• 9.4K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    9.4K
    Shares

 

Facebook Vince Abdul Salam Focarelli 

Artikel bertujuan memanjangkan bacaan kepada orang ramai; betapa hidayah itu milik Allah.

“Life is beautiful.Islam Is pure, Islam is real,” – Vince Abdul Salam Focarelli

Image may contain: 2 people, indoor

Luang masa bersama Mufti Wilayah Persekutuan

 

Video ceramah Vince Abdul Salam Focarelli

Journey To Islam by Vince Focarelli. 8.30pm – 10.30 pm v2

Posted by Interactive Dakwah Training on 10hb September 2017

 

Vince Focarelli
Dilahirkan di Itali, kemudian berpindah ke Adelaide, Australia ketika enam tahun dan menetap selama 36 tahun disana.

Vince menjadi ketua gengster (kumpulan motorsikal) Comancheros. Kemudian keluar dan membentuk kumpulan baru New Boyz dan membawa masuk anaknya Giovanni ke dalam kumpulannya.

Image result for vince focarelli
Imej lama Vince

Vince asalnya Katholik Kristian. Dalam kalangan ahli kumpulannya, ada berbangsa Arab dan bercerita tentang Nabi Isa mengikut kaca mata Islam. Vince, yang berpegang kuat kepada Jesus (Nabi Isa) berasa percanggahan dan mula mengakui kebenaran Islam. Vince memeluk Islam. Namun Islam hanya pada nama. Vince masih dengan aktiviti dunia kumpulan gengster.

Pergaduhan antara kumpulan gengster meyaksikan enam cubaan bunuh Vince, satu daripadanya menggunakan bom. 

Puncak keperitan hidup
Cubaan bunuh kali ini; Vince ditembak empat kali.

-Dua tembakan ke rusuk kiri tembus ke bahu belakang kiri. Rusuk patah.
-Satu tembakan mengenai kepala kiri, antara mata dan telinga, peluru tertanam di tengkorak
-satu tembakan mengenai leher belakang kiri

Related image
Cubaan bunuh Vince dahulu

Anak lelaki Vince; Giovanni terkena tembakan di jantung. Vince memandu lari dari kawasan tembakan sambil lakukan CPR, namun anaknya meninggal dunia.

Ketika itu, Vince mengucap kalimah “La Ilaha Illallah”. Vince muntah darah lalu menyedari ditembak serta mengucapkan “La Ilaha Illallah” berulang kali kerana merasakan kematian makin hampir. Namun nyawa Vince panjang.

Vince dimasukkan ke wad. Empat hari menahan kesakitan rusuk patah, tidak boleh melepaskan geram, menangis, atau sedikit pergerakan membawa keaskitan yang amat. “Aku rela ditembak dari menahan kesakitan patah rusuk,” ujar Vince.

Hari kelima Vince gagah bangun. Cuba menyelinap keluar hospital, Vince ditahan polis atas tuduhan miliki dadah, walaupun bukan miliknya. Vince disumbat ke penjara.

 

Fahami Islam dalam penjara
Waktu paling sukar dalam hidup. Keresahan, ketakutan, rasa bersalah, dendam semuanya menghantui diri. Ketika ini Vince mula membaca Al-quran dan memahami Islam serta mengenal Allah.

 

Permulaan baru
Selepas dibebaskan, Vince sudah berubah sepenuhnya. Mula ke masjid dan mengikuti ajaran Islam, Vince dan isteri membuka restoran halal. Dengan nama Islam Vince Abdul Salam Focarelli, Vince kini  kini mendapat kehidupan yang tenang setelah kembali mengamalkan Islam dalam setiap aspek kehidupan dan meninggalkan terus dunia gengster. 

Image may contain: 10 people, people smiling, people sitting

Vince santai bersama kenalan di Malaysia

Segalanya lancar beberapa ketika namun ada yang kurang senang setelah Vince mengamalkan Islam sepenuhnya.

Vince dijatuh hukuman deportasi (dihalau); menjadikan dirinya tidak lagi boleh tinggal di Australia. Vince telah kembali ke negara asalnya iaitu Itali. Selepas beberapa ketika, takdir Vince kini di Malaysia

Image may contain: one or more people

Vince berkongsi pengalaman

Vince di Malaysia sejak awal tahun ini dijemput ke pelbagai majlis ilmu bercerita pengalaman beliau memilih Islam dan mengenal Allah.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: