Highway Utara-Selatan bakal meriah mungkin malam ini atau awal pagi esok. Bukan sebab perayaan atau musim cuti sekolah, tapi konvoi penyokong tegar bolasepak Kedah dan Johor. Satu turun mai dari utara, satu mai naik dari selatan, bakal buat ramai di Stadium Shah Alam, Selangor untuk final Piala Malaysia 2017.

Penyokong Kedah dan Johor Gegarkan Highway Utara-Selatan
Mai naik lori naaa…tahun ni mai lagi dak?
Penyokong Kedah dan Johor Gegarkan Highway Utara-Selatan
Tu dia sedia dah dari Johor. Meriah!

Anggaran 70,000 penyokong kedua-dua pasukan bakal membanjiri stadium; mungkin lebih.

Highway utara, ikut keadaan semasa jauh lebih panas. Bukan apa, isu tiket yang dengaqnya banyak tiket cemey. Highway selatan so far so good. Smooth like silk orang putih kata. Yang pasti, setiap pemegang tiket, dilindungi insurans. Baguih dok ada.

Dari Stadium Darul Aman mai Stadium Shah Alam jauh dia 435km, dalam empat jam lebih perjalanan dia. Dari Stadium Larkin naik Stadium Shah Alam jauh dia 338km, dalam tiga jam lebih nak sampai. Ni kira jarak, belum kira liku highway kedua-dua pasukan ke final. Tengok rajah bawah…

Dua-dua penyokong ni bakal datang beratus buah bas, kereta, van, 4WD, Vellfire, Triton, Hilux, Wira, Saga, Viva, Alza ,Satria, Ford Ranger, Volkswagon, Merc, BMW campur lagi dengan motor apa-apa jenislah dengan bendera negeri berkibar.

IKLAN

Highway Utara (Kedah)
Kedah telah memenangi kejohanan liga tiga kali (1993, 2007 & 2008), Piala Malaysia lima kali (1990, 1993, 2007, 2008 & 2016) Piala FA empat kali (1996, 2007, 2008 & 2017) dan Piala Sumbangsih (1991,1994,2017) . Pencapaian Kedah menggondol treble dua musim berturut-turut menjadikan Kedah pasukan pertama Malaysia yang berjaya berbuat demikian.

Penyokong Kedah dan Johor Gegarkan Highway Utara-SelatanHighway Selatan (Johor)
Johor satu-satunya pasukan memenangi kejohanan liga empat kali berturut-turut (2014,2015,2016,2017) serta pasukan pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara memenangi kejohanan AFC 2015, Piala FA (1998,2016) Piala Malaysia sebanyak dua kali (1985 & 1991) dan Piala Sumbangsih (1986,2015,2016).

Piala Malaysia 2017
Kedah datang selaku penyandang juara Piala Malaysia 2016. Andai Kedah menang Piala Malaysia 2017 esok, mereka bakal mengulangi kejayaan 2016 mereka. Johor pula mahukan Piala Malaysia kembali pulang ke Stadium Larkin selepas 26 tahun penantian. Kali terakhir 1991, dimana Ervin Boban telah mencipta hatrick pada malam tersebut menewaskan Selangor 3-1.

IKLAN

Penyokong Kedah dan Johor Gegarkan Highway Utara-Selatan

Dua-dua pasukan sama gah, sama hebat. Sejarah hanya pelantar fakta. Pertembungan malam esok bakal menobatkan satu lagi sejarah baru. Yang pasti, kawasan sekitar Stadium Shah Alam akan jammed teruk.

IKLAN

Namun, kami di Shah Alam tumpang seronok. Ini keraian dua negeri hebat di final Piala Malaysia. Semoga jadi final terbaik Piala Malaysia…

Lepas final, satu highway akan jadi lebih meriah, satu lagi akan jadi agak suram. Highway mana kita tak tau. Nanti kita check CCTV livecam PLUS. Berhati-hati di jalanraya.

 

Orang Kedah pakat la bawak turun sekali pekasam, gulai kawah, pulut pelam mai sini. Orang Johor boleh la bawak mai naik Nasi Beriyani Gam, Kacang Pool, dengan Laksa Johor.
Lama dah tak makan. Terima kasih.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI