• 339
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    339
    Shares

Gua Damai, Gombak

Gua Anjing, Gua Ichibawa, Gua Cili Padi, Gua Kristal, Gua Fig Tree semua berada dalam satu bukit sama dengan Batu Caves, cuma kurang diketahui umum…Baca lagi http://www.libur.com.my/guadamai/#discoverselangor #guadamaiexploration

Posted by Majalah Libur on 11hb Oktober 2017

Video pendek eksplorasi Gua Damai

Apabila dapat jemputan dari Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang bagi ekplorasi Gua Damai, saya terus Google Gua Damai.. Tak tahu pula ada gua area situ.

Carian di internet, kawasan ini popular dengan base jumping dan abseiling. Gua Damai Xtreme Park, sudah lama terkenal bagi base jumper seluruh dunia sejak 2008. Uniknya, ini satu-satunya lokasi base jumping dari puncak bukit setinggi 96m. Bagi terjunan seterusnya, penerjun naik semula dengan memasuki gua yang ada. Kawasan ini telah dibangunkan 10 tahun dahulu.
 
Dalam peta, Gua Damai ni berkongsi satu bukit besar yang sama dengan Kuil Murugan Batu Caves, cuma Gua Damai di utara dan Batu Caves di selatan. Cuma tiada sistem gua yang terus ke Batu Caves. Rujuk gambar.

Ada lima gua di kawasan ini; Gua Anjing, Gua Ichibawa, Gua Cili Padi, Gua Fig Tree, dan Gua Kristal. Hanya empat gua dibuka kepada awam.

Gua Kristal hanya dibuka kepada pengkaji atau pelajar dalam jurusan berkenaan. Ini bagi memelihara gua tersebut yang dikatakan miliki dinding kristal begemerlapan apabila disuluh lampu.

Jenis gua di sini adalah limestone cave. Ia dipercayai berusia 65 juta tahun dan tiga kali lebih keras daripada konkrit. Gua di sini selamat dan tidak ada ular berbisa.

Acara disertai Yang Berhormat Tuan Amirudin bin Shari (Exco Kerajaan Selangor Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan) beserta lebih 90 peserta dari Majlis Perbandaran Selayang, orang awam dan media.

Awal perjalanan, demo flying fox dilakukan. Dengan lintasan sepanjang 250m, menjadikan ia terpanjang di kawasan Lembah Klang. Ada perancangan menambah jarak ke 350m dalam masa terdekat.

 

Gua Ichibawa
Ia dipercayai mendapat nama dari seorang bangsa Jepun yang menemuinya. Unik gua ini adalah separas permukaan laut.

Laluan masuk muat untuk seorang sahaja, kemudian meniarap sejauh tiga meter sebelum ruang gua lebih tinggi.  Dalam gua ini terpelihara dengan stalaktik dan pembentukan siling gua seperti batu karang.

Berjalan jauh ke dalam membawa ke satu ruang luas. Terdapat satu tiang gua sebesar pemeluk dewasa. Nak tahu usia gua, ukur lilit tiang paling besar dalam gua. 1 cm sama dengan 60 tahun… So kiralah besar mana tiang tu….memang jenuh…

Ada satu bahagian dinding gua, aliran air dari siling gua membentuk seperti kawasan padi bukit di Indonesia dan Thailand. Berlopak air dan ada lereng. Cantik dan comel.

 

Gua Cili Padi
Gua ini dahulu penuh dengan pokok cili padi. Nak ke gua ini, perlu mendaki lebih kurang 70m.

Gua ini mudah dimasuki. Ruang dalam sangat luas, mungkin lebih luas berbanding dewan badminton.

Di pintua gua, sudah terasa angin meniup. Masuk ke dalam dan lihat ruang siling gua, ada dua lubang besar dan cahaya masuk ke dalam. Sejuk dan cantik. Tinggi gua saya anggar sekitar 15-20 meter.

Dalam gua ini, menurut Pak Mus, ada pakej untuk tidur semalaman. Nak rasa pengalaman, boleh tanya Pak Mus…

 

Gua Fig Tree
Trekking naik lagi untuk masuk ke gua ini. Ini gua paling mencabar.
 
Nak masuk ke dalam, hanya muat seorang, dan terus turun menjunam. Di sini, perlu pakai harness dan cangkuk pada kabel besi di tepi gua.

Perlu lalu mungkin enam tangga curam. Saya beberapa kali tergelincir namun harness terikat padu bagi keselamatan.Laluan sempit, curam dan licin memang mencabar, tapi view dalam gua sangat hebat. Dalam gua ini, ada tiang gua yang sangat besar, dan stalaktik yang besar dan panjang. Ada juga gua kecil dan kelawar di sini.
Turun lagi ke bawah, dapat lihat pintu gua besar, nampak kawasan padang dan bangunan. Pintu gua ini saya anggarkan selebar 30 x 20 meter. Dari dalam gua saya membanding kehebatan ciptaan Tuhan dan bangunan ciptaan manusia. Tidak terbanding langsung. Terlalu hebat.

Penghujung eksplorasi, peserta boleh memilih untuk turun secara abseiling atau ikut tangga tinggi ke bawah.

Bagi abseiling, perlu melompat ke seberang. Tinggi juga lihat ke bawah. Pintu gua untuk abseiling dianggar seluas 5×3 meter. Dari atas turun ke bawah, dianggar setinggi 50 meter.

Pengalaman saya, teroka gua ni sesuai bagi beginner macam saya. Seronok dan tak ambil masa terlalu lama untuk diterokai. Malah tak jauh dari tempat tinggal. Bagi yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur / Selangor, gua ini sesuai diteroka.

Pakej untuk ekplorasi empat gua, flying fox, abseiling dan makan tengahari sekitar RM150. Bagi pelajar pula hanya RM85 seorang. Pakej 2hari 1 malam pula RM185 seorang. Tidur dalam Gua Cili Padi. Minima adalah 13 orang sekali trip.

Maklumat lanjut hubungi Gua Damai Xtreme Park

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: