•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    100
    Shares

Flores mungkin nama tempat yang masih lagi asing dalam kalangan pengembara di Malaysia. Tetapi ia sebenarnya nama yang cukup terkenal bagi traveller yang kebanyakannya datang dari Eropah. Ini kerana kebanyakan kapal-kapal persiaran besar dan mewah dari seluruh dunia yang berlabuh di Pelabuhan Labuan Bajo datangnya dari benua Eropah dan Australia akan menuju ke Flores. 

Gili Lawa….Ni baru satu gambar cantik. Skrol sampai bawah tengok gambar lain. Cantik gile!

 

Ada apa dengan Flores?
Nama Flores, diambil dari bahasa Portugis yang bererti “bunga”. Flores terkenal dengan gugusan pulau-pulau yang indah dan salah satu keistimewaannya adalah terdapat Pulau Komodo! Kepulauan Flores ini berada di dalam daerah Nusa Tenggara Timur, Indonesia. 

Aku bersama empat orang rakan memulakan pengembaraan kami untuk ke Flores dari Kuala Lumpur menuju ke Lombok dengan menaiki pesawat Air Asia. Dari Lombok, kami menaiki Feri dari Pelabuhan Lembar menuju ke Pelabuhan Padang Bai, Bali dengan tiket yang berharga RP40,000.

Perjalanan menaiki Feri mengambil masa selama 5 jam. Kemudian, kami menaiki pesawat Nam Air dari Ngurah Rai International airport, Bali menuju ke Komodo Airport, di Labuan Bajo.

Labuan Bajo adalah sebuah kampung nelayan yang digelar sebagai Permata di Kepulauan Sunda Kecil. Di sini adalah pintu masuk untuk ke Flores, Pulau Komodo, Pulau Padar, Rinca dan pulau-pulau lain di sekitarnya. Para penjelajah dari Portugis jatuh cinta pada Labuan Bajo yang mereka sebut sebagai Tanjung Bunga sejak lebih dari tiga abad lalu.

Dari Pelabuhan Labuan Bajo ni, kami akan memulakan pengembaraan menjelajah ke kepulauan yang terdapat di Flores dengan menaiki bot. Kami telah mengambil pakej belayar selama 3 hari 2 malam dengan harga RP1,650,000.00 seorang. Boleh ke Instagram ‘Padar Trip’ untuk melihat pakej sailing yang ditawarkan. Pakej kami adalah termasuk kos transfer dari Komodo airport ke hotel di Labuan Bajo, sewa peralatan snorkeling, tiket masuk ke Taman Nasional, air mineral, makan 3 kali sehari, homestay di Pulau Komodo dan juga guide tempatan yang sporting lagi peramah yang bernama Mas Bidong!

Jika ikutkan pakej sailing yang asalnya kami akan tidur di dalam bot. Tapi disebabkan masa kami pergi haritu, musim ombak agak kuat, jadi kami bermalam di Pulau Komodo selama 2 malam. Sebenarnya tidur di homestay lebih selesa kerana dapat tidur di atas tilam yang empuk dan dapat mandi air bersih berbanding tidur dalam bot yang bergoyang-goyang bila dihempas ombak dan perlu mandi air laut! Tapi jika dapat tidur dan bermalam di dalam bot juga merupakan satu pengalaman yang menarik! Cuma jangan lupa untuk sediakan ubat tahan muntah bagi mereka yang mabuk laut!

Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur menyimpan sejuta pesona yang menarik untuk dijelajahi. Di gugusan Kepulauan Komodo sendiri terdapat puluhan pulau-pulau kecil dengan keindahan alam yang luar biasa! Salah satunya adalah Pulau Kanawa.

Untuk ke destinasi pertama kami iaitu Pulau Kenawa, ia mengambil masa sejam perjalanan dari Labuan Bajo. Pulau ni sangat indah, dengan pasir putih, lautan yang biru, tanpa pencemaran serta terumbu karang yang sangat cantik.

Adoi cantiknye air laut Pulau Kenawa. Rasa nak terjun je ni dari ofis

View puncakl Pulau Kenawa. Belum tengok lagi dari tempat lain. Baca lagi!

Posing jap di pantai Kenawa

 

Beberapa aktiviti juga boleh dilakukan di pulau ni seperti snorkeling, diving dan trekking bukit. Trekking bukit mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Puncak bukit ni memang spot terbaik untuk melihat sekeliling pulau kanawa dengan lautnya yang biru.

Kemudian, kami ke Manta point iaitu lautan dengan kedalaman sekitar 10 meter dengan arus yang sangat tenang. Di sini terdapat ikan pari yang sangat besar yang dikenali sebagai Manta. Kami berasa sangat teruja apabila Manta berenang di sekitar bot kami dan kami semua terjun ke dalam laut untuk melihat Manta dengan lebih dekat! Tetapi akhirnya kami tewas dengan aksi kejar mengejar bersama Manta! Manta berenang dengan sangat laju sampai kami tak terkejar dah! 

Manta Point. Air jernih 

 

Pelayaran bot kemudian diteruskan membelah lautan ke sebuah pulau kecil yang bernama Taka Makassar. Airnya sangat jernih, cetek dan tenang! Rasa seperti berenang di dalam swimming pool tetapi disajikan dengan pemandangan indah bukit bukau di pulau-pulau disekitarnya! Memang best!

Jernih betul air Taka Makassar 

 

 

Aktiviti seterusnya, kami akan trekking ke Gili Laba. Gili Lawa Darat ataupun dipanggil Gili Laba adalah hotspot ‘must hike’ dengan pemandangan yang sangat indah dari puncak pulau ini!

Permulaan naik ke puncak Gili Lawa

 

 

Kami perlu mendaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Trek dia curam, berbatu, mencanak dan boleh tahan penat! Aku banyak kali juga berhenti sambil tangkap gambar! Semua sisi Gili Lawa bagaikan studio foto dengan background yang sempurna! Jangan lupa untuk bawa air mineral dan juga headlamp. Kami nak tengok sunset dekat atas puncak ni!Trekking Gili Lawa…gile lawa!

Sunset di Gili Lawa

 

Kalau anda datang sekitar bulan Ogos dan September, masa tu rumput tengah mengering dan berwarna coklat kekuningan. Masa aku datang ni pada bulan Mei, memang rumput tengah segar kehijauan! Rasa macam nak berguling-guling atas rumput hijau yang macam carpet! Hahaha

Gili Lawa. Rumput bukit belakang tu macam rumput padang golf

 

 

Tempat terbaik untuk layan view cantik adalah di puncak pertama. Pemandangan pantai dengan jalur trekking Gili Laba dimana anda dapat melihat kapal-kapal berlabuh di persisiran pantai dengan pasir putih dan coral yang terlihat jelas dari ketinggian, stunning!Wajib selfie di Gili Lawa…dua warna saje, hijau & biru…ohsem lah aih 

Speechless bila dapat view macamni di puncak Gili Lawa. Cantik tenang je.

 

Hari kedua pelayaran, kami ke Pulau Padar. Kami bergerak dari Kampung Komodo seawal jam 6 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam sambil menikmati pemandangan indah matahari terbit dari atas bot dan menghirup secangkir kopi Flores! Keren banget seh!

Sunrise dari atas bot

 

 

Pulau Padar adalah pulau ketiga terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, setelah Pulau Komodo dan Pulau Rinca. Pulau Padar juga diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pulau padar hanya di ditumbuhi rumput tanpa adanya pepohonan yang besar. Jadi untuk ke pulau Padar sebaiknya pada awal pagi atau lewat petang agar terik matahari tidak terasa membakar kulit.

Tengok air hijau dan bukit cantik. Pulau Padar ni macam era Jurassic je

 

Ada yang menyebut pemadangan dari atas Pulau Padar mirip seperti Danau Kelimutu dengan danau tiga warnanya. Tetapi Pulau Padar mempunyai pemandangan dengan 3 pantai yang berbeza. Yang pertama iaitu pantai yang menjadi lokasi bersandar kapal-kapal dan tempat memulakan pendakian, kedua pantai berwarna hitam di sebelah barat dan terakhir berwarna sedikit kemerahan iaitu Pantai Pink.

Siapapun yang berkunjung ke Pulau Padar, hatinya pasti bergetar ketika melihat keindahan alam di Nusa Tenggara Timur ini! Sungguh asyik!

Perjalanan kami diteruskan pula ke Pantai Pink Pulau Padar. Di Labuan Bajo terdapat beberapa buah pantai pink, mungkin kerana banyak coral berwarna merah yang tersebar di kepulauan komodo. Air lautnya sangat jernih dengan 3 lapis warna biru! Memang sangat cantik!

Pantai Pink memang ada 3 lapis biru, dari pantai jernih, tengah turqoise, selepas itu biru gelap. 

Ni tabik ke tahan panas di Pantai Pink? Macamni punye cantik pantai, panas pun tak kisah!

Lawa nye air Pantai Pink

 

Kemudian, kami ke Pulau Kalong iaitu sebuah pulau yang didalamnya terdapat populasi kelawar dalam jumlah yang besar. Waktu terbaik mengunjungi pulau ni adalah saat matahari mulai terbenam. Pada waktu ini, Kelawar akan keluar dari sarangnya untuk mencari makan dan bertebaran di langit.

Image result for Pulau Kalong

Foto: indoamaterasu

 

 

Selepas makan malam di homestay, kami berjalan-jalan di sekitar kampung Komodo. Singgah di rumah dan melawat keluarga kecil Mas Bidong. Jika datang ke Indonesia, bila sebut sahaja kami dari Malaysia, mereka mesti akan teringat pada Upin Ipin! Memang famous betul kartun Upin Ipin disini! Masa di rumah mas Bidong pun, anak-anak dia tengah tengok kartun ni. Masih menggunakan bahasa Malaysia Kartun ni, cuma dengan subtitle Indonesia. Rasa bangga pula karya anak Malaysia begitu terkenal di negara luar! Salute!

Betul betul betul!

Hari terakhir di Flores, kami akan ke Loh Liang iaitu ia merupakan pintu masuk dan daerah wisata utama di Pulau Komodo ni. Pulau Komodo atau Loh Liang adalah pulau terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. 

Ada beberapa perkara yang harus dipatuhi sepanjang trekking di Pulau Komodo ni, iaitu perlu berada dekat dengan group, dilarang memberi makan kepada komodo dan dilarang bersuara dengan keras apabila tidak perlu. Renjer juga memberitahu yang dia tidak menjamin kami akan bertemu dengan komodo. Mereka hidup bebas di Pulau ini, dan jika dapat jumpa Komodo tu kira beruntung la.

Biawak komodo. Berani betul diorang ni. Ni kira beruntung jumpa komodo

Macam real je petting Komodo tu hehe

 

“Komodo Dragon” adalah haiwan purba dengan nama latinnya “Varanus komodoensis”. Ia adalah sejenis biawak dan bukannya naga yang boleh terbang ataupun lidah yang boleh mengeluarkan api. Itu hanyalah lagenda semasa ia mula-mula dijumpai oleh orang Belanda pada tahun 1911 yang pertama kali sampai ke Pulau yang tidak berpenghuni ini.

Besor la hai Komodo

 

 

Ia hidup di air masin dan gigitannya yang merbahaya boleh mengundang maut dalam masa 24 jam. Biawak Komodo ni membunuh mangsa dengan menggigit dan menyebarkan racun yang ada pada air liurnya. Lalu setelah mangsanya dijangkiti kuman dan mati barulah Komodo tersebut akan makan hasil buruannya.

Boleh bergurau dia dengan Komodo…menangis jap tengok

Pemburu Komodo. Tanduk apa ni?

 

Masyarakat setempat memanggilnya dengan nama “Orah”, namun di Indonesia dan dunia seantero, haiwan purba ini lebih dikenal dengan nama “Komodo” atau “Komodo The Dragon”. Tahukah anda bahawa Komodo adalah spesies reptilia kuno yang nenek moyangnya telah ditemui sekitar 100 juta tahun yang lalu? Memang spesies Dinosour ni!

Perasaan kami semasa trekking di Pulau Komodo ni seolah-olah seperti masuk ke dalam Jurassic Park! Kadang-kadang rasa seram sejuk dan berdebar masa trekking, takut jika tiba-tiba Komodo muncul dari arah tepi atau belakang kami! Memang mencicit lari tak cukup tanah nanti! hahaa

Tetapi jangan risau, sepanjang trekking di pulau ini, renjer Taman Negara Komodo yang menemani kami membawa sebatang kayu yang bercabang di hujungnya. Menurut renjer, biawak komodo pantang dan lemah jika terkena kayu tersebut.

Perlu lebih berhati-hati dengan komodo betina kerana mereka adalah yang paling tangkas berlari. Badannya cenderung lebih kecil dibanding dengan jantan sehingga lebih ringan dan cepat untuk berlari memburu mangsa.

Memang best trekking di hutan tropika di Pulau Komodo ni! Pengalaman yang tak dapat dilupakan berjumpa dengan haiwan purba iaitu biawak Komodo di habitat asalnya dan mempunyai saiz yang lebih besar dari manusia! Di sini adalah satu-satunya tempat di dalam dunia iaitu pulau terpencil yang dihuni oleh ribuan biawak Komodo!

Destinasi terakhir kami dalam misi menjelajah Kepulauan Flores adalah di Pulau Kelor. Pelayaran mengambil masa selama tiga jam lebih. Masing-masing tidur terbongkang dalam bot macam tongkang pecah dah! hahaa.. Semua dah mabuk laut disebabkan ombak kuat menghempas bot sehingga bergoyang! Akhirnya setelah membelah badai lautan samudera, kami tiba juga di Pulau Kelor.

Buat ape tu? Pulau Kelor rasa nak terjun dari bukit.

Pemandangan dari puncak Pulau Kelor. Memang era Jurassic lah bukit² sini.

 

Pulau Kelor di Flores ini memiliki bibir pantai yang cukup landai dengan pasir putih dan bukit menjulang di tengah pulau yang menggoda untuk didaki. Sebelum menjejakkan kaki di pulau kecil ini, anda akan terpana dengan kejernihan air lautnya hingga anda dapat menikmati pemandangan dasar laut dari atas kapal. Di Pulau Kelor ni, anda perlu trekking untuk ke puncak untuk menikmati pemandangan yang memukau!

Oh Flores yang dirindukan! Ternyata pengembaraan kami di kepulauan Flores sangat menarik dan istimewa kerana ia menawarkan lukisan alam yang sangat indah dengan pasir putih dan pink berpadu dengan air biru jernih. Bertemu dengan Komodo Dragon, dibatasi pula dengan gugusan pulau-pulau dengan puncak mendamaikan diantara deruan ombak laut, dan dilatari dengan langit biru cerah. Indahnya syurga dunia di Flores!

Teks & Foto : Nadzirahata nadzirahata.blogspot.com

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN

MIMALAND: TAMAN TEMA ULUNG YANG GAGAL

2017-08-01 11:17:43
mohd-zulfadli

18

Laut Biru Yang Meruntun Jiwa

2017-07-19 10:51:14
putri-adila

18

Cita Rasa Mesir Yang Pertama Di Malaysia

2017-07-18 14:16:54
putri-adila

18

Enjoy Jakarta Yang Mempesona

2017-07-05 10:46:01
putri-adila

18

BAHAGIAN TEMBOK BESAR CHINA YANG KITA TAK TAHU

2017-07-04 11:40:07
mohd-zulfadli

18

Mengintai Dua Pulau Popular Di Perth

2017-07-03 11:26:24
putri-adila

18

PULAU PINANG: DIIKTIRAF MAJALAH TIME

2017-06-22 17:05:41
mohd-zulfadli

18

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Instagram

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: