Jika di Thailand terkenal dengan festival tahunannya, Songkran, Korea Selatan juga tidak ketingggaln dengan festivalnya yang popular iaitu Festival Lumpur Boryeong. Kedengarannya  kotor dengan lumpur bergelumang di tubuh  namun ternyata begitu menarik perhatian pelancong serata dunia.

Festival yang dimulai sejak 1998 ini kembali berlangsung kembali dan mampu menarik jumlah pelancong antarabangsa paling ramai untuk berkunjung ke Korea Selatan. Tahun ini festival ini memasuki tahun ke-20, dan berlangsung dengan meriah dari 21 hingga 30 Julai 2017 di persekitaran pantai Daecheon, Chungnam. Festival ini dinobatkan sebagai festival paling popular di kalangan pelancong asing.

Bermula sebagai festival tempatan akhirnya menjadi festival global. Festival Lumpur Boryeong berkali-kali menjadi juara festival terbaik di Korea Selatan dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Sejak tahun 2015, festival ini akhirnya menjadi festival global. Ribuan orang dari warga tempatan juga pelancong asing turun ke Pantai Daecheon di Boryeong, Korea Selatan untuk merayakan festival ini.

Manfaat lumpur

Keadaan geografi wilayah Boryeong yang merupakan daerah pantai yang menarik dilimpahi lumpur halus. Penduduk tempatan percaya bahawa lumpur dari Boryeong memiliki kesan positif pada kulit kerana kandungan mineralnya.

IKLAN

Awal diadakan festival ini ialah pada 1996 ketika pelbagai produk kosmetik dibuat menggunakan lumpur dari Boryeong. Kosmetik tersebut kaya dengan mineral, bentonit dan geranium. Bagi mempromosikan produk kosmetik itu, mulai 1998 dikenali festival Boryeong.

Pantai dengan pasir putih yang memanjang lebih dari dua kilometer itu  sesak dipenuhi masyarakat tempatan dan pelancong asing, sama ada sekadar berjemur mahupun bermain air dan pasir. Maka tidak perlu bimbang akan kotor atau jijik apabila lumpur melumuri tubuh kerana kandungan di dalamnya mampu mencantikkan kulit.

IKLAN

Mandi Lumpur Jadi Tradisi Budaya

Bagi merasakan pengalaman dan manfaat-manfaat lumpur Boryeong, para pengunjung mengambil kesempatan untuk membenamkan diri dalam lumpur dalam suasana hebat di festival ini. Tidak ketinggalan mereka turut merasai kehebatan meluncur dengan papan di lumpur malah berenang dalam kolam lumpur.

IKLAN

Banyak sekali kegiatan yang diadakan di festival itu. Antaranya bermain lumpur di penjara, body painting dengan beraneka warna lumpur, serta yang paling hebat dan ditunggu kebanyakan orang ialah gusti di lumpur. Inilah momen terbaik untuk lensa kamera merakamkan detik dan aksi pengunjung yang pelbagai yang hanya terjadi sekali dalam setahun. Pesta main lumpur ini semakin mengasyikkan.

Pengunjung leka dalam kegilaan main lumpur, saling melempar lumpur dan melumuri sekujur tubuh dengan lumpur yang ada. Bagi mereka yang rasa bertenaga boleh mencuba program latihan lupur marin, sementara mereka yang sekadar mahu bersantai boleh bermain di zon urutan berlumpur.

Pada sebelah petang, muzik dan bunga api menghiasi aktiviti dan parti yang diadakan di kawasan pantai. Konsert K-Pop memeriahkan pembukaan Festival Lumpur Boryeong kali ini. Acara tersebut juga  ditayangkan oleh stesyen televisyen tempatan. Walaupun keletihan bermain lumpur di siang hari, namun acara muzik di sebelah malam melengkapi festival kali ini. Ternyata festival ini memberi kepuasan buat pengunjung.

INFO: Untuk berkunjung ke Boryeong dari Seoul, pengunjung boleh menaiki bas, teksi dan kereta dalam tempoh waktu sekitar satu jam pemanduan.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI