•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kembara ke Eropah Timur memang menjadi impian bagi sebahagian besar individu. Sejarah dan kecantikan seni bina  di benua biru ini menjadi tarikan yang mengujakan.

Pesona ‘dunia lama’ memberi kesan romantis serta ragam budaya yang menarik. Sesungguhnya Eropah Timur menyediakan pelbagai panorama indah.

Eropah  Timur memang agak asing buat saya, jadi peluang dan pengalaman pertama menjejaki ke bumi Prague, Czech Republic, Vienna dan Salzburg Austria serta Munich, Jerman ini saya gunakan sebaik mungkin.

Penerbangan dari Kuala Lumpur terus ke Prague dan transit di Dubai. Setiba di Prague, kami terus dibawa ke hotel dengan bas pelancongan.Sepanjang jalan ke hotel, kami disajikan dengan pemandangan sekitar Bandar Prague.Prague atau biasa juga disebut dengan Praha, adalah ibukota dari Republik Ceko, sebuah negara di Eropa Timur yang kaya akan sejarah dan budaya Bohemia.

Jika ke sini, sejumlah spot popular ini wajib anda kunjungi. Antaranya St. Vitrus Cathedral dan Lobkowicz Palace. Tempat ini terletak di atas bukit, spot ini sangat strategik untuk mendapatkan pemandangan kota Prague yang cantik. Bangunan-bangunan tua, yang hampir tidak tersentuh ketika perang dunia kedua, boleh dilihat di sini. Mulai romawi, gothik, renaissance dan baroque. Dulunya, Praha terdiri dari kota-kota kecil yang sekarang menjadi kesatuan tidak terpisah dan saling melengkapi.

Hari pertama kami dibawa ke kawasan Old Town Square yang terkenal dengan senibina Baroque yang berwarna-warni. Di sinilah terletaknya Astronomical clock yang sangat terkenal dan dibina beratus tahun lalu.Keindahan kota Praha memang sangat memikat.

Charles Bridge antara lokasi wajib jika berkunjung ke sini dan dibina pada tahun 1357. Jambatan ini merupakan salah satu landmark kota Prague yang menghubungkan area Prague Castle dengan area Old Town. Jambatan ini sering dijadikan objek foto dari atas Prague Castle bersama dengan jambatan-jambatan lain yang melintasi sungai Vlatava.

Pemandangan di sini sangat memukau. Kami terus menjejaki Charles Bridges sambil menikmati keindahan pemandangan ketika matahari mula terbenam. Sebelum pulang ke hotel yang terletak di Old Town, kami singgah untuk makan malam di sebuah restoran.

Keesokan hari kami dibawa ke Prague Castle iaitu istana terbesar di dunia yang mana kawasannya terdapat muzium, Gereja St Vitus Catheral, halaman yang cantik. Lawatan kami ditemani oleh tourist guide tempatan.

Bangunan bersejarah ini amat indah seni binanya. Lawatan diteruskan ke Golden lane yang dibina pada abad ke 16. Di sini terdapat kedai-kedai kecil yang menjual barangan tempatan. Kemudian kami ke restoran untuk jamuan tengah hari, seperti biasa kami dihidangkan dengan baked atau grilled fish. Usai makan tengah hari , kami bergerak bebas untuk membeli-belah sekitar bandar Prague. Makan malam kami di sebuah restoran yang agak jauh dari bandar Prague. Di sini kami diraikan dengan persembahan tarian tradisional. Republic Czech.

Vienna

Vienna dikatakan kota yang penuh dengan serpihan sejarah. Sejarah panjang kerajaan Austro-Hungarian membuat peninggalan-peninggalan penting boleh ditemui dengan mudah.  Bangunan-bangunannya indah dan superior, mulai dari bangunan ala Baroque, Gothik, atau Renaissance.

Kami dibawa ke bandar yang mana terletak bangunan bersejarah sperti Stadtpark-Johann Strauss Manument dan Hofburg , kediaman pemimpin Austria sejak tahun 1275. Kemudian kami dibawa ke kawasan pusat membeli-belah terkenal di Vienna iaitu Kartner Strasse.

Hari seterusnya kami dibawa ke SChonbrunn Palace. Ia sebuah bangunan yang tersergam dibina dengan 1441 buah bilik , halaman indah serta luas. Kami dibawa masuk ke dalam dan dapat menyaksikan keindahan seni bina asli bangunan bersejarah yang begitu menakjubkan dibina pada abad ke-18. Kami juga dibawa mengelilingi bandar Vienna untuk melihat Belvedere Palace dan St. Stephen’s Catheral.

Salzburg dan Munich

Keesokan hari, perjalanan ke Salzburg yang mengambil masa tiga jam. Setelah menikmati makan tengah hari , kami terus dibawa ke Mirabell Palace & Gardens yang dibina pada tahun 1606. Di sini terdapat banyak pokok bunga tulip pelbagai warna.

Seterusnya dibawa melawat ke Mozart’s Birthplace. Mozart dilahirkan di rumah ini pada 27 Jan 1756. Selepas itu kami berpeluang menikmati kopi dan kek di kafe yang sering dikunjungi Mozart ketika hayatnya. Lawatan diteruskan ke Stiftskirche St Peter sebuah gereja lama, restoran makan malam terletak berhampiran gereja ini.

Keesokkannya perjalanan kami ke Munich, Jerman yang mana mengambil masa lebih kurang satu jam 45 minit. Munich mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, Bangunan-bangunan lama masih banyak yang terjaga rapi walau sebahagian sudah dialih fungsi akan kegunaannya. Bangunan ini sangat unik reka bentuknya dan usianya beratus tahun.

Antara lokasi yang sempat dilawati ialah Marienplatz, Siegestor ( victory gate), Nymphenburg Palace. Walaupun jadual perjalanan agak padat saya tetap merasa puas dan segala kenangan masih terpahat di jiwa. Masih ingin kembara ke sini , jika ada peluang di masa akan datang.

Pengalaman oleh: Sharifah Anom Faezah Alsagoff

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN

NIKON D850: PANTAS & BERKUASA

2017-09-21 09:34:23
mohd-zulfadli

8

GUNUNG TAHAN KINI DI GOOGLE STREET VIEW!

2017-09-19 15:27:39
mohd-zulfadli

8

2017-09-18 17:19:06
putri-adila

8

Jiwai Semangat Merdeka Melalui Warna

2017-09-18 11:43:11
putri-adila

8

MITOS SULUR BIDAR TASIK KENYIR

2017-09-16 19:20:54
mohd-zulfadli

8

BELAYAR SANTAI NAIK HOUSEBOAT TASIK KENYIR

2017-09-16 12:59:06
mohd-zulfadli

8

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Instagram

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: