Ingin merasakan diri pada zaman purba dan minat mengkaji sejarah dunia? Nine Mile Canyon merupakan satu destinasi yang harus anda pergi. Ia terletak di Timur Utah, Amerika Syarikat dan merupakan ‘galeri seni atas batu’ terbesar di Amerika Utara.
Ahli arkeologi mendakwa ukiran seni di atas batu itu telah dikenal pasti dan ia melebihi 10 kali ganda lebih banyak daripada 10 ribu ukiran yang telah ditemukan sebelum ini, sekali gus digelarkan sebagai galeri seni terpanjang di dunia.
Nine Mile Canyon terhasil daripada rekahan sungai Nine Mile Creek yang bersambung kepada Green River, dan anggaran panjangnya adalah 64 Kilometer. Jika dilihat pada gambar, kebanyakkan ukiran dinding lembah ini dibuat oleh kaum Fremont Indians yang menetap di Nine Mile Canyon seawal 300 AD. Kaum tersebut hidup dalam keadaan nomad atau bergerak satu tempat ke suatu tempat untuk mencari sumber makanan.
Nama Nine Mile Canyon telah diberikan oleh penjelajah asal tempat itu iaitu John Wesley Powell.
Menjelang 950 AD sehingga 1250 AD, tahun itu merupakan kemuncak kebudayaan kaum Fremont Indians, di mana mereka berhasil membuat ukiran pada dinding batu. Menjelang 1500 AD, budaya tersebut telah lenyap dan tidak dapat dikenal pasti, tetapi para saintis beranggapan budaya tersebut lenyap kerana kemunculan puak Ute, Paiute & Shoshoni yang menghalau Fremont Indians keluar dariapada lembah tersebut.
Ukiran batu dan artifak purba seperti kediaman batu dan jelapang padi yang di termui di lembah itu telah dilindungi oleh undang-undang Amerika Syarikat, tetapi seni yang terdapat di lembah ini masih lagi terdedah kepada hakisan debu akibat peningkatan kenderaan yang lalu-lalang di situ.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Merdeka 118, Menara Ke-2 Tertinggi Di Dunia Bakal Siap Tahun 2021. Tak Sabar!
Malaysia kini sedang berada dalam fasa untuk menyiapkan bangunan pencakar langit kedua tertinggi di dunia selepas bangunan Burj Khalifa.
Kalau anda perasan, bangunan ini sudah jelas kelihatan di Kuala Lumpur dan tidak kira pada waktu siang atau waktu malam, menara tinggi ini antara yang menghiasi pemandangan langit kota metropolitan hari ini.
Bangunan ikonik Permodalan Nasional Bhd (PNB), Menara Merdeka 118 mula dibina pada tahun 2014 dengan ketinggian 635m, bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia dijangka siap pada tahun hadapan, 2021. Sudah tidak lama sahaja lagi untuk menunggu detik bersejarah ini.
Nama rasmi menara ini ialah Merdeka 118, bersempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Negara & Stadium Merdeka. Pembangunan mercu tanda PNB, Menara Merdeka 118 yang berprestij itu akan menjadi penggabungan luar biasa seni bina bersejarah dan kontemporari yang terletak di kawasan Kuala Lumpur yang meriah. Menara Merdeka 118 tingkat menghadap dua mercu tanda negara, Stadium Negara dan Stadium Merdeka, di mana kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957.
- Reka bentuk menara pencakar langit ini diilhamkan daripada siluet & bentuk imej Tunku Abdul Rahman sewaktu baginda melaungkan laungan ‘Merdeka!’ pada 31 Ogos 1957.
- Tapak asasnya yang berbentuk berlian pula diilhamkan daripada motif Songket Melayu. Bentuk-bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
- Keseluruhan kompleks Merdeka 118 ini dibangunkan dalam 3 fasa. Fasa 1, menara 118 tingkat tu sendiri. Fasa 2, mall dan taman rekreasi. Fasa 3, tiga buah menara kediaman kat sekeliling menara utama. Fasa 1 dan 2 akan siap pada 2021, manakala fasa 3 siap pada 2024.
- Anjung tinjau menara ini bakal menjadi anjung tinjau tertinggi di Asia Tenggara dan lif ke anjung tersebut akan menjadi panel lif kaca yang tertinggi di dunia! Ia hanya mengambil masa selama 65 saat sahaja untuk naik dari aras 1 sehingga aras 118.
- Selain tu, pada bahagian bawah menara ini pula akan ada pusat membeli-belah 7 tingkat. Di bahagian luar, ada taman air pancut yang mengalir dari menara sampai ke hujung sepanjang Stadium Merdeka.
- Nun jauh ke hujung taman pula, disediakan platform untuk orang ramai mengambil gambar kenang-kenangan. Platform ini berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela.
- Pada waktu malam, menara Merdeka 118 akan dinyalakan dengan ‘light strip’ yang bercahaya dan bergerak dari bucu ke bucu. Ia akan memberi pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur.Menara ini juga bakal menyasarkan penarafan tiga platinum dalam pensijilan Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED), Indeks GreenRE dan Indeks Bangunan Hijau. Ini akan menjadikannya yang pertama di Malaysia mendapat penarafan sedemikian.
Sumber: Twitter @SkyscrapersMY
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Port Healing Super Cantik Di Rawang, Layan View Alam Semulajadi & Stay Dalam RV. Damai Je!
Nak lari sekejap dari kesibukan kota atau dengan terma yang popular sekarang iaitu ‘healing’, drive sahaja kereta anda selama 30 minit dan singgah di Rawang, Selangor.
Bertempat di Templer Park, Villa Takun antara tarikan yang cukup estetik untuk staycation anda dan teman-teman. Kalau yang ada pasangan juga boleh datang ke sini untuk percutian romantis.
Dikelilingi dengan alam semulajadi, menghadap Bukit Anak Takun, anda boleh memilih untuk tinggal di dalam RV persis di luar negara atau juga menginap di dalam chalet kaca yang serba moden dan juga glamping.
Nak lepak santai kat sini juga terdapat café moden yang cukup menarik. Nikmati secawan kopi sambil melihat kehijauan alam pasti dapat menenangkan hati yang galau.
Nak datang solo dan menikmati percutian sendirian pun boleh ni. Memang tenang dan damai je!
Alamat: Villa Takun, 6, Jalan 3/3A, Templer Park, 48200 Rawang, Selangor
IG: Villa Takun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Tip Mendaki Di Gunung Rinjani, Lombok. View Memang Superb. Tak Mudah Tapi Berbaloi!
Terletak di Pulau Lombok, Gunung Rinjani yang merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dan sering menjadi tumpuan bagi pendaki-pendaki tempatan dan juga dari luar negara.
Mempunyai ketinggian 3,726 meter dengan pemandangan yang cukup indah, pendaki dari Malaysia juga semakin ramai menjejakkan kaki ke sini menawan puncak gunung yang terletak di Lombok ini.
Perjalanan untuk menuju ke puncak ternyata tak mudah, namun dengan kegigihan dan beberapa panduan, insyaAllah ia boleh jadi kenyataan. Pernah sampai ke Puncak Gunung Rinjani, Yuzairi Yusof berkongsi tip untuk korang yang ada plan ingin menakluki Rinjani sepertinya.
Ikuti perkongsiannya:
Ada yang meminta. Jadi, saya rumuskan setakat yang termampu. Mungkin dapat menjadi panduan untuk mereka-mereka yang mahu ke Rinjani. Semoga bermanfaat. Nikmatilah juga keindahan taman langit ciptaan Tuhan yang sempat saya rakamkan di Rinjani.
Rumusan Pendakian ke Gunung Rinjani
- Hanya ada satu penerbangan sehari ke Lombok & perlu menaiki kapal terbang dari KLIA 2.
- Penukaran matawang Ringgit Malaysia ke Rupiah Indonesia buat masa sekarang adalah RM304 untuk 1 juta rupiah.
- Perlu diingat bahawasanya pin plug elektrik di Indonesia adalah berkonsepkan ‘type C & F’. Sediakan ‘travel plug adapter’ dari awal.
- Kebanyakkan makanan di Lombok dijamu dalam keadaan pedas & tidak berkuah. Jaga pemakanan sedari awal untuk mengelakkan kesakitan perut yang ekstrim setibanya di basecamp.
- Pendakian dari Pos Sembalun ke Pos 2 boleh juga dengan menggunakan khidmat Ojek (teksi bermotor). Dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 1 jam setengah waktu pendakian. Bayaran sekitar RP150,000.
- Jika tidak mahu menggunakan Ojek, perlu berjalan kaki dari Pos Sembalun melalui Pos 1 & 2. Perjalanan bersifat landai & mengambil masa sekitar 2 jam.
- Cuaca yang sangat terik & tiada pohon untuk berteduh mulai dari Pos Sembalun sehingga ke Pos 3. Pemakaian ‘sun block’ & topi ‘mortal kombat’ adalah sangat digalakkan.
- Terlampau banyak tahi lembu di sepanjang jalan antara Pos Sembalun hingga ke Pos 3. Elakkan terpijak untuk mengelakkan kemurungan di awal pendakian.
- Khidmat porter boleh digunakan untuk membawa barangan peribadi sehingga ke basecamp. Buatlah keputusan yang tepat samada mahu menggunakan khidmat porter sedari awal ataupun kalian akan menanggung azab pendakian menuju ‘Bukit Penyesalan’ yang tidak terbayangkan oleh pemikiran manusia normal.
- Porter akan berulang alik mengambil mata air di sekitar basecamp untuk kegunaan para pendaki beristinjak. Akan tetapi, penggunaan tisu basah juga tidak perlu diabaikan. Bawa secukupnya.
- Sediakan air minuman yang mencukupi untuk bekalan di basecamp pada hari pertama, kedua & ketiga (sekiranya melalui Jalur Torean).
- Tiada sumber elektrik di basecamp. Pastikan setiap pendaki membawa ‘powerbank’ sendiri.
- Tiada tandas awam di basecamp. Yang ada hanyalah sebuah kawasan bertutup kain kanvas & digali lubang untuk tujuan melunaskan hajat. Perlu berkongsi dengan pendaki lain.
- Sekiranya perlu membuang air besar, kambuslah semula dengan tanah untuk mengelakkan bau-bauan yang tidak diingini terhidu di sekitar kawasan perkhemahan.
- Selain tahi lembu, tahi manusia juga agak mudah untuk ditemui di kawasan bersemak. Biasanya berlapik dengan tisu. Elakkan memijak tisu-tisu sekiranya terjumpa di jalanan. Demi Tuhan, sesungguhnya kemurungan akibat terpijak tahi manusia lebih menyakitkan hati berbanding terpijak tahi lembu.
- Cuaca dingin membeku mula terasa sekitar pukul 6:30 petang. Penggunaan jaket tebal diwajibkan kecuali jika kalian berkulit seperti penguin.
- Latihan stamina berintensiti tinggi seperti berjoging, turun naik tangga kondominum, kardio workout, tersangatlah penting untuk menguatkan lagi daya tahan paru-paru. Elakkan sekadar melakukan latihan ringan seperti melompat bintang sehari 20 kali jika tidak mahu tertiarap awal untuk ke puncak.
- Pendakian ke puncak akan melalui kawasan yang sangat berpasir.Penggunaan gaiter adalah wajib.
- Kepenatan sebenar adalah apabila kalian melangkah 2 kali tetapi berterusan tergelincir semula ke bawah 1 kali akibat kurangnya tenaga geseran antara tapak kaki & pasir longgar untuk ke puncak. Banyakkan bersabar, mengucap & beristighfar. Ingat Tuhan.
- Matahari mula terbit pada pukul 5:30 pagi. Cuaca panas melampau bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga boleh menyebabkan muka kalian menjadi warna pink. Bawa sunblock atau tutup muka kalian dengan bandana.
- Sekiranya kalian merancang untuk turun melalui Danau Segara Anak sebelum ke Jalur Torean, perlu dipastikan agar kalian tiba di puncak Rinjani sekitar 6 – 10 pagi & kembali semula ke basecamp sebelum pukul 2 tengahari.
- Jaga stamina ketika mendaki ke puncak. Kawal langkah & pernafasan. Jangan berlumba dengan mat saleh. Susah kalian nak menang. Hanya memenatkan diri sendiri sahaja.
- Elakkan memakai kasut yang ketat ataupun terimalah akibat bahawa kalian mungkin akan kehilangan kuku kaki setibanya di Malaysia.
- Jika mahu kelihatan kurus, gunakan ‘wide lens 0.5x’ ketika mengambil gambar. Pegang & posisikan kamera sedikit tinggi separas leher & halakan lens kebawah kearah subjek. Ini adalah teknik yang biasa saya gunakan ketika masih lagi aktif menjadi jurugambar perkahwinan.
- Nikmati pendakian kalian bersama kawan-kawan sebaiknya. Berjaya menawan puncak ataupun tidak bukanlah penentu segalanya. Keselamatan diri lebih utama. Tidak lari Rinjani dikejar. Ambil tahu tahap kecergasan kalian & selamat berusaha.
Kredit: Yuzairi Yusof
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI