaysia terkorban dalam tragedi itu. Salah seorang lagi merupakan Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif sebuah akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily Datin Tai Siew Kim. Seorang lagi rakyat tempatan yang disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Kelep Senaru, Lombok, dikenal pasti sebagai Lim Sai Wah.

Dua Rakyat Malaysia Terbunuh Dalam Gempa Lombok Di Air Terjun Tiu Kelep

IKLAN

Sementara itu, Pegawai Kedutaan dijangka tiba di Lombok pagi ini untuk menghulurkan bantuan konsular kepada warganegara Malaysia yang terlibat dalam tragedi tersebut.

IKLAN

Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia atau ingin merancang perjalanan ke negara itu untuk mendaftar dengan pihak kedutaan melalui pautan ini, https://goo.gl/ixYVfy .Warganegara Malaysia lain yang berada di Lombok atau kawasan sekitar yang terkesan susulan gempa bumi ini boleh menghubungi Pegawai Bertugas Kedutaan Besar Malaysia di talian +62 813 80813036‬.

Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan untuk sentiasa tenang dan mematuhi arahan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sumber: Astro Awani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI