Akibat dikatakan berpakaian terlalu seksi, seorang wanita dihalau oleh kru kabin pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain kerana melanggar etika berpakaian. Akibat kejadian itu, penerbangan tertangguh hampir 20 minit. Thomas Cook sememangnya menerapkan peraturan penumpang perlu berpakaian sopan.

Emily O’Connor berusia 21 tahun menaiki pesawat Thomas Cook untuk penerbangan dari Birmingham ke Tenerife itu sebelum diarah turun oleh kru kabin kerana pakaiannya yang terlalu seksi. Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan memakai seluar panjang jingga namun pakaian bahagian atas seperti bra berwarna hitam.

Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi

Melalui Twitter, wanita itu berkata: “Mereka menyatakan akan mengeluarkan saya dari penerbangan jika tidak menutup bahagian tubuh yang terdedah kerana tidak sopan.”

Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi

IKLAN

Menurutnya, dia malu ketika kejadian itu kerana menjadi perhatian penumpang lain. Namun, Emily sempat bertanya kepada penumpang sama ada pakaiannya itu menyinggung sesiapa namun tiada yang menjawab.

Kru kabin berkeras meminta Emily turun, malah mereka mengambil bagasinya. Ketika itu barulah sepupunya datang dan memberi jaket kepadanya dan menurut Emily, kru kabin tidak berganjak sehinggalah dia memakai jaket berkenaan.

Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi

IKLAN

Jurucakap Thomas Cook yang dihubungi memohon maaf dan mengakui kes itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik. Walau bagaimanapun secara umum, kru kabin Thomas Cook perlu memastikan semua penumpang berpakaian sesuai dan sopan tanpa mengira jantina dan umur.

Berita mengenai etika berpakaian ini menjadi tular, rata-rata netizen mempunyai pendapat masing-masing. Ada yang bersimpati dengan peristiwa buruk yang berlaku kepada wanita tersebut tidak kurang juga yang menyelarnya.

IKLAN

Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi

Beberapa program televisyen juga berdebat mengenai isu tersebut, Emily turut dijemput menjadi tetamu rancangan dan dia hadir dengan pakaian yang sama. Ada panel yang memberi pendapat bahawa pakaian yang dipakai Emily sememangnya menjolok mata. “Ini bukannya top, ini sememangya bra (pakaian dalam).”

Etika Pakaian Menaiki Pesawat Diperdebat Selepas Seorang Penumpang Dihalau Kerana Berpakaian Seksi

Sumber: Dailymail

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI