Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dijangka mencecah sehingga 36.9 darjah celcius.

Berdasarkan kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia, 10 kawasan berada pada tahap satu, iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Johor & KL Antara Kawasan Diserang Gelombang Haba. Hati-Hati!

IKLAN

Kawasan yang disenaraikan adalah:

  • Chuping, Perlis
  • Kubang Pasu, Kedah
  • Kota Sertar, Kedah
  • Sik, Kedah
  • Hulu Perak,Perak
  • Kuala Kangsar, Perak
  • Kinta, Perak
  • Maran, Pahang
  • Kepong, Kuala Lumpur
  • Muar, Johor

Data tersebut dikemas kini sehingga jam 8 pagi semalam – 25 Februari 2019.

IKLAN

Bagi penduduk atau anda yang bercadang ke daerah terlibat diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat.

Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Johor & KL Antara Kawasan Diserang Gelombang Haba. Hati-Hati!

IKLAN
  • Banyakkan minum air.
  • Berhenti sementara daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
  • Duduk sahaja di dalam bangunan jika tiada keperluan untuk keluar.
  • Pakai pakaian yang selesa. Elakkan memakai pakaian berwarna hitam.
  • Gunakan payung atau topi jika perlu melakukan aktiviti harian di luar.
  • Hati-hati dengan haiwan yang berbisa seperti ular yang mungkin akan banyak dijumpai di dalam premis atau rumah anda.

 

Sumber: Astro Awani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI