Sebut sahaja Sky Mirror di Kuala Selangor, orang ramai pasti tahu sebab tempat menarik tu tengah trending sebagai destinasi pelancongan paling popular di Selangor ketika ini.

Memang ramai yang nak pergi, dan ramai juga yang tengah tercari-cari info macam mana nak ke sana. Jadi di sini Libur nak kongsikan panduan kepada anda yang nak ke Sky Mirror, Kuala Selangor demi sekeping gambar yang marvellous di Instagram.

1) Hubungi operator bot Sky Mirror, Kuala Selangor (0162234788) untuk tahu tarikh dan waktu lawatan yang sesuai ke Sky Mirror. Ini kerana beting pasir yang menjadi lokasi popular itu hanya boleh dilawati sekali sehari sahaja ketika air laut surut. Jadi dalam perancangan anda nak ke sini, call dahulu operator bot untuk tahu tarikh dan waktu yang sesuai.

2) Anda juga boleh membuat tempahan secara online. Taip sahaja www.skymirrorworld.com dan anda boleh membuat tempahan online di.

? TRIVIA
Beting pasir yang menjadi tempat pelancongan popular ini berkeluasan lebih kurang 50 padang bola sepak!

Guide Lengkap Untuk Anda Yang Nak Ke ‘Salar De Uyuni’ Malaysia Atau Sky Mirror, Kuala Selangor!

3) Bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung adalah RM60 untuk kanak-kanak, RM80 untuk orang dewasa dan RM100 untuk pelancong luar negara.

4) Apabila sudah tahu tarikh dan waktu yang sesuai, booking dan bayaran telah di buat, anda perlu datang ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor bersama rombongan anda.

⭐ PRO TIP
Bagi mereka yang berada di luar negeri Selangor, anda boleh jimatkan masa perjalanan dengan menggunakan penerbangan daripada Firefly. Dapatkan tiket penerbangan anda segera di www.fireflyz.com.my.

⚠️ PENTING
Hadir ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor ikut masa yang telah ditetapkan! Ini kerana, untuk ke beting pasir Sky Mirror ini mengikut arus pasang surut air laut. Sekiranya anda terlewat, anda tidak akan dapat pergi ke sana.

IKLAN

Guide Lengkap Untuk Anda Yang Nak Ke ‘Salar De Uyuni’ Malaysia Atau Sky Mirror, Kuala Selangor!

5) Register diri anda dan kumpulan. Selepas pendaftaran, tour guide akan memberikan anda jaket keselamatan dan wajib dipakai sepanjang masa berada di atas bot.

6) Jarak perjalanan dari Jeti Pekan Lama Kuala Selangor ke beting pasir Sky Mirror lebih kurang 45 – 60 minit. Taklimat ringkas berkenaan aktiviti akan diberikan di atas bot.

⭐ PRO TIP
Ada masa lawatan akan dilakukan di awal pagi kerana arus pasang surut air laut yang tidak tetap. Bawa sedikit makanan dan minuman untuk anda jamah di atas bot bagi mengelakkan kelaparan.

7) Tiba sahaja di beting pasir Sky Mirror, anda akan nampak puluhan pelancong yang berada di sana. Kenali siapa tour guide anda dan ikut beliau ke mana sahaja yang beliau bawa. Tour guide akan bawa anda ke lokasi sesuai dan setup mini studio bagi menghasilkan gambar sky mirror yang terbaik untuk anda dan kumpulan anda.

IKLAN

8) Akan ada banyak prop yang di bawa. Jadi siap sedia dengan aksi-aksi menarik untuk pengambaran anda di sana sebagai kenangan. Buat apa sahaja aksi, balik nanti baru pilih mana yang terbaik untuk diupload ke Instagram. Anda hanya dapat peluang ini sekali sahaja tau. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Guide Lengkap Untuk Anda Yang Nak Ke ‘Salar De Uyuni’ Malaysia Atau Sky Mirror, Kuala Selangor!

⚠️ PENTING
Di sekeliling anda sewaktu berada di beting pasir Sky Mirror ini terdapat ramai lagi pelancong lain. Jadi berhati-hati ketika melalui kawasan ini kerana anda mungkin akan mengganggu sesi pengambaran mereka. Perhatikan laluan yang diberitahu oleh tour guide anda.

9) Anda akan berada di beting pasir Sky Mirror ini lebih kurang satu jam sebelum tour guide akan memanggil anda pulang. Jangan lengahkan waktu balik kerana sekiranya terlambat, bot akan tersangkut di kawasan air cetek dan anda mungkin akan menghabiskan masa berjam-jam sambil ber’huhuhu’ di atas bot.

10) Sampai sahaja di jeti, kembalikan jaket keselamatan anda kepada tour guide dan pergi ke ruangan menunggu. Makanan akan disediakan kepada anda berupa nasi lemak dan air mineral.

IKLAN

? TRIVIA
Sky Mirror ini dilawati hampir 200 pelancong setiap hari dari dalam dan luar negara. Tempat ini juga sangat popular dikalangan pelancong dari Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong.

Guide Lengkap Untuk Anda Yang Nak Ke ‘Salar De Uyuni’ Malaysia Atau Sky Mirror, Kuala Selangor!

11) Berikan nombor telefon anda kepada tour guide kerana gambar-gambar anda akan dihantar menggunakan Google Drive. Dapat sahaja gambar, anda boleh upload gambar anda di Instagram, Facebook dan Twitter untuk men’jealous’kan kawan-kawan anda yang lain. Hahaha.

12) Jangan lupa tag sekali Majalah Libur di Facebook dan Instagram.

Okay, itu sahaja panduan untuk anda yang ingin ke Sky Mirror, Kuala Selangor. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan enjoy your trip!

Penghargaan

Libur ingin mengucapkan terima kasih kepada Tourism Selangor, Firefly dan The Saujana Hotel Kuala Lumpur kerana sudi membawa kami rakan-rakan media ke trip yang sempoi ini!

Guide Lengkap Untuk Anda Yang Nak Ke ‘Salar De Uyuni’ Malaysia Atau Sky Mirror, Kuala Selangor!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI